Mandi dan membersihkan diri itu keperluan kita. Kalau ikut
cuaca di Malaysia ini, ada je yang mandi 3,4 kali sehari. Di Tanah Suci pun
boleh saja berbuat begitu, sekiranya badan anda adalah jenis yang tahan lasak
hihi…tapi keadaan kita adalah bergantung kepada Allah sebenarnya. Yang penting
niatkan kita nak sihat agar dapat melaksanakan kerja Haji dengan sempurna.
Peluang ni bukan datang banyak kali – malahan mungkin sekali sahaja dalam
seumur hidup ini…Oleh yang demikian, semua faktor dari sebesar2 hingga yang paling
kecil semua perlu diambil kira dan dipertimbangkan.
Ok..banyak pulak mencecehnya…disini saya berikan panduan untuk mandi ketika berada di maktab/hotel di Madinah dan Mekah. Airnya udah pasti panas dong….Jadi apa yang saya buat dulu ada 2 cara:
Ok..banyak pulak mencecehnya…disini saya berikan panduan untuk mandi ketika berada di maktab/hotel di Madinah dan Mekah. Airnya udah pasti panas dong….Jadi apa yang saya buat dulu ada 2 cara:
1) saya tadah air dalam baldi pada waktu malam untuk mandi waktu pagi, dan tadah air waktu pagi untuk kegunaan mandi pada waktu petang/malam. Ha..macam ni legalah sikit bila mandi air yang agak2 sejuk…
2) Saya sejukkan air beberapa botol di freezer (semua bilik
ada peti sejuk ye)..dan bila nak mandi saya rendamkan sekali botol2 ais tu
dalam baldi..haa….bijak tak..bijak tak….
Yang penting janganlah berada dalam bilir air terlalu lama, cukup sekadarnya sahaja sebab kita pun nk beri peluang kepada rakan kita yang lain untuk merangka masa yang cukup untuk ke masjid dan aktiviti lain. Tapi kalau ahli bilik nak bershopping tu..biarkan je dia lambat hahaha….

Tips untuk mandi di Arafah/Mina – dah sah-sah bahawa
air yang keluar dari paip tu panas kan…jadi apa yang saya buat ialah saya bawa
air mineral yang saya sengaja minum separuh dalam 4 atau 5 botol, dan saya
campurkan dengan air paip untuk cuci muka, gosok gigi dan mandi…haaa….bijak tak
hakakkkk…..hihi.
Kalau boleh bertahan tak mandi, takpe. Saya mandi jugak
walaupun mandi koboi.
Pesanan penting: Jangan pula berlama-lama di tandas.
Kasihan kepada yang menunggu di belakang kita. Kita mudahkan orang, insyaAllah
urusan kita pula akan dipermudahkan nanti. Botol tu jangan lupa buang dalam tong
sampah ye..bukan tinggalkan dalam tandas tu!!
No comments:
Post a Comment