Ha..biasalah tu, ramai je ibu bapa yang hantar anak ke
sekolah.
Dalam kes saya, saya yang akan hantar anak ke sekolah. Bukan sahaja waktu persekolahan biasa, tapi juga kalau ada kelas tambahan dan atau aktiviti lain.
Dulu, sewaktu tidak berapa matang, saya ada juga berbalah
dengan pasangan. Bagi saya kena ada giliran dalam menghantar anak ini. Tapi
kemudian saya telah mengubah cara berfikir, bahawa adalah lebih baik saya yang
menghantar anak ke sekolah. Pada kebanyakan waktu anak akan tidur dalam
perjalanan ke sekolah, tapi dapat juga saya menerapkan agenda disiplin (beserta
leteran) dan memberikan ingatan-ingatan kepada mereka di mana yang sempat.
Contohnya membebel mengenai kekemasan baju, kena beringat menjaga barang
peribadi, ingatan kena buat apa sebelum peperiksaan, dan banyak lagi. Selain
itu juga ingatan untuk selawat ke atas Nabi, jangan melayang fikiran berfikir
yang tak mendatang faedah, zikir harian dan lain-lain. Saya berpandangan kalau
tak semua, at least sedikit pun mesti ada yang berbekas di hati. Paling tidak pun, bila ibu tiada bersama
mereka, sedikit sebanyak anak akan kenang apa yang kami selalu buat dalam
kereta.
Selepas bersalam dengan anak, saya mencium pipi dan dahi
mereka dan ‘memaksa’ anak memeluk saya, baru dilepaskan. Saya memulakan amalan
saling berpelukan ini apabila pada satu ketika saya sangat sayu mengenangkan
anak yang tidak mempunyai ibu. Siapalah yang menyiapkan keperluan sekolah, yang
ambil tahu emosi mereka, tapi Allah lebih tahu dan tidak akan ada perkara yang
berlaku dengan sia-sia. Maka kerana itu, saya fikir, saya harus memanfaatkan
waktu yang saya masih ada (maksudnya saya masih hidup le..) untuk memberikan
restu kepada anak-anak.
Makanya, anak ke sekolah dengan restu saya. Saya akan lihat
mereka berjalan masuk ke dalam sekolah sehingga hilang dari pandangan atau
sehingga saya puas hati, dan mengiringi mereka dengan doa semoga dipermudahkan
urusan pembelajaran, dan dijauhkan dari mara bahaya. Saya rasa, doa ibu adalah
yang paling perlu untuk mereka memulakan hari dengan baik. Malah saya sendiri
sebelum ini akan bercakap dengan ibu saya setiap pagi sewaktu memandu ke
pejabat. Kini tidak lagi sebab ibu saya yang tinggal di pondok ada sesi
pengajian selepas waktu subuh ..
Kalau ditakdirkan saya sakit dan tidak dapat menghantar anak
ke sekolah, saya tetap akan doakan mereka. Dalam masa peperiksaan, pasti lebih
doa dititip untuk anak2..
Jadi, kalau anak terbaca catatan ini satu hari nanti,
ketahuilah bahawa semua anakanda sentiasa dalam doa dan redha ibu. Semoga Allah
akan meredhai semua anak2 di mana jua berada. Amin..
No comments:
Post a Comment