Bekalan ubatan juga adalah satu perkara yang penting untuk
turut dibawa. Bukan apa, ianya untuk kemudahan kita sendiri juga. Seeloknya
bekalan yang dibawa adalah berbentuk pil, bukan cecair ya, untuk mengelak
kemungkinan tertumpah ke, pecah dan sebagainya. Walau bagaimanapun, di maktab
tempat Jemaah ditempatkan juga ada Klinik disediakan (juga tempat pengeluaran
wang oleh kakitangan TH ok!!). Klinik ini boleh menampung rawatan bagi sakit
yang biasa seperti demam, selsema, batuk dan di tempat saya dahulu juga ada
menyediakan khidmat neb bagi yang mengalami asma.
Bagi sakit yang biasa,
eloklah kita sediakan sendiri ubat yang simple itu, tambahan pula jika
sekiranya anda berkemampuan untuk menyediakannya. Anggaplah kemudahan dan
ubatan di klinik itu untuk rakan kita yang kurang mampu daripada kita. Malah,
jika ada rezeki lebih, bawalah lebih bekalan ubat untuk dikongsi dengan rakan
sebilik atau jiran bilik kita juga. Bukankah misi kita untuk mengumpul sebanyak
mungkin pahala (aktiviti mengumpul pahala ini bukan sewaktu di Tanah Suci
sahaja ok!!).
Jadi, sebagai panduan, antara ubatan yang boleh disediakan
ialah:
a)
Paracetamol – untuk persediaan jika demam dan
sakit biasa;
b)
Ubat batuk (pil) – untuk batuklah hihi..
c)
Ubat sakit tekak – seperti strepsil, Diflam atau
gula-gula Hacks. Boleh sediakan dan potong kepingan strepsil (kalau beli dalam
bentuk papan) banyak2 dan bawa dalam beg/saku, jadi anda boleh hulur di mana
sahaja kepada sesiapa di sekitar anda yang terbatuk atau berdehem2 tanda sakit
tekak. Kan dah pahala tu, betul tak…pahala di mana sahaja.
d)
Antibiotik – jika ada. Sila maklum bahawa
antibiotic tidak boleh dibeli over the counter ya..
e)
Ubat Selsema sebarang jenama – elok jika ada
bekalan ubat selsema yang boleh membuatkan mengantuk (agar badan anda mempunyai
ruang untuk berehat) dan yang tidak mengantuk juga.
f)
Ubat cirit birit – yangini pun elok spare sebab
mungkin ada perut yangtak tahan denganperubahan corak pemakanan..spare jee…
g)
Charcoal – sama macam tujuan ubat cirit
h)
Minyak angin/panas – persediaan untuk sapu2 kaki
yang lenguh ke, perut kembung ke etc. Sila maklum untuk sebolehnya elakkan
menggunakan bahan yang mempunyai bau ketika dalam ihram. Namun, ianya
sebenarnya ia dibolehkan bagi tujuan mengubat. Cuma bagi diri saya, saya
mengelakkan menggunakan bahan yang ada bau ketika dalam ihram.
i)
Vitamin C – paling mudah adalah jenis yang larut
ketika direndam dalam air. Nota : elok jika anda mula makan vitamin sebulan
sebelum berangkat mengerjakan Haji agar mempunyai ketahanan badan dengan
perubahan cuaca. Namun, kita hanya merancang dan semuanya adalah ketentuan dan
kuasa Allah jua.
j)
Minyak cap kapak/lain-lain cap – yang ini biasalah,
kalau tak nak pun tiada masalah.
k)
Asam jawa – yang ini terkeluar dari kategori
ubat. Elok disediakan dan minum air asam jawa bila anda mula merasa sakit
tekak.
Seperkara lagi, sekiranya anda sememangnya sentiasa makan
ubat seperti darah tinggi, kencing manis dan jantung, jangan pula lupa untuk
bawa ubat-ubat berkenaan ke tanah Suci ya? Biasanya doktor akan memberi nasihat
yang sewajarnya dan memebrikan bekalan ubatan yang bersesuaian dengan tempoh
masa berada di sana.
Kita tak minta untuk sakit kan, tapi kita bersedia sahaja.
Sekiranya, anda tidak jatuh sakit Alhamdulillah. Sentiasalah berdoa agar
dikurnia kesihatan yang berpanjangan sepanjang waktu berada di sana,
terutamanya ketika menyerjakan Haji. Kerana itulah matlamat kita berkelana jauh
– semata-mata untuk beribadat dan menunaikan rukun Islam kelima.
Nota lagi : Lebih kurang setahun sebelum pemergian ke tanah
Suci saya berdoa dan sentiasa berdoa semoga saya dikurnia kesihatan sehinggalah
selesai kerja-kerja Haji. Melaksanakan rukun dan wajib Haji dengan sempurna
adalah impian setiap tetamu Allah kan? Saya sihat sepanjang lebih kurang sebulan
sebelum wukuf. Sikit-sikit sakit tekak tu adalah juga tapi cepat-cepat makan
ubat dan vitamin. Sebaik sahaja pulang ke Mekah (dari Mina), saya mula kena
cirit birit, demam, sakit kepala dan sebagainya hihi. Saya fikir sebab doa saya
itu mungkin…Jadi, jadikan lah pengalaman saya itu sebagai iktibar dan panduan –
berdoalah semoga anda sihat sepanjang waktu berada di sana dan hingga pulang ke
Tanah air. (saya juga mula batuk selepas pulang ke Malaysia)
No comments:
Post a Comment