Beberapa minggu lalu, kebanyakkan
university mengadakan majlis konvokesyen. Di kawasan rumah saya, yang paling
hampir adalah USIM – Universiti Sains Islam Malaysia. Jauh sikit adalah UKM,
dan jauh sikit lagi adalah UPM. Ramai
dikalangan jiran saya adalah dikalangan pensyarah USIM dan UKM (selain
mereka yang bekerja dengan MAS). Di wall FB pun, banyak la cerita yang lalu di
wall berkaitan konvokesyen. Ada yang attend konvo keluarga dan sebagainya.
Tapi dalam banyak2 tu ada satu
yang sangat menarik hati saya – iaitu ucapan seorang pensyarah (sebenarnya
seorang ustaz) yang bergraduasi PHD. Beliau terpilih sebagai pelajar terbak dan
dipilih untuk menyampaikan ucapan pada hari konvokesyen berkenaan di USIM. Yang
paling menarik dan menakjubkan saya adalah beliau lulus tesis beliau tanpa
sebarang pembetulan!! Sangat mengkagumkan. Beliau adalah Dr Kamil bin Jamilin
atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kamilin Jamilin.
Maka, kerana berasakan klip
ucapan yang sya lihat itu tidak memadai, saya pun mencari diinternet akan
ucapan beliau pada majlis konvokesyen berkenaan. MasyaAllah menakjubkan apabila
beliau menulis tesis 4 jilid sebanyak 1800 muka surat untuk proses masters
beliau. Universiti beliau tidak mempunyai system untuk menaiktaraf dari masters
ke PHD, jika tidak beliau akan mengdapat pengiktirafan PHD! Namun, beliau tetap
bersyukur dan itu adalah sebahagian daripada proses mencari ilmu. Dalam proses menamatkan kedua2 pengajian
masters dan PHD, beliau gigih menulis artikel dan jurnal, menyampaikan ceramah
dan mengembara. Kagum!!. Terasa saya bahawa setiap detik masanya diberkati
sebab itu beliau dapat membuat pelbagai perkara dalam usia yang masih muda.
Sungguh, pemuda yang tidak menghabiskan masa mudanya dengan ilmu, akhlak dan
adab, adalah mereka yang sangat, sangat kerugian. Ini adalah satu contoh yang
baik untuk diikuti dan dijadikan inspirasi. Soalnya, ramai tak yang
terinspirasi dengan kegigihan dan kejayaan beliau?
Dalam ucapannya, Dr Kamilin
Jamilin juga menyentuh tentang kuasa doa seorang ibu dan menyatakan betapa
bersyukurnya mempunyai ibu yang mendoakan beliau. Beliau sendiri sukar untuk
mempercayai bahawa beliau boleh lulus PHD nya tanpa sebarang pembetulan. Tapi
memang itulah yang didoakan oleh ibunya dan dimakbulkan. Alhamdulillah. Dari
situ saya semakin terinspirasi untuk mendoakan anak2 saya menjadi yang terbaik.
Sudahnya, beberapa hari selepas
itu saya menghabiskan masa makan tengahari di depan PC sambil mendengar
kuliah/ceramah Dr Kamilin dan cuba mencari subject matters beliau. Sebelum ini
saya mendapati bahawa kuliah para asatizah ini ada subject matters mereka
tersendiri. Sebagai contohnya Ustaz Dusuki Abdul Rani sering memperkatakan
tentang perkara selepas mati, Ustaz Wadi Anuar tentang perkara selepas mati dan
juga sirah Rasulullah, Ustaz Badlishah saya dapati seorang yang power dalam fakta
yang berkaitan pengiraan/matematik dan banyak lagi. Pandangan awal saya
berasakan bahawa Dr Kamilin ini merupakan seorang yang ahli dalam bidang hadis
dan huraiannya serta sirah yang berkaitan. (Pengajian beliau adalah tentang hadis).
Sungguh saya kagum dengan pencapaian beliau. Semoga ramai lagi anak muda seperti beliau akan muncul. Amin.
Sungguh saya kagum dengan pencapaian beliau. Semoga ramai lagi anak muda seperti beliau akan muncul. Amin.
No comments:
Post a Comment