Tuesday, 11 December 2018

Inspirasi dari yang berjaya



Beberapa minggu lalu, kebanyakkan university mengadakan majlis konvokesyen. Di kawasan rumah saya, yang paling hampir adalah USIM – Universiti Sains Islam Malaysia. Jauh sikit adalah UKM, dan jauh sikit lagi adalah UPM. Ramai  dikalangan jiran saya adalah dikalangan pensyarah USIM dan UKM (selain mereka yang bekerja dengan MAS). Di wall FB pun, banyak la cerita yang lalu di wall berkaitan konvokesyen. Ada yang attend konvo keluarga dan sebagainya.

Tapi dalam banyak2 tu ada satu yang sangat menarik hati saya – iaitu ucapan seorang pensyarah (sebenarnya seorang ustaz) yang bergraduasi PHD. Beliau terpilih sebagai pelajar terbak dan dipilih untuk menyampaikan ucapan pada hari konvokesyen berkenaan di USIM. Yang paling menarik dan menakjubkan saya adalah beliau lulus tesis beliau tanpa sebarang pembetulan!! Sangat mengkagumkan. Beliau adalah Dr Kamil bin Jamilin atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin.
Maka, kerana berasakan klip ucapan yang sya lihat itu tidak memadai, saya pun mencari diinternet akan ucapan beliau pada majlis konvokesyen berkenaan. MasyaAllah menakjubkan apabila beliau menulis tesis 4 jilid sebanyak 1800 muka surat untuk proses masters beliau. Universiti beliau tidak mempunyai system untuk menaiktaraf dari masters ke PHD, jika tidak beliau akan mengdapat pengiktirafan PHD! Namun, beliau tetap bersyukur dan itu adalah sebahagian daripada proses mencari ilmu.  Dalam proses menamatkan kedua2 pengajian masters dan PHD, beliau gigih menulis artikel dan jurnal, menyampaikan ceramah dan mengembara. Kagum!!. Terasa saya bahawa setiap detik masanya diberkati sebab itu beliau dapat membuat pelbagai perkara dalam usia yang masih muda. Sungguh, pemuda yang tidak menghabiskan masa mudanya dengan ilmu, akhlak dan adab, adalah mereka yang sangat, sangat kerugian. Ini adalah satu contoh yang baik untuk diikuti dan dijadikan inspirasi. Soalnya, ramai tak yang terinspirasi dengan kegigihan dan kejayaan beliau?

Dalam ucapannya, Dr Kamilin Jamilin juga menyentuh tentang kuasa doa seorang ibu dan menyatakan betapa bersyukurnya mempunyai ibu yang mendoakan beliau. Beliau sendiri sukar untuk mempercayai bahawa beliau boleh lulus PHD nya tanpa sebarang pembetulan. Tapi memang itulah yang didoakan oleh ibunya dan dimakbulkan. Alhamdulillah. Dari situ saya semakin terinspirasi untuk mendoakan anak2 saya menjadi yang terbaik.

Sudahnya, beberapa hari selepas itu saya menghabiskan masa makan tengahari di depan PC sambil mendengar kuliah/ceramah Dr Kamilin dan cuba mencari subject matters beliau. Sebelum ini saya mendapati bahawa kuliah para asatizah ini ada subject matters mereka tersendiri. Sebagai contohnya Ustaz Dusuki Abdul Rani sering memperkatakan tentang perkara selepas mati, Ustaz Wadi Anuar tentang perkara selepas mati dan juga sirah Rasulullah, Ustaz Badlishah saya dapati seorang yang power dalam fakta yang berkaitan pengiraan/matematik dan banyak lagi. Pandangan awal saya berasakan bahawa Dr Kamilin ini merupakan seorang yang ahli dalam bidang hadis dan huraiannya serta sirah yang berkaitan. (Pengajian beliau adalah tentang hadis).

Sungguh saya kagum dengan pencapaian beliau. Semoga ramai lagi anak muda seperti beliau akan muncul. Amin.

UPSR dan anak


Minggu lepas, keputusan UPSR diumumkan. Apabila saya scroll FB, wall saya penuh dengan nukilan dan luahan ibu bapa dengan keputusan anak tentang keputusan UPSR. Saya juga berperasaan begitu, tapi naluri ‘suka menentang’ macam biasa menghalang saya dari melakukan demikian. Saya boleh menyimpan dan menahan dari meluahkan perasaan suka saya, juga boleh menyimpan perasaan sedih, juga perasaan geram saya. Saya tak suka sama macam orang lain. Jadi saya tak menulis dalam FB tentang perasaan saya tentang keputusan UPSR anak.

Saya sukar nk menebak perasaan anak sewaktu nak menerima keputusan. Saya turut ke sekolah dengan anak. Zaman saya dulu, saya berjanji dengan kawan (Juliana Baharudin) dan berjalan kaki bersama ke sekolah. Seingat saya, kebanyakan kawan saya datang sendiri atau yang datang dengan emak atau ayah, parentsnya hanya tunggu di bawah (pejabat sekolah tingkat atas). Saya fikir mungkin saya ini seorang yang sangat beria-ia, tapi sebenarnya kebanyakan ibu bapa datang ke sekolah sama-sama untuk mengambil keputusan UPSR anak. Saya hanya ingin memberi sokongan moral kepada anak.

Lama sebelum keputusan diumumkan, saya telah acapkali berpesan kepada anak – bahawa sekiranya dia beroleh 6A, maka dia harus sujud syukur dan bersyukur yang amat serta tidak terhingga atas kurniaan Allah. Sekiranya dia tidak beroleh keputusan penuh, maka dia tetap kena bersyukur atas apa yang dia perolehi, kerana dia telah berusaha sedaya upaya. Saya melihat dia semenagnya berusaha dan berdisiplin. Saya ingatkan dia bahawa pandangan manusia dan pandangan Allah tidak sama. Masyarakat akan bertanya tentang keputusan. Kalau dapat keputusan penuh, maka budak itu pandai..jika tidak, maka akan ada pelbagai tafsiran. Tetapi Allah tidak tengok keputusan atau hasil. Allah nak tengok usaha. Allah tak akan adili kita atas keputusan final. Berulang kali saya pesan, terutama sewaktu kami ada masa berdua bersama. Selain belajar, telah disertakan juga dengan solat hajat dan doa. Saya juga cuba menjalinkan hubungan baik dengan guru anak-anak dan cuba sebaik mungkin untuk menyertai program sekolah. Saya cuba untuk mewujudkan perasaan senang hati di kalangan guru, agar emosi yang baik itu mempengaruhi perasaan ikhlas dalam mendidik anak2.

Alhamdulillah, walaupun anak tidak beroleh keputusan penuh 6A, dia tetap mencapai keputusan yang terbaik di sekolahnya. 4A dan 2B – itulah keputusan yang terbaik di sekolahnya dan dia adalah orangnya. Saya mengalirkan air mata, bukan sebab sedih, dan bukan juga gembira. Tapi saya terharu apabila mendengar ulasan beberapa guru tentang anak. Malah, beberapa hari selepas itu, saya masih menerima mesej personal dari guru yang mengajar dan pernah mengajar anak mengucap tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk masa depan dan sekolah menengah nanti. Alhamdulillah. Kini adalah masa untuk mencari sekolah yang sesuai di peringkat menengah. Mudah2an mendapat sekolah yang paling sesuai, untuk mencorak masa depan yang baik. Saya mempunyai perancangan, tapi bukanlah bermaksud ingin mengawal anak. Kita sebagai ibu bapa hanya memberi panduan, berdasarkan kepada kesesuaian yang kami lihat. Itu saja. Doakan.


Wednesday, 7 November 2018

Bertamu di Tanah Suci



Kali ini suami menunaikan umrah lagi (buat kali ketiga) dengan emaknya dan juga adik beradiknya. Tapi merupakan kali keempat ke Tanah Suci jika dikira dengan menunaikan Haji. Alangkah cemburunya saya. Tiga kali bersama emaknya menunaikan umrah (kalau ikutkan rezeki dan perancangannya setiap 2 tahun).

Kali ini perasaan saya memang membuak..haha…kerana kalau diikutkan rasa, saya mahu turut serta dan terus tinggal di sana haha. Jadi pada sesiapa yang ke Tanah Suci, Allahu..tak terkata seronoknya dan terselit rasa cemburu (sikit…jeles yang positif tak pe kannnn). Orang mungkin akan berkata pada saya ..takpela..kau kan dah pergi Haji…Sebelum menunaikan Haji, perasaan saya biasa sahaja pada ziarah ke Tanah Suci…Tapi setelah merasa, kalau boleh saya hendak sentiasa berada disana.

Berada di Tanah Suci tak sama seperti bercuti ke luar negara atau mana-mana percutian. Perasaan itu tenang yang susah nk digambarkan. Bila bercuti yang biasa, kita gembira, hati senang. Namun, berada  di Tanah Suci, hati tenang dan bonus lagi, setiap ibadah akan diganjari pahala yang berganda. Allah menjanjikan perbelanjaan ke Tanah Suci akan berbaloi dan diganti dalam satu bentuk yang anda pun tak terfikir bagaimana.

Mudah-mudahan Allah menjemput lagi menjejak kaki ke sana. Mungkin dengan anak-anak lelaki saya pula nanti, lagi dan lagi. Ya Allah, perkenankanlah. Saya benar-benar berharap dapat menjejakkan kaki lagi dan lagi ke Tanah Suci. Manalah tahu, ada rezeki terpijak, dapat pula tinggal disana dan menghembus nafas akhir di sana. Amin

Saturday, 27 October 2018

Demi Matahari



 Pada suatu pagi  dalam perjalanan ke pejabat saya telah mendengar satu lagu nasyid ini dalam radio;

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah

Tajuk lagu ini adalah Demi Matahari (kumpulan Snada). Apabila diamati, rupanya  itu adalah merupakan maksud dari surah As-Syams. Teringat balik dalam kelas tafsir beberapa minggu yang lalu bahawa dalam surah ini Allah bersumpah dengan 7 perkara – iaitu matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan jiwa. Enam daripadanya adalah berpasangan iaitu matahari dan bulan, langit dan bumi, siang dan malam. Yang terakhir adalah manusia/insan. Allah gunakan makhluk ini sebagai medium sumpah untuk menunjukkan ketaatan kepada Allah. Bulan dan matahari saling mengiringi.  Sinar matahari nampak bila waktu siang sebab ada matahari. Bila matahari terbenam, bulan pula akan muncul. Peredaran bulan dan matahari dan proses siang dan malam ini menunjukkan bahawa alam semesta ini ada pencipta dan yang mengaturkannya. Ini adalah tanda kebesaran Allah.

Apa yang ada di langit itu selalu mengkagumkan saya. Semasa menghantar/ambil anak dari kelas tuisyen malam, saya selalu mengajak dia melihat bulan dan bintang dan ajak dia berzikir memuji kebesaran Allah. Tiada daya dan kekuatan melainkan hanya Allah semata-mata. Langit itu tiada tiang, dan begitu banyak bintang menghiasinya. Saya selalu berharap dapat mengetahui apa yang ada di atas sana. Pengetahuan kita ini terbatas pada apa yang kita nampak sahaja. Allah Maha Berkuasa menjadikan bintang yang terlalu jauh itu bergermelapan dan dapat dilihat pada waktu malam. Kadang-kadang saya sengaja berdiri di luar rumah dan memerhatikan langit. Kalau dari atas tu, jika kita lihat kebawah (saya bayangkan macam kita berada atas flight_ tak terkira begitu banyak kehidupan atas hamparan bumi yang berada dalam aturan dan pengetahuan Allah, hatta semut hitam atas batu yang hitam sekalipun. Maka, masih kita berani engkar?


Maha Suci Allah yang menemukan dan menyedarkan saya apabila mendengar lagu ini. Malu pula rasanya baru hari ini tahu (baru dengar juga sebenarnya) bahawa lagu ini adalah dari surah As-Syams. Kalau tak belajar surah ini hari tu, mungkin saya akan sekadar mendengar sahaja macam angin lalu. Kalau satu hari nanti ingatan saya berkurangan, mudahan post ini bila saya baca balik boleh mengingatkan saya tentang surah As Syams.

KENAPA SAYA YANG HANTAR ANAK KE SEKOLAH



Ha..biasalah tu, ramai je ibu bapa yang hantar anak ke sekolah.

Dalam kes saya, saya yang akan hantar anak ke sekolah. Bukan sahaja waktu persekolahan biasa, tapi juga kalau ada kelas tambahan dan atau aktiviti lain.

Dulu, sewaktu tidak berapa matang, saya ada juga berbalah dengan pasangan. Bagi saya kena ada giliran dalam menghantar anak ini. Tapi kemudian saya telah mengubah cara berfikir, bahawa adalah lebih baik saya yang menghantar anak ke sekolah. Pada kebanyakan waktu anak akan tidur dalam perjalanan ke sekolah, tapi dapat juga saya menerapkan agenda disiplin (beserta leteran) dan memberikan ingatan-ingatan kepada mereka di mana yang sempat. Contohnya membebel mengenai kekemasan baju, kena beringat menjaga barang peribadi, ingatan kena buat apa sebelum peperiksaan, dan banyak lagi. Selain itu juga ingatan untuk selawat ke atas Nabi, jangan melayang fikiran berfikir yang tak mendatang faedah, zikir harian dan lain-lain. Saya berpandangan kalau tak semua, at least sedikit pun mesti ada yang berbekas di hati.  Paling tidak pun, bila ibu tiada bersama mereka, sedikit sebanyak anak akan kenang apa yang kami selalu buat dalam kereta.

Selepas bersalam dengan anak, saya mencium pipi dan dahi mereka dan ‘memaksa’ anak memeluk saya, baru dilepaskan. Saya memulakan amalan saling berpelukan ini apabila pada satu ketika saya sangat sayu mengenangkan anak yang tidak mempunyai ibu. Siapalah yang menyiapkan keperluan sekolah, yang ambil tahu emosi mereka, tapi Allah lebih tahu dan tidak akan ada perkara yang berlaku dengan sia-sia. Maka kerana itu, saya fikir, saya harus memanfaatkan waktu yang saya masih ada (maksudnya saya masih hidup le..) untuk memberikan restu kepada anak-anak.

Makanya, anak ke sekolah dengan restu saya. Saya akan lihat mereka berjalan masuk ke dalam sekolah sehingga hilang dari pandangan atau sehingga saya puas hati, dan mengiringi mereka dengan doa semoga dipermudahkan urusan pembelajaran, dan dijauhkan dari mara bahaya. Saya rasa, doa ibu adalah yang paling perlu untuk mereka memulakan hari dengan baik. Malah saya sendiri sebelum ini akan bercakap dengan ibu saya setiap pagi sewaktu memandu ke pejabat. Kini tidak lagi sebab ibu saya yang tinggal di pondok ada sesi pengajian selepas waktu subuh ..

Kalau ditakdirkan saya sakit dan tidak dapat menghantar anak ke sekolah, saya tetap akan doakan mereka. Dalam masa peperiksaan, pasti lebih doa dititip untuk anak2..

Jadi, kalau anak terbaca catatan ini satu hari nanti, ketahuilah bahawa semua anakanda sentiasa dalam doa dan redha ibu. Semoga Allah akan meredhai semua anak2 di mana jua berada. Amin..

Monday, 22 October 2018

TAHNIAH DAN TAKZIAH




Kebiasaannya apabila menerima berita kenaikan pangkat, kita ucapkan tahniah kepada individu berkenaan. Hari ini saya menerima berita 3 kenaikan pangkat individu yang saya kenali dan satu pada minggu lepas. Kesemuanya berlegar pada organisasi di tempat saya bekerja.

Jauh di sudut hati, teringin saya mengucapkan TAHNIAH dan TAKZIAH kepada 3 individu yang kiranya rapat dengan diri saya. Tapi tidak saya zahirkan dalam ucapan, kerana khuatir tidak diterima atau menimbulkan lebih banyak persoalan kepada orang lain yang membaca kerana belum biasa diucap Takziah atas  kenaikan pangkat.

TAHNIAH adalah sesuatu yang biasa, tetapi kenapa TAKZIAH?

Pertama kali saya membaca tulisan berkaitan ini adalah catatan Dr MAZA menerusi Minda Tajdid (yang di tag oleh rakan FB) bersempena dengan pelantikan YAB PM ke-enam. Kenaikan pangkat dan jawatan besar merupakan satu manifestasi penghargaan terhadap kepimpinan seseorang. Lantikan berkenaan pastinya bersandarkan bakat, pengetahuan dan pengalaman seseorang. Namun untuk menjadi seorang pemimpin ini bukan mudah. Dalam satu ceramah yang saya dengar tentang kepimpinan, seorang pemimpin itu haruslah mempunyai dua ciri ini iaitu Qawi (kuat) dan amanah. Kuat itu dari pelbagai segi, fizikal dan mental serta harus diiringi dengan amanah. Dari satu blog yang saya baca, amanah bererti melaksanakan suatu tugas-tugas syariat dengan penuh ketaatan dan tanggungjawab. Amanah juga membawa makna sifat atau keperibadian yang dipercayai. Pengertian amanah bukan hanya menjaga urusan yang melibatkan kewangan sahaja, bahkan pengertian amanah di dalam Islam cukup luas dan berat tanggungjawabnya.


Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan.” (al-Ahzab:72) 

Sabda Nabi saw:

Kamu semua begitu bercita-cita terhadap jawatan kepimpinanan, ia akan menjadi penyesalan pada hari kiamat. Ia sesuatu yang nikmat pada permulaannya tapi keburukan pada akhirnya” (Riwayat al-Bukhari).

Bahkan baginda pernah menyebut:

Allah tidak lantik seseorang hamba itu menguasai sesuatu rakyat kemudian hamba itu mati dalam keadaan dia menipu rakyatnya, melainkan Allah haramkan untuknya syurga (Riwayat Muslim).

Kalau kita berbesar hati dengan kenaikan pangkat atau pelantikan ke atas sesuatu jawatan, mari kita meladeni sikap Khalifah Umar bin Abd al-Aziz ketika beliau dilantik menjadi khalifah. Beliau tergamam dan hiba dan bersendirian bersolat dan menangis hingga menimbulkan tanda tanya kepada para pembesar yang lain. Beliau sebenarnya khuatir tidak mempunyai alasan yang kukuh menjawab kepada Tuhan di akhirat kelak ke atas mereka yang tidak berdaya seperti orang yang fakir, yang lapar, orang tua, yang menderita dan yang berkeluarga ramai dengan wang yang sedikit. Sungguh berat sebenarnya perkara amanah ini.

Dari buku novel sejarah Abu Ayub Al-Ansari (sahabat Nabi saw yang rumahnya dipilih oleh unta Nabi untuk berhenti dan berehat ketika peristiwa Hijrah dari Makkah ke Madinah), sewaktu kewafatan Nabi saw, wakil pihak Muhajirin dan Ansar saling menegakkan wakil dari kaum masing-masing untuk menjadi pemimpin sehinggalah sahabat Nabi saw iaitu Abu Bakar As Siddiq dipilih dan dilantik sebagai Khalifah. Berikut adalah ucapan pertama Khalifah Abu Bakar As Siddiq:

 Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik di kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah di kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat di kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku"

Buat 3 individu yang begitu dekat dengan saya, Dato’ Noor Zari, Encik Muhammad Idris dan Encik Abdul Halim Abdul Aziz, TAHNIAH atas kepercayaan untuk menerajui organisasi, TAKZIAH atas bebanan amanah yang bakal dipikul. Saya hanyalah seorang pegawai kecil (pangkat dan saiz badan hihi) yang mendoakan Tuan-Tuan akan memikul tanggungjawab ini dengan penuh ikhlas dan juga mendoakan semoga semua urusan kita dipermudahkan Allah dan, semoga sentiasa dipandu ke jalan yang betul. Amin ya Rab.


Tuesday, 26 June 2018

Tips 21 : Tak payah bawa hand bag



Kita suka pada pelbagai jenis hand bag kan…(ok mungkin bukan semua orang). Ada orang tu, kalau pergi kenduri hand bag nya begini untuk dipadan dengan bajunya, kalau pergi piknik ada jenis beg yang casual dan lasak, ada handbag pergi kerja, ada yang khusus untuk event tertentulah senang cakap kan….ada pula yang tak suka bawa handbag dan bawa back pack sahaja….Jadi pergi menunaikan Haji ni nak bawa handbag tak?

Nak bawa, tak bawa..nk bawa tak bawa…saya cadangkan – tak payah bawa langsung!! Sebab kita tak payah bawa purse pun. Tak payah bawa IC, tak payah bawa lesen memandu..tak payah bawa kad kredit, tak bawa kad bank pun!! Jadi yang paling selesa untuk saya ketika itu adalah backpack jenama Quecha. Heyyy…bukan budak sekolah saja yang bawa tau bagpack jenama ini. Ramai orang dari pelbagai negara saya dapati turut sama menggunakan bagpack ini…walaupun beg saya itu cap ayam saya hihi….

Barang yang mesti ada dalam bag itu adalah kipas tangan, buku catatan dan pen, buku doa, tuala muka, tudung labuh spare, plastic sampah hitam yang besar, tasbih, botol spray yang berisi air, botol air, tisu dan beg duit kecil yang boleh masuk sedikit duit dan gunting kecil. Macam banyak kan? Tak pun sebenarnya…sebab semuanya dalam saiz yang kecil sahaja….

Tapi tak dinafikan saya berjumpa dengan Jemaah Indonesia yang bergaya. Jika diamati jenis telekung mereka pun kita dah tahu bahawa ianya jenis mahal, dengan beg tangan berjenama, dengan kasut yang cantik. Saya dapati ramai mereka membawa anak kecil dalam menunaikan haji, mereka menyorong stroller di mana2 – dan saya rasa mereka ini datang secara pakej kalau term di Malaysia. Mereka duduk di hotel mahal dan bukan di maktab macam Jemaah muasasah…yang ini memang terbaik….rezeki masing-masing lah kan?

Jadi, nk bawa handbag juga kah?

Wednesday, 20 June 2018

Tips 20 : Menunggu tandas di Arafah/Mina



Setiap tahun boleh dikatakan ada pertambahan bilangan Jemaah yang menunaikan haji. Sebagai contoh , jika tahun 2016 dianggarkan Jemaah yang menunaikan haji sekitar 30 ribu lebih, pada tahun 2017 iaitu tahun saya menunaikan haji pula angka rasmi mencatat lebih daripada 40 ribu. Manakala ada juga saya diberitahu yang Jemaah Malaysia yang pergi dengan menggunakan kuota Thailand.
Untuk makluman, pertambahan bilangan Jemaah Haji tidak pula bermakna kawasan Arafah dan Mina itu diperbesarkan. Arafah dan Mina dari zaman Nabi Muhammad s.a.w adalah sama saiznya dengan Arafah dan Mina sekarang. Sama ada jemaahnya 300 ribu atau 3 juta, kawasan itu tetap sama juga. Tandasnya juga masih tidak bertambah dan saya fikir ia sama sejak beberapa (puluh?) tahun dahulu. 

Kerana itu, apabila Jemaah merungut kenapa Kerajaan Arab Saudi tak terfikir ke nak tambah kemudahan tandas – satu perkara yang anda kena tahu dan fahami adalah – nak tambah Jemaah di Mina dan Arafah ke atau nak tambah tandas? Mana yang lebih utama? Logiknya tentulah tambah bilangan Jemaah kan? Masalah tandas tu adalah sesuatu yang Jemaah kena tangani sendiri. 

Dalam keadaan inilah saya berasa sangat bersyukur dipanggil menunaikan Haji dalam usia yang masih mempunyai tenaga. Menerusi pengalaman dan pengamatan saya, ketika saya menunaikan haji dalam musim yang lalu, tempoh menunggu giliran tandas pada waktu puncak boleh mencecah sehingga 2 jam. Terdapat juga keadaan di mana ramai warga tua yang terlepas di kawasan luar tandas kerana menunggu terlalu lama dan sudah tidak tertahan.  Namun, bagi diri saya sendiri, Alhamdulillah menunggu lebih kurang dalam tempoh setengah jam sahaja.

Petuanya, kita kena ke tandas sebelum berasa nak membuang…Kita juga jangan ke tandas dalam waktu waktu puncak. Alamatnya nanti banyak masa terbuang kerana beratur. Apa yang paling penting disini adalah sentiasa banyakkan berdoa semoga dipermudahkan. Yang paling penting sentiasa bersangka baik. Contohnya, jangan pula anda berfikiran ‘habislah aku ni mesti ramai orang’ atau ‘jenuhlah nak jalan panas-panas ni’ atau’orang depan aku ni bukannya reti Bahasa ni’. Apa yang anda fikir, itulah yang akan terjadi. Ingatlah bahawa di mana anda berada. Semua bisikan hati itu tidak mustahil menjadi kenyataan. Jadi, biasakan diri anda berfikir dengan positif. Apa yang anda fikir itulah yang akan terjadi, insyaAllah. Be positive!! Semuanya akan dimudahkan.

Sedikit pengalaman tentang tandas ini, saya berpeluang menumpang tandas di kawasan Jemaah Indonesia ketika mencari arah pulang (sudah sesat jalan selepas melontar) di Mina. Mereka yang saya jumpai sangat mesra dan berhemah. Dalam menunggu giliran di tandas kawasan negara Indonesia, saya perhatikan mereka meletakkan kertas di dinding sebagai giliran membersihkan tandas. Ada waktu yang tidak dibenarkan untuk menggunakan tandas kerana khusus waktu untuk pembersihan. 

Tandas yang saya masuki memang bersih tanpa sebarang sampah di dalamnya. Teringat pula kata-kata kawan saya – nak tengok tahap pemikiran dan sikap sesuatu bangsa itu, kita tengok tandasnya dulu. Terutama tandas di lapangan terbang yang merupakan entrance ke sesuatu negara. Jadi, tak perlu tanya banyak, tak perlu fikir banyak, jangan berkira untuk tolong bersihkan tandas yang anda masuki. Walaupun sekadar simbah air di lantai – yang sedikit itu tetap akan ada impaknya kemudian (walaupun lambat!!). Jika anda berfikiran begitu, tahniah sebab anda adalah seorang yang bertamadun!!

Tips 19 : Ustazah saya…ustaz saya



Haaa…yang ini berdasarkan kepada pemerhatian saya (silap-silap saya pun ada perangai seperti ini). Jadi saya menulis untuk menegur diri saya sendiri dan mengingatkan diri saya dan rakan-rakan semua. Biasa terjadi yang dikatakan ‘fatwa rakan sebilik’.

Apabila kurang pasti tentang sesuatu perkara (contohnya larangan dalam ihram), kita mungkin akan berbincang dengan rakan sebilik atau berbincang dengan pasangan. Waktu inilah akan keluar pelbagai pendapat..ustazah saya kata…ustaz saya kata…kalau yang kata pendapat mereka sahaja yang betul, susah juga…nanti akan ada pelbagai perangai akan ditemui…kemudian ada yang tak mahu menerima pandangan orang lain pula. Kalau jadi keadaan begini kepada anda, jalan terbaik adalah sebenarnya merujuk kepada petugas TH dan pembimbing yang ada. Setiap maktab ada ustazah yang bertugas. Jangan lupa ambil nombor telefon ustazah dan tanyakan kemushkilan anda kepada ustazah.  Kemudian, setiap hari ada waktu tertentu yang pejabat maktab dibuka dan ustaz/ustazah maktab akan ada disitu. Anda boleh menemui mereka dan bertanyakan permasalahan anda. Jawapan dari ustazah dan pembimbing TH lebih wajar anda rely on berbanding fatwa rakan sebilik ya. Jika ada rakan sebilik anda atau makcik-makcik yang mushkil tentang pelbagai perkara, anda nasihatkanlah mereka untuk merujuk kepada  ustazah. ATAU anda tolong rujukkan kepada ustazah bagi pihak mereka…

Ingat ya…jangan buat perangai ustazah saya kata..ustazah saya ajar macam ni….jangan ya…yang ustazah ajar tu betul…kefahaman kita sahaja yang berbeza dan mungkin tak betul sepenuhnya.

Tips 18 : Sorok kasut dalam masjid?



Kita tidak memakai kasut dalam masjid kan…ia harus di buka di luar masjid dan masukkan ke dalam plastic atau undang kasut khas. Dalam banyak blog yang saya baca, kebanyakkannya menyarankan untuk membawa uncang kasut khas yang boleh ditulis nama dan lain-lain butiran diri.

Tapi tak semua orang pula ada membawa uncang kasut begitu. Ataupun, ada yang bawa tapi bila sampai di Tanah Suci tak tahu pula letaknya di mana dalam beg (maklumlah banyak sangat barang hihi)..Seingat saya, ada plastic disediakan di luar masjid untuk kita simpan kasut. Saya perhatikan, ada Jemaah yang membawa kasut bersama mereka (diletak sebelah mereka ketika solat) pada setiap masa. Malah turut di bawa ketika tawaf.

Ada banyak rak kasut disediakan di dalam kawasan masjid. Sebenarnya anda hanya perlu mengingat nombor rak itu dan landmark kawasan ia diletakkan. Senang saja kan? Jangan risau, insyaAllah tak hilang kasut anda.

Pengalaman saya sendiri, hampir setiap masa saya membawa uncang kasut saya itu sewaktu ke masjid. Manakala suami saya pula ikut suka hatinya..ada kala bawa plastic 20sen itu sahaja, adakala sumbat dalam uncang kasut saya sekali, adakala sambar saja mana-mana plastik yang sempat (sebab uncang kasutnya hilang haha).

Oh ya –sebut tentang kasut/selipar ini teringat saya tentang tapak kasut. Saya cadangkan anda pilih kasut dengan tapak yang rata tanpa ‘lubang’. Tapak kasut memang la rata kan? Maksud saya lubang itu ialah corak pada tapak kasut itu, dikhuatiri boleh memerangkap batu-batu kecil sewaktu berjalan. Ini terjadi pada saya apabila memakai kasut. Setiap kali saya akan memeriksa tapak kasut supaya saya tidak membawa sebarang benda milik Tanah Haram keluar. Sudahnya pada kebanyakan masa saya memakai selipar. Tak mahal takpe yang penting selesa dan mudah untuk anda. Ramai kawan-kawan saya yang telah ke Tanah Suci menggunakan pelbagai jenis kasut seperti kasut sukan, kasut jenama sketchers, crocs dan pelbagai jenama lagi. Saya sendiri selesa dengan kasut Medifeet sebab tidak menyakitkan kaki untuk berjalan jauh. Saya juga ada sepasang kasut spare yang saya pakai di Arafah dan Mina) kerana banyak berjalan.

Apapun, jangan beli kasut baru dan guna pertama kali di Tanah Suci ya. Biasakan guna di Malaysia dahulu..nanti takdelah masalah melecet dan sebagainya. Takpe melabur sedikit untuk keselesaan dan kemudahan di sana. Semua perbelanjaan anda akan berbaloi dan tidak akan rugi insyaAllah. Ustaz ada kata bahawa semua perbelanjaan untuk menunaikan Haji ini Allah akan balas semula dan tidak akan rugi. Jangan risau!!

Tips 17 : Kalau ‘uzur’, bagaimana?



Untuk Jemaah yang lebih kurang seusia saya atau lebih muda, datang haid adalah perkara yang biasa dan normal. Ada pelbagai pendapat – sama ada untuk biar saja kitaran itu berlaku dengan semula jadi atau mengambil pil/suntikan penahan haid. Dalam beberapa pendapat yang saya temui berpandangan bahawa untuk yangberumur 40 tahun dan ke bawah tidak digalakkan untuk mengambil pil atau suntikan penahan haid kerana dikhuatiri akan menyebabkan kitaran itu menjadi tidak stabil di kemudian hari. Ada beberapa ustazah yang saya tanyakan sendiri pun berpandangan bahawa yang lebih kurang sama.

Pelaksanaan ibadah Haji kita mengambil masa lebih daripada 40 hari (dalam keadaan saya jumlahnya 50 hari), berbanding pelaksanaan umrah di luar musim Haji yang mengambil masa lebih kurang 10-13 hari. Untuk pelaksanaan umrah ini, memang wajar untuk mengambil pil atau suntikan menahan haid untuk memastikan Jemaah dapat melaksanakan ibadah dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam tempoh yang panjang melebihi 40 hari ini, Jemaah wanita tidak perlu risau tentang niat ihram bersyarat kerana insyaAllah cukup masa untuk melaksanakan semua ibadah. Jadi, biarkan ia terjadi dengan semulajadi dan normal. Bukankah Allah menjadikan kita dengan sebegitu rupa? Pasti ada hikmah disebaliknya….

Kedatangan haid memang meresahkan, kerana kalau boleh kita ingin sentiasa berada di dalam masjid, bersama solat berjemaah dan melakukan ibadat lain dalam keadaan biasa. Saya sendiri ketika didatangi haid ketika di Madinah berasa agak down dan telah whatsaps secara peribadi kepada beberapa ustazah yang saya kenali (ada yang datang bertugas sebagai petugas Haji dan ada yang berada di Malaysia). Kata-kata nasihat mereka membuat saya berfikir dengan lebih positif dan menerima keadaan dengan lebih terbuka.

Jika anda didatangai haid, kita boleh turut sama bergerak dengan rakan sebilik ke masjid. Tapi anda berhenti setakat di luar sahaja. Anda boleh mengambil peluang untuk tolong menolak wheelchair pakcik-makcik yang agak uzur, tolong ambilkan air dalam cawan dan edarkan kepada Jemaah di luar Masjid (Nabawi) yang kepanasan dan banyak lagi. Pengalaman saya dahulu pula, ada sekumpulan wanita yang kebetulan sama-sama tidak boleh bersolat duduk di kawasan mengambil wuduk. Lalu saya berkenalan dengan mereka dan pada setiap waktu kami duduk di tempat yang sama sambil mengambil peluang berkenalan dengan lebih dekat. Rakan itu dari Pakistan dan walaupun ada sedikit kesukaran untuk berinteraksi, namun simple English masih dapat difahami. Ada waktu kami berkongsi makanan dan sama-sama mengedarkannya kepada Jemaah berhampiran (bukan Jemaah Malaysia) yang kelihatan sangat berterima kasih mendapat makanan dan minuman. Dia kini telah menjadi rakan FB saya..

Saya masih ingat, ramai Jemaah negara lain yang tidur di kawasan dataran Masjid Nabawi, mungkin mereka ini tidak mempunyai penginapan. Kerana mereka tidur dengan bagasi mereka yang besar dan mandi di tempat wuduk sekitar masjid. Pemandangan yang sama juga boleh dilihat di luar Masjidil Haram. Lihat lah betapa usaha mereka ini yang datang dari jauh untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini. Mereka sanggup bersusah tidur berbumbungkan langit sahaja dan makan dengan mengharap ihsan Jemaah yang lalu lalang. Ada satu kedai di area Safwah Tower yang memang menyediakan makanan simple seperti roti dan air khusus kepada mereka yang tidak berkemampuan dan sesiapa boleh menyumbangkan wang untuk penyediaan makanan itu. Lupa pula saya akan namanya. Tapi ada pelbagai cara untuk menumpang menyumbang pahala pada musim haji ini. Cuma anda kena kreatif sahaja memikirkannya.

Jadi pesan saya – jangan risau mengenai kedatangan haid. Ia adalah normal. Kalau di tanah air, lewat datang haid pun kita risau kan..kan…manalah tahu bertambah ahli keluarga pula kan hahahaha. Pilihan di tangan anda.

Tips 16 : Siapa nak hantar ke Kelana Jaya?



Tahun saya memunaikan Haji merupakan tahun terakhir operasi Tabung Haji di Kelana Jaya dijalankan. Bermula tahun 2018 pula, operasi keberangkatan Jemaah Haji adalah di Movenpick Sepang, yang merupakan hanya 15 minit dari rumah saya. Saya sebelum ini sangat berharap agar kami dapat menjadi Jemaah pertama yang berangkat dari situ. Tapi takdirnya adalah kami menjadi Jemaah yang terakhir mencorak sejarah bertolak dari Kelana Jaya.

Sejak awal lagi pada tahun 2015 apabila saya mendapat tahu giliran menunaikan haji pada tahun 2017, saya membuat keputusan dalam diam bahawa saya tidak mahu sanak saudara dan anak-anak menghantar saya dan suami ke Kelana Jaya. Saya telah menyaksikan kemeriahan disana sewaktu menghantar emak saya menunaikan haji, jadi saya diam-diam berazam mahukan sesuatu yang lain. 

Saya mahukan suasana yang lebih tenang, tanpa rasa sukar melepaskan anak-anak. Saya mahu apabila keluar sahaja dari rumah pada hari keberangkatan nanti, saya sudah mula untuk menumpukan sepenuh jiwa raga pada apa yang saya bakal kerjakan. Malah, saya fikir mungkin ambil teksi sahaja ke Kelana Jaya dari rumah. Rancangan ini semakin saya rasakan ‘betul’ apabila saya membaca travelog Haji karya Muhammad Kamil Ibrahim (Prof). Travelog ini saya download di dalam handphone saya (Playbooks) dan saya baca berulang-ulang. Kemudian, saya juga memiliki buku-buku lain karya beliau. Selain itu, saya juga membaca buku travelog dan juga blog-blog berkaitan pengalaman menunaikan Haji oleh penulis lain. Jadi, saya fikir ini adalah pilihan terbaik buat saya.

Namun, rupanya suami saya berkeras mahukan anak-anaknya menghantar kami ke Kelana Jaya. Saya fikir beliau mahu wajah kesayangannya dilihat hingga saat akhir sebelum kami berangkat. Sedangkan saya pula lebih keras hati dalam soal ini. Ini kerana saya telah lama merancangkannya, dan saya fikir saya betul dalam hal ini haha. Setiap perbincangan mengenai hal ini akan berakhir dengan keputusan veto suami saya. Tapi saya tak putus asa dan berdoa dan berdoa hingga ke saat akhir agar pemergian kami nanti tidak diiringi oleh anak-anak. Saya tak sanggup berasa berat di dada melihat kesayangan saya ditinggalkan huhu….

Akhirnya, Allah makbulkan doa saya bila mana di saat akhir suami memutuskan bahawa kawannya dari kampong yang akan hantar kami ke Kelana Jaya. Mereka bersusah payah datang dari Taiping semata-mata nk mengiringi kami berangkat menunaikan haji. Jadi, pilihan terbaik kami adalah berangkat bersama mereka, dan meninggalkan kesemua kesayangan kami di rumah dengan selamat insyaAllah.

 Masih saya ingat sedihnya pada ketika itu, tambahan pula dengan kes luka di tapak tangan anak saya yang pertama tidak sembuh sepenuhnya/dijangkiti bakteria dan memerlukan rawatan susulan di Hospital Putrajaya. Tapi saya yakin bahawa Allah tidak akan sia-siakan hambaNya yang telah dipilih sebagai tetamuNya. Saya percaya Allah akan menjaga mereka dan memudahkan segala urusan bagi mereka yang ditinggalkan. 

Dengan kepercayaan itu 100%, sebaik sahaja kereta bergerak meninggalkan rumah menuju ke Kelana Jaya, saya berasakan segala keletihan, segala kepenatan, segala kesedihan, keserabutan diangkat sepenuhnya dari dalam diri saya dan berasa tenang-setenangnya. Syukur ya Allah dan saya mula menikmati perasaan istimewa sebagai tetamu Allah dari saat itu (dari sebelum itu lagi sebenarnya). Tidak ada perasaan sedih atau mahu menoleh melihat wajah anak-anak dan keluarga. Yang pasti tumpuan kini bermula sepenuhnya untuk perjalanan ibadah saya.

Di Kelana Jaya, saya tidak perlu risau untuk mencari tempat landing keluarga, untuk bentang tikar, tiak perlu risau akan bekalan makanan untuk keluarga yang mengiringi, tidak perlu sediakan kipas tangan untuk anak yang panas, tidak perlu susah payah fikir tentang keperluan ke tandas dan lain-lain lagi. Kami fokus membawa bagasi kami, menuju tempat pendaftaran, menunaikan solat dan bergerak sebagaimana arahan TH. Kawan saya dari zaman sekolah – Siti Nurbaya Sharir turut datang meraikan keberangkatan saya dan semuanya dipermudahkan untuk kami. Alhamdulillah.

Tips 15 : Mandi dan membersih diri ketika cuaca panas



Mandi dan membersihkan diri itu keperluan kita. Kalau ikut cuaca di Malaysia ini, ada je yang mandi 3,4 kali sehari. Di Tanah Suci pun boleh saja berbuat begitu, sekiranya badan anda adalah jenis yang tahan lasak hihi…tapi keadaan kita adalah bergantung kepada Allah sebenarnya. Yang penting niatkan kita nak sihat agar dapat melaksanakan kerja Haji dengan sempurna. Peluang ni bukan datang banyak kali – malahan mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup ini…Oleh yang demikian, semua faktor dari sebesar2 hingga yang paling kecil semua perlu diambil kira dan dipertimbangkan.

Ok..banyak pulak mencecehnya…disini saya berikan panduan untuk mandi ketika berada di maktab/hotel di Madinah dan Mekah. Airnya udah pasti panas dong….Jadi apa yang saya buat dulu ada 2 cara:

1) saya tadah air dalam baldi pada waktu malam untuk mandi waktu pagi, dan tadah air waktu pagi untuk kegunaan mandi pada waktu petang/malam. Ha..macam ni legalah sikit bila mandi air yang agak2 sejuk…

2) Saya sejukkan air beberapa botol di freezer (semua bilik ada peti sejuk ye)..dan bila nak mandi saya rendamkan sekali botol2 ais tu dalam baldi..haa….bijak tak..bijak tak….

Yang penting janganlah berada dalam bilir air terlalu lama, cukup sekadarnya sahaja sebab kita pun nk beri peluang kepada rakan kita yang lain untuk merangka masa yang cukup untuk ke masjid dan aktiviti lain. Tapi kalau ahli bilik nak bershopping tu..biarkan je dia lambat hahaha….

Tips untuk mandi di Arafah/Mina – dah sah-sah bahawa air yang keluar dari paip tu panas kan…jadi apa yang saya buat ialah saya bawa air mineral yang saya sengaja minum separuh dalam 4 atau 5 botol, dan saya campurkan dengan air paip untuk cuci muka, gosok gigi dan mandi…haaa….bijak tak hakakkkk…..hihi. 
Kalau boleh bertahan tak mandi, takpe. Saya mandi jugak walaupun mandi koboi. 
Pesanan penting: Jangan pula berlama-lama di tandas. Kasihan kepada yang menunggu di belakang kita. Kita mudahkan orang, insyaAllah urusan kita pula akan dipermudahkan nanti. Botol tu jangan lupa buang dalam tong sampah ye..bukan tinggalkan dalam tandas tu!!

Tips 14 : Bila bosan dengan makanan



Buat Jemaah yang datang awal seperti saya, lama kelamaan timbul perasaan semacam pada makanan yang dihidangkan..haha…tapi untuk saya sebenarnya, jangan pula jadikan isu makanan yang sama itu satu halangan. Kita boleh sentiasa makan di luar, malahan ada banyak pilihan makanan – nasi arab, kebab, ayam broast, jus buah etc. Yang paling sedap bagi saya dan suami pastilah nasi arab dengan ayam bakar..perghhh…waktu menaip ni pun saya terbayang kesedapannya…biasanya portion yang besar tu, rakan Jemaah kami sukar untuk habiskan berdua dengan pasangan. Tapi bagi kami suami isteri pula – insyaAllah sentiasa habis portion nasi arab itu.

Cubalah – pelbagai jenis makanan dan masakan…oh ya satu lagi kegemaran kami ialah roti puree..hihi…itu menu sarapan kami juga….

Satu tips untuk anda berdasarkan kepada pengalaman saya yang lalu – bawalah bekal asam jawa, belacan dan pisau pemotong yang kecil (saya dan rakan Jemaah gunakan gunting). Untuk apa ya…haha…boleh buat air asam!! Entah macam mana seorang makcik rakan sebilik saya dapat idea, pergi ke kedai Indonesia berhampiran dan beli belacan, tomato, cili, asam jawa dan hasilnya….air asam. Air asam ni boleh menjadikan suapan nasi menjadi lebih laju dan natijahnya berat badan maintain/bertambah berat yeayy!!!

Asam jawa-juga berguna sekiranya Jemaah mula berasa sakit tekak, maka bolehlah minum air asam jawa.

Belacan – kalau ke kedai Indonesia, jangan pula disebut belacan, sebaliknya ia adalah TERASI dalam bahasa Indonesia. Tapi untuk makluman, bukan semua maktab ada kedai Indonesia ya…musim haji 1438H yang lalu saya ditempatkan di Rehab Al Janadriyyah (maktab 87)..kebetulan di situ berhampiran dengan penempatan Indonesia. Jemaah Indonesia adalah antara yang paling ramai  dan kerana itu barangan rantau Asia ini mudah didapati di kedai Indonesia. Antaranya Milo serbuk (mahal sangat ok), Nescafe, tempeyek (pun ada), Indomee etc.

Oh ya..sewaktu mak saya menunaikan Haji, beliau juga membawa garam…so kalau anda seorang yang dah tua dan boleh jadi geram jika makanan tawar, bolehlah bawa garam..sebab orang tua lebih dahulu dan lebih banyak makan garam…ok saya bergurau sahaja!!

Tips 13 : Air panas di mana-mana



Buat anda yang seringkali rasa nk minum air panas waktu sarapan, waktu minum petang (medang kata pakcik musa jiran Jemaah bilik kami), atau bila-bila waktu lah..jangan risau. Air panas sentiasa disediakan di kafe. Mungkin juga ada baiknya ada membawa termos kecil untuk isi air panas.
malah sewaktu berada di Arafah dan Mina juga air panas mudah didapati. 

Di Mina, air panasnya keluar dari paip. Kalau anda boleh bayangkan macam paip untuk berwuduk di surau…lebih kurang begitulah disediakan…Sebab terkejut dengan airnya yang panas, tak kurang ramai yang terlepas cawan (saya juga haha). Jadi jangan bawa koleh besi ye..nanti tak keruan nk pegang koleh sebab panas sangat…(sampai di Mina nanti anda akan dapat satu pek makanan sudu dan cawan plastik, dont worry!)

Ok..tips air panas ini pendek sahaja.Semoga bermanfaat!!

Tips 12 : Barang keperluan lain – barang domestik



Hai, banyaknya pula barangan yang dicatatkan disini…Nak pindah terus ke hihi..taklah…kita bawa barangan untuk kemudahan kita sahaja…mana yang boleh dibeli di sana, kita beli lah…mana yang boleh di bawa kita bawalah dari sini…Macam baldi, takkan nak bawa dari sini kan..pelik pula nak naik flight tapi ko bawa baldi kan…jadi yang itu kita beli lah di sana. Tak nak beli pun tak jadi masalah..

Jadi, saya catatkan disini lain-lain barangan yang saya bawa sewaktu mengerjakan Haji :

a)       Tali untuk membuat ampaian baju – Tali ini saya beli di Giant sahaja…Jika semua rakan bilik anda membawa tali ini, ada kemungkinan tidak akan digunakan langsung sebab anda boleh tumpeng menggunakan tali yang sedia ada. Tali ini kita gunakan untuk membuat ampaians ementara di bumbung ataupun di tangga maktab. Menyidai baju di tangga ini cepat juga kering tapi ada cabarannya iaitu mungkin terkena air dari baju yang disidai dari tingkat atas. Anda mungkin seorang yang berfikiran jauh dan memikirkan orang lain, tapi pernah tak dengar peribahasa rambut sama hitam hati lain-lain? Haa….ketahuilah ada pelbagai watak dan perangai orang yang anda akan jumpa nanti. Jadi, kata kunci di sini adalah S.A.B.A.R. Satu lagi pengalaman saya ialah baju berbau rokok kerana ada makhluk yang merokok di tangga dan membiarkan pula puntung rokok dipijak di tangga tempat mereka melepak. Meskipun telah dipesan supaya jangan merokok, ada juga yang tak hilang tabiat itu. Kata kunci disini ialah – S.A.B.A.R.

b)      Penyangkut baju – Mungkin bawalah dalam 5 ke..atau secukupnyalah bagi anda. Perlu diingat almari dalam bilik hanya ada 1 dan perlu dikongsi dengan rakan sebilik seramai 6-10 orang. Saya pula mengambil langkah melipat semua baju dan biarkan dalam beg. Tips: kalau anda beli baju/jubah di kedai, anda boleh minta penyangkut baju besi itu kerana saya dapati mereka akan buang hanger itu. Saya pernah bertanyakan kepada penjual dan mereka memang akan memberikan hanger itu jika anda minta. Tapi last time saya tidak minta hanger berkenaan kerana berasa tiada keperluan. Cubalah!!

c)       S Hook – Saya bawa S Hook saiz besar. Kegunaan S Hook ini adalah untuk gantungkan baju atau penyangkut baju kita dengan kemas di bilik. Satu lagi kegunaan (yang saya ajar kepada kakak bilik saya juga) adalah untuk menggunakan S hook ini ketika ke tandas di Arafah dan Mina. Untuk makluman, tandas disana adalah kecil saiznya dan tiada tempat untuk menyangkut barang. Anda boleh sangkut tuala di pintu tandas, tapi bagaimana dengan berus gigi, ubat gigi, baju untuk diganti dan lain-lain barang? Jadi, pengalaman saya yang lalu, saya masukkan semuanya dalam beg plastic yang agak besar, gantung dengan S hook di pintu tandas. Barang anda akan selamat – tidak basah dan tidak bersepah.

d)      Penyepit baju – Ini bawa dengan kadar secukupnya sahajalah…kita bukan nk basuh baju macam di rumah kita kan….beli di sana pun boleh..

e)      Sedikit sabun basuh – yang ini saya sarankan untuk bawa dari sini. Di Tanah Suci pun ada dijual…semua barang ada di jual di sana…u just name it haha….tapi mahal sedikit tak tak silap ingatan saya. Saya memang membawa seplastik sabun basuh serbuk…kalau rasa banyak takpe…boleh kongsi dengan rakan sebilik…kita nak dapat pahala lebih kan….

f)        Plastik hitam sampah – tips ini diberikan oleh Tuan Hizwani Hasan yang sudi datang dari pejabatnya memberikan beberapa pesanan kepada saya sebelum berangkat. Antara pesanan beliau adalah plastik hitam besar ini boleh digunting dan dijadikan alas untuk kita bersolat ketika bermusafir, di airport, ditepi jalan atau dimana-mana sahajalah….Tapi kita juga ada tikar masyair yang diberikan oleh pihak TH. Terpulang kepada anda. Bagi diri saya sendiri, saya telah menyimpan plastic sampah hitam yang bersaiz besar ini dalam beg sandang yang sentiasa saya bawa dan akhirnya saya temui kegunaannya ketika bermalam di Mina setelah melontar kali pertama di Jamrah Kubra/Aqabah, sebelum bergerak ke Mekah untuk melaksanakan tawaf Ifadah dan Saie Haji. Saya dan rakan sebilik beserta pasangan mencari tempat yang sesuai sementara menanti melepasi waktu yang disyaratkan bermalam di Mina dan menghamparkan plastik yang saya dan rakan-rakan bawa di tepi jalan. Seringkali ada peronda datang ‘menghalau’ Jemaah yang memenuhi jalan sementara menantikan waktu untuk ke Mekah. Berguna betul pesanan Tuan Haji Hizwani itu…

g)       Payung Kecil – Payung kecil saya bawa juga walaupun saya rasa banyak betul barang kecil-kecil yang saya bawa. Yelah – nampak sangat otak perempuan ini diset untuk perkara remeh temeh. Contohnya payung kecil ini…saya menggunakan payung lipat/kecil ini ketika berwukuf. Saya dan suami mencari tempat yang sesuai supaya kami boleh duduk bersama ( kami dapat tempat di bawah pokok yang agak jauh daripada khemah kami ditempatkan) dan saya berpayung juga di bawh pokok…percayalah..akan ada kegunaan payung ini. Pada ketika musim Haji tahun 2017 juga ada beberapa kali kejadian bumi Tanah Haram disimbahi hujan lebat…Jadi kalau rasa rajin nak bawa, bolehlah bawa payung lipat/kecil ye..

h)      Tisu basah – tisu basah ini optional. Saya pilih yang tiada bau kalau-kalau saya terguna ia ketika dalam ihram.

i)        Tisu biasa – tisu biasa ini pun optional. Tapi sy bersyukur saya membawanya kerana boleh digunakan untuk mengelap hidung, lap tangan dan lain-lain lah…susah pula nak ingat satu persatu kegunaannya. Tapi adanya tisu biasa ini (saya beli tisu Giant sahaja) menyelamatkan saya ketika makan di Safwah Tower dan Jabal Omar. Ramai kanak-kanak akan meletakkan tisu di meja anda dan memaksa anda membayar 1 riyal untuk tisu itu. Kadang-kadang yang lebih ekstrim, mereka ambil tangan anda dan meletakkan tisu itu di tapak tangan anda dan minta duit. So, saya tunjukkan saya dah ada tisu dan saya tak mau hihi…ada sekali dua saya beli juga tisu dari mereka sebab tak mau susah payah cakap Bahasa ayam itik.

j)        Toileteries -  yang ini biasalah ikut keperluan anda. Macam diri saya sendiri keperluan toliletries saya sangat minimum dan mudah kerana saya tidak menggunakan sebarang pencuci muka dan kosmetik tertentu. Bukan sahaja sewaktu mengerjakan Haji, malah sewaktu saya perlu outstation juga keperluan toiletries dan kosmetik saya mudah dan sangat minimum. Elok juga kalau disediakan sabun/losyen/pencuci khusus untuk ihram kerana tidak berbau.

k)       Panty liner dan Pad – buat wanita yang agak muda (40 ke bawah) saya sarankan untuk membawa panty liner dan pad dengan kadar yang lebih dari cukup (bukan cukup2 ya). Kerana di sana memang ada dijual tetapi ia agak mahal. Sebagai catatan, saya telah membawa lebih 200 pcs pantyliner dan 2 pek besar pad. Ia memang memakan ruang dalam beg saya tapi pandai-pandailah saya hihi…ketika berada di Tanah Suci, waktu penghujung sebelum keberangkatan pulang ke tanah air, dalam grup wasap Jemaah TH ada yang meminta/menawarkan pad/pantyliner/baldi etc untuk diberikan kepada Jemaah yang masih tinggal untuk tempoh yang lama…(saya datang awal jadi saya balik awal le….). Biar lebih jangan tak cukup..haa…kalau tak guna, berikan lah kepada yang memerlukan kan…pahala tu!!

l)        Gunting kecil – yang ini memang kena ada bersama anda. Sediakan lah beg/pouch kecil untuk letak gunting kecil ini. Ia boleh digunakan ketika tahallul (tak payah pinjam orang lain punya) dan boleh gunting beg plastic hitam besar yang saya catat di atas tu…hihi. Untuk makluman, ada juga khidmat untuk membantu tahallul (tak pasti warga mana..nampak macam Arab le)– tapi ada ongkosnya pak…bukan tolong saja ye…

m)    Kipas tangan – kipas tangan disini bukan kipas dari kertas bercorak macam hiasan dinding atau macam Datin yang bergaya selalu bawa tu ya. Kalau nak bawa yang itu boleh jugalah, bukan ada sebarang do’s and don’ts pun…Tapi saya cadangkan untuk bawa kipas tangan plastik (saya dapat ketika hadir ke pameran tertentu..kipas di diberikan percuma di booth) yang ini confirm tak koyak dan melegakan. Anda akan dapati banyak tempat anda akan memerlukan kipas tangan ini.

Banyak kan? Tapi insyaAllah semua berguna..pernah tak dengar orang kata bawa beg besar macam nak pegi Haji? Haa..ini memang nk pergi Haji pun!!

Semoga bermanfaat!!

Tips 11 : Barang keperluan lain – Ubat



Bekalan ubatan juga adalah satu perkara yang penting untuk turut dibawa. Bukan apa, ianya untuk kemudahan kita sendiri juga. Seeloknya bekalan yang dibawa adalah berbentuk pil, bukan cecair ya, untuk mengelak kemungkinan tertumpah ke, pecah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, di maktab tempat Jemaah ditempatkan juga ada Klinik disediakan (juga tempat pengeluaran wang oleh kakitangan TH ok!!). Klinik ini boleh menampung rawatan bagi sakit yang biasa seperti demam, selsema, batuk dan di tempat saya dahulu juga ada menyediakan khidmat neb bagi yang mengalami asma. 

Bagi sakit yang biasa, eloklah kita sediakan sendiri ubat yang simple itu, tambahan pula jika sekiranya anda berkemampuan untuk menyediakannya. Anggaplah kemudahan dan ubatan di klinik itu untuk rakan kita yang kurang mampu daripada kita. Malah, jika ada rezeki lebih, bawalah lebih bekalan ubat untuk dikongsi dengan rakan sebilik atau jiran bilik kita juga. Bukankah misi kita untuk mengumpul sebanyak mungkin pahala (aktiviti mengumpul pahala ini bukan sewaktu di Tanah Suci sahaja ok!!).

Jadi, sebagai panduan, antara ubatan yang boleh disediakan ialah:

a)       Paracetamol – untuk persediaan jika demam dan sakit biasa;

b)      Ubat batuk (pil) – untuk batuklah hihi..

c)       Ubat sakit tekak – seperti strepsil, Diflam atau gula-gula Hacks. Boleh sediakan dan potong kepingan strepsil (kalau beli dalam bentuk papan) banyak2 dan bawa dalam beg/saku, jadi anda boleh hulur di mana sahaja kepada sesiapa di sekitar anda yang terbatuk atau berdehem2 tanda sakit tekak. Kan dah pahala tu, betul tak…pahala di mana sahaja.

d)      Antibiotik – jika ada. Sila maklum bahawa antibiotic tidak boleh dibeli over the counter ya..

e)      Ubat Selsema sebarang jenama – elok jika ada bekalan ubat selsema yang boleh membuatkan mengantuk (agar badan anda mempunyai ruang untuk berehat) dan yang tidak mengantuk juga.

f)        Ubat cirit birit – yangini pun elok spare sebab mungkin ada perut yangtak tahan denganperubahan corak pemakanan..spare jee…

g)       Charcoal – sama macam tujuan ubat cirit

h)      Minyak angin/panas – persediaan untuk sapu2 kaki yang lenguh ke, perut kembung ke etc. Sila maklum untuk sebolehnya elakkan menggunakan bahan yang mempunyai bau ketika dalam ihram. Namun, ianya sebenarnya ia dibolehkan bagi tujuan mengubat. Cuma bagi diri saya, saya mengelakkan menggunakan bahan yang ada bau ketika dalam ihram.

i)        Vitamin C – paling mudah adalah jenis yang larut ketika direndam dalam air. Nota : elok jika anda mula makan vitamin sebulan sebelum berangkat mengerjakan Haji agar mempunyai ketahanan badan dengan perubahan cuaca. Namun, kita hanya merancang dan semuanya adalah ketentuan dan kuasa Allah jua.

j)        Minyak cap kapak/lain-lain cap – yang ini biasalah, kalau tak nak pun tiada masalah.

k)       Asam jawa – yang ini terkeluar dari kategori ubat. Elok disediakan dan minum air asam jawa bila anda mula merasa sakit tekak.

Seperkara lagi, sekiranya anda sememangnya sentiasa makan ubat seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung, jangan pula lupa untuk bawa ubat-ubat berkenaan ke tanah Suci ya? Biasanya doktor akan memberi nasihat yang sewajarnya dan memebrikan bekalan ubatan yang bersesuaian dengan tempoh masa berada di sana.

Kita tak minta untuk sakit kan, tapi kita bersedia sahaja. Sekiranya, anda tidak jatuh sakit Alhamdulillah. Sentiasalah berdoa agar dikurnia kesihatan yang berpanjangan sepanjang waktu berada di sana, terutamanya ketika menyerjakan Haji. Kerana itulah matlamat kita berkelana jauh – semata-mata untuk beribadat dan menunaikan rukun Islam kelima.

Nota lagi : Lebih kurang setahun sebelum pemergian ke tanah Suci saya berdoa dan sentiasa berdoa semoga saya dikurnia kesihatan sehinggalah selesai kerja-kerja Haji. Melaksanakan rukun dan wajib Haji dengan sempurna adalah impian setiap tetamu Allah kan? Saya sihat sepanjang lebih kurang sebulan sebelum wukuf. Sikit-sikit sakit tekak tu adalah juga tapi cepat-cepat makan ubat dan vitamin. Sebaik sahaja pulang ke Mekah (dari Mina), saya mula kena cirit birit, demam, sakit kepala dan sebagainya hihi. Saya fikir sebab doa saya itu mungkin…Jadi, jadikan lah pengalaman saya itu sebagai iktibar dan panduan – berdoalah semoga anda sihat sepanjang waktu berada di sana dan hingga pulang ke Tanah air. (saya juga mula batuk selepas pulang ke Malaysia)

Tips 10 : Kain dalam atau seluar panjang di dalam?



Nota saya ini khusus untuk Jemaah wanita sahaja ya….jika anda memakai jubah – apakah pilihan terbaik anda? Sama ada memakai jubah atauun memakai seluar dalam yang panjang?

Sebenarnya tiada yang mana lebih baik, ia bergantung kepada keselesaan anda dan keadaan di mana anda berada. Bagi tujuan mengerjakan Haji dan umrah ini, disini saya menyertakan sedikit panduan kepada anda, kemudian anda timbangkanlah mengikut keperluan anda sendiri.

 Pertamanya – anda perlu mengambilkira keadaan diri anda. Adakah anda seorang yang mudah dan kerap membuang air (besar dan kecil)? Asal minum je nk membuang, asal salah makan je perut pun meragam dan kelam kabut nk ke tandas….jika begini keadaan anda, pastikan anda memakai pantyliner dan KAIN DALAM. 

Sebab apa? Sama ada di dalam tandas di daratan ataupun di tandas di udara (dalam kapal terbang), urusan anda akan mudah sebab tak perlu nk turunkan seluar panjang ke bawah (maaf saya cakap terus terang saja di sini). Tambahan pula jika anda atau waris terdekat anda itu seorang yang sudah berusia, ditambah lagi pula dengan keadaan serba tak biasa dalam tandas kapal terbang, maka eloklah jika memakai kain dalam. Senang kan..faham ke tak ni haha…

Kedua -  Memakai kain dalam memudahkan anda sewaktu berada di Arafah dan Mina. Kenapa saya cakap begini – sebab anda sudah jimat satu perkara tidak perlu membawa kain basahan untuk mandi. (bukan ustazah pesan tak boleh mandi ke?) Sebenarnya ikut masa dan keadaan. Pengalaman saya yang dahulu, saya sempat mandi 2 kali sehari, Alhamdulillah. Tapi bukanlah mandi manda siap syampu dan membasuh baju bagai seperti bercanda di rumah. Cukup basahkan badan dan melegakan – Alhamdulillah. 

Perlu diingat, air paipnya adalah panas (ketika saya pergi ialah musim panas). Tips nk mandi dengan air panas ni adalah di bahagian lain ya. Berbalik kepada kemudahan mandi di Arafah dan Mina – anda boleh menggunakan kain dalam sebagai kain basahan. Senang kan? Selepas itu sidaikan saja di luar, insyaAllah sekejap saja akan kering. Senang dan jimat barang yang nk dibawa dalam beg sandang/beg tarik.

Semoga bermanfaat!!

Tips 9 : Bekal makanan untuk dibawa


Kalau dah namanya Melayu, mesti nak makan nasi jugak tak gitu? Kalau yang boleh tahan tak makan nasi tu, memang boleh adapt dan berasimilasi dengan budaya luar. Yang ini memang Tahniah!!
Kalau ke mana-mana tempat diluar negara, makanan halal kini semakin senang didapati sebab kesedaran tentang isu halal ini semakin mendalam dan pasaran makanan halal semakin meluas. Kalau rasa susah, bawalah bekal sendiri kan?

Sama juga ketika di Tanah Suci.  Makanan halal bukan lagi satu isu, tapi yang akan menjadi isu adalah perkara kena atau tidak dengan selera tekak anda. Allah memakmurkan bumi Makkah dan Madinah yang kering itu dengan pelbagai makanan dan buah-buahan. Pelbagai makanan dari pelbagai negara mudah didapati. Malahan, ada beberapa kedai makan Indonesia saya jumpa iklannya dan ada khidmat penghantaran ke bilik pula.

Ketika berada di Madinah, ada orang Melayu yang menetap di Madinah dan juga pelajar di sana yang menjual sarapan pagi yang siap dipek seperti nasi lemak, mee goreng, bihun, kuih dan lain-lain. Sempat juga ketika itu suami saya jadi tukang ambil order untuk sarapan di aras hotel kami..Jadi tak berasa berada jauh dari negara sendiri. Untuk pengetahuan, Jemaah muassasah Tabung Haji Malaysia disediakan makan 2 kali sehari iaitu makan tengahari dan juga makan malam. Selain waktu itu, anda bolehlah mengambil kesempatan untuk meneroka kawasan sekitar dan mencuba makanan selain daripada yang biasa tekak anda makan hihi…

Ketika saya berada di Mekah pula, isu sarapan pagi juga bukan satu masalah…hanya kadang-kadang tak reti nak makan apa sebab terlalu banyak pilihan. Syukur kan…di maktab saya ditempatkan (maktab 87 Rehab Al Janadriyyah) kantin disitu menyediakan pelbagai pilihan seperti nasi goreng, bihun, roti telur, cucur tepung, roti canai, capati tapi dengan keadaan dimasak oleh pekerja importlah hihi…

Di luar maktab pula ada jualan oleh orang Pattani yang lebih meluas pilihannya, kalah berada di tanah air. Saya masih ingat – ada nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, laksam, pulut ikan masin, pelbagai kuih muih. Meriah betul. Ada kala tu, kami beli ikan masin siap digoreng untuk dimakan bersama rakan Jemaah waktu tengahari dan malam. Jadi bab makan, insyaAllah takde masalah.
Megi!! Ini adalah makanan biasa buat perantau Malaysia. Di Mekah jangan cuba-cuba nak cari Maggi ok. Anda boleh menjumpai biskut Munchy dan Lexus di Bin Dawood, tapi jangan sekali-kali cari Maggi sebab TAKDE!! Yang paling banyak di jual adalah Indo Mee. Yelah..kan Jemaah Indonesia paling ramai menunaikan Haji..kalau tak silap pada tahun 2017, lebih 200 ribu Jemaah Indonesia menunaikan Haji. Malah,ketika di Arafah/Mina, IndoMee diberikan percuma kepada Jemaah kita. Jadi, bolehlah biasakan diri dari sini awal2 ya hihi

Tapi saya suka nk mencadangkan agar anda membawa sedikit bekalan lauk yang dipek kecil-kecil untuk bekalan di Arafah dan Mina. Yang sedikit ini bila dikongsi dengan rakan insyaAllah akan semakin sedap sebab berkat. Anda boleh arrange sendiri sama ada nk makan bersama pasangan ataupun makan dengan rakan-rakan. Cuma pada pandangan saya, elok juga bersama rakan-rakan, kerana inilah waktu untuk kita saling kenal mengenali. Itu kan antara kelebihan dalam mengerjakan Haji?

Satu lagi untuk makluman, penyediaan makanan di Mina adalah oleh pengurusan muasasah Arab, bukan oleh muasasah negara ya. Seingat saya menu yang dihidang kepada kami ketika itu memang selera Malaysia, tetapi rasa bukan rasa Malaysia hahaha….Elok juga jika bawa lauk sampingan seperti serunding, sambal kering, sambal hitam dan lain-lain dan dipek kecil2 dan pastikan tidak berminyak dan boleh mengotorkan pakaian dalam beg ya?

Ketika saya mengerjakan Haji, saya membeli banyak pek sambal ikan bilis dan saya pek semula kecil-kecil – kemudian saya asingkan dalam bungkusan lain dan saya tandakan Arafah/Mina. Yang tidak ditandakan adalah untuk bekalan sepanjang di Madinah dan Mekah. Selain itu, kawan saya turut memberikan saya makanan kering yang siap dipek iaitu serunding daging dan juga serunding ikan. TQ kawan ku Siti Nurbaya Sharir!!

opss – lupa lagi satu perkara…kicap..kicappppp dan juga sos cili. Saya benar-benar terlupa nk bawa sewaktu keberangkatan saya, tapi saya kirimkan dengan sahabat sepejabat saya Hajah Rismahaslily yang datang lewat sedikit dari saya. Sempat dia membelikan saya kicap dan sos cap ABC. Botol kecilnya adalah dari plastik dan insyaAllah tidak pecah. Jadi, dapatlah saya berkongsi dengan rakan sebilik saya…TQ Lily!!

Nanti dari semasa ke semasa, bila saya dah pandai upload gambar, saya akan upload gambar yang saya simpan untuk rujukan. InsyaAllah

Pstt – saya dah tahu cara upload gambar – poyo betul haha

Tips 8 : Nak bawa banyak baju ke


Saya rasa ini antara masalah besar bagi Jemaah wanita. Kalau tak kepada anda pun– ia masalah besar bagi saya dulu haha…berbulan2 saya membaca blog, travelog dan cuba membuat kesimpulan tentang pakaian yang perlu dibawa dengan kadar yang paling bersesuaian. Di akhirnya, saya dapati rupanya – ia bergantung individu. Semua yang dicatat dalam blog (termasuk yang bakal saya catat) adalah sekadar panduan sahaja. Bukan semestinya sesuai 100% untuk semua orang. Jadi panduan disini adalah berkaitan pakaian  dan lain2 yang saya ingat ya…

1)      Jubah – 4 helai. Rasanya tiada masalah kain licin ke atau kain cotton. Keduanya saya bawa dulu dan keduanya mmg selesa. Ia cepat kering bila dibasuh (sebenarnya basuh apa pun cepat kering!! Haha). CUMA …jika anda seorang yang sangat particular dengan baju yang berkedut – sila bawa sendiri iron yang sesuai utk travel itu atau pilih baju/jubah dari jenis kain yang tak nampak berkedut.
Saya telah memilih untuk mencuba jubah cotton yang dibeli di Alamanda dan ia sangat selesa dan paling penting tak perlu digosok. Panjang pula explainationnya….

2)      Tshirt – 2 atau 3 helai untuk dipakai waktu tidur an waktu di dalam bilik. Jangan pula keluar berjalan di koridor maktab dengan baju tshirt lengan pendek ya!

3)      Telekung – 3 atau 4 helai. Pengalaman saya yang lalu membawa 2 pasang dengan kain dan 2 helai tanpa kain. Tapi kesudahannya saya kerap memakai 3 helai sahaja tanpa kain, sebab lebih mudah terus jubah dengan setokin. Jika dibasuh tangan pun, jangan risau. Pengalaman saya sidai di tangga – sidai pagi lepas dhuha, selepas zohor dah kering. Kalau sidai di rooftop tu, kalau 2 jam baju tu boleh jadi sekeping dan keras dek kerana panasnya cuaca.

4)      Mini telekung/ tudung labuh – minima 3 helai..saya berpandangan mudah dengan mini telekung kerana anda sudah solat ready..tak payah susah2 nak tukar pakai telekung bila nk solat. Secara tak langsung, kaedah ini mendidik jiwa dan diri dengan kaedah berpakaian. Lagipun, masjid di Mekah/Madinah tak menyediakan telekung ya. Jadi jika bermusafir, jangan pula dicari telekung di masjid sana ok!!

5)      Jubah seluar – ini optional. Jika selesa memakai jubah seluar, boleh kurangkan bilangan jubah panjang yang di bawa.

6)      Pakaian dalam – yang ini bawa sekadar yang cukup untuk lebih kurang 5 hari (mana lah tahu jika ada kecemasan yang tak sempat untuk membasuh).

7)      Niqab – elok juga jika anda mempunyai spare niqab, bukan sebab nk tunjuk alim atau nk ikut sama macam Arab, tapi untuk tujuan melindungi daripada habuk. Saya dapati pemakaian niqab sangat membantu melindungi wajah dan hidung, kerana angin yang kuat diikuti bersama habuk/debu. Tapi anda boleh dapati niwab dengan pelbagai stail di Mekah dan Madinah. Saya cadangkan anda membeli di sana sahaja.

8)      Tuala – kena bawa tuala sendiri. Jangan pula ingat hotel ada sediakan ya….

9)      Tuala muka – 3 helai. Kenapa kena ada tuala muka – sebab untuk lapik lantai sewaktu anda berwuduk dengan spray. Nanti lantai basah, dan kita boleh menyebabkan orang lain mungkin tergelincir pula…Dan nanti akan ada kegunaan lain dengan tuala kecil itu (saya gunakan untuk lapik bantal kecil kerana bantal yang saya dapat tersangat padat, besar dan keras)

10)   Stokin – bawa stoking yang tidak jarang ya.

11)   Kasut tawaf – optional. Tapi saya memang menggunakannya sebab bintik-bintik kecil di tapaknya membantu sewaktu bertawaf kerana tidak licin.

Nota : Saya fikir elok sekiranya pakaian yang dibawa itu tidak berwarna terang seperti oren, merah, hijau pucuk pisang etc. Dan elok juga jika bunga2 yang tidak begitu obvious. Tapi takde pun dalam peraturan…kalau nk bawa juga ikut sukalah..senang nk kenal dari jauh, tak gitu?

Saya akan update dari semasa ke semasa sekiranya ada perkara yang saya teringat di kemudian hari. semoga membantu!!

Tips 7: Nak buat Haji apa..


Sewaktu belajar dan menghadiri kelas-kelas Haji, secara asasnya memang boleh difahami bahawa ada 3 jenis haji iaitu Haji Tammattuk, Ifrad dan Qiran. Secara teori boleh faham… tapi rupanya bila mengalami sendiri, baru lah saya ooo…macam ni…ooo..macam tu….

Sebab daya kefahaman orang adalah tidak sama. Ada makcik yang saya temui beritahu 7 tahun dia menghadiri kursus haji tapi tetap tidak faham dengan kaedah pelaksanaan rukun dan wajib haji. Tap saya percaya, Allah permudahkan makcik tu bila dia mengerjakan haji sebab dia bersungguh-sungguh tanpa jemu tahun ke tahun menghadiri kursus dan kelas berkaitan haji.

Ada pula yang terima panggilan Haji di saat Akhir tanpa disangka dan tak sempat langsung pun menghadiri sebarang pengajian berkaitan Haji, jauh sekali mempunyai masa untuk membaca sendiri buku yangberkaitan dengan teori dan pelaksanaan haji. macam itulah – jemputan Allah tu datang dengan pelbagai cara.

Analoginya macam jemputan kendurilah – ada yang dijemput awal, jadi bolehlah buat perancangan nk beli hadiah dan nk ambil cuti ke, ada yang dijemput secara whatsapp, ada yang diposkan kad jemputannya, ada yang dipanggil mulut, ada pula yang diwakilkan untuk menjemput..ada yang esok nak kenduri baru dijemput….

Apabila saya menerima surat tawaran menunaikan Haji – saya tidak tahu sama ada mahu memilih ke Mekah dahulu atau Madinah dahulu. Kalau ikut pengalaman emak saya yang mengerjakan Haji pada tahun 2016, beliau bertegas bahawa saya wajar memilih penerbangan Akhir sepertinya. Tentulah beliau akan menyokong dengan hujah-hujah yang pro dan kons…sebelum itu sudah banyak saya cari pengalaman orang-orang yang terdahulu menunaikan haji sama ada pergi awal, pergi waktu pertengahan atau di Akhir sebelum wukuf. Sebenarnya kesemua pun ada kelebihannya. Saya percaya Allah takkan sia-siakan mereka yang pergi awal atau Akhir. Kalau  pergi dengan penerbangan Akhir itu terbaik, adakah bermaksud mereka yang pergi lebih awal itu tidak mabrur hajinya? Jenuhla flight kalau semua orang pergi pada hari-hari Akhir kan?

Sebelum saya menghantar surat jawapan itu, saya menelefon ayah kepada kawan sepejabat yang kebetulan merupakan pengurus TH Banting (yang mana surat tawaran saya dikeluarkan!!) iaitu En. Abdul Razak (apabila bersembang di pejabat saya dan rakan membahasakan pakcik Razak). Setelah berbincang panjang lebar dengan beliau, beliau menasihatkan saya untuk menanda dalam surat jawapan itu -  pergi ke Madinah terlebih dahulu – maksudnya menunaikan haji tammattuk atau dengan erti kata lain – bersenang-senang. Sesuai dengan diri saya yang tidak pernah ke tanah Suci  dan tidak pernah menunaikan umrah. Segalanya adalah pengalaman pertama bagi saya. Suami pula sudah 2 kali mengerjakan umrah bersama emaknya. 

Pilihan saya itu beberapa kali dipadam dengan liquid paper, dan ditanda semula haha..Sudah tentu pilihan saya itu ditentang oleh emak saya. Antara sebabnya ialah pergi awal ini akan terdedah kepada cuaca yang panas dan mudah sakit. Sedangkan kita ingin menyediakan diri dalam keadaan terbaik sewaktu di Arafah dan Mina. Tapi jauh di sudut hati saya berasakan bahawa ketentuan sakit atau sihat ini adalah ketentuan Allah. Sejak itu saya berdoa semoga saya sihat ketika berada di sana hingga habis pelaksanaan kerja haji (Nota : saya cadangkan  berdoa agar sihat sepanjang berada di tanah suci hingga kembali ke Tanah air).

Akhirnya dengan kuasa Allah, sebelum Hari raya AidildFitri tahun 2017 itu, saya dan suami telah mendapat tahu akan jadual penerbangan kami iaitu pada Rabu, 26 Julai 2017 bersamaan penerbangan hari ketiga. Rakan sepejabat saya Puan Farhah pula mendapat giliran pada hari pertama penerbangan Haji!! lain-lain rakan sepejabat ketika itu seperti Kak Ita, Sabariah, Dato’ Ihsan juga mendapat giliran flight awal antara hari kedua hingga keempat penerbangan. Maknanya kesemua kami akan ke Madinah dan mengerjakan Haji Tamattuk. Namun begitu, untuk makluman, ada Jemaah dalam maktab kami mengerjakan haji Ifrad dan pasangan itu berada dalam keadaan ihram selama sebulan sehingga ke Arafah dan Mina. saya sempat menemuramah wanita berkenaan, mereka memilih haji Ifrad kerana antara lain – lebih banyak cabaran, mudah2an lebih banyak pahala diperoleh. Dan mereka positif mengenainya terutaman dalam menjaga larangan dalam ihram. Apapun, pilihan di tangan anda.

Bagi anda yang pergi dengan penerbangan awal ini, antara kelebihannya adalah masih belum ramai Jemaah membanjiri Madinah dan Mekah. Jadi kita dapat membiasakan diri dengan keadaan, masa dan dapat menyusun atur pergerakan dengan selesa. Sama juga keadaan bagi Jemaah yang datang dengan penerbangan Akhir, mereka pula dapat menikmati keadaan Jemaah yang semakin berkurangan apabila semakin ramai yang berangkat pulang. Jadi semakin mudah untuk beribadat tetapi mungkin sedikit stress bilamana ramai yang pulang dan maktab semakin kosong. Oh ya – penjual pun mungkin ramai yang sudah nk tutup kedai hihi..

Apapun takdir anda sama ada pergi awal atau lambat ke Tabah Suci, percayalah bahawa insyaAllah itu merupakan pilihan terbaik untuk anda. Allah lebih tahu, dan letakkan pergantungan sepenuhnya kepada Allah.