Setiap tahun boleh dikatakan ada pertambahan bilangan Jemaah
yang menunaikan haji. Sebagai contoh , jika tahun 2016 dianggarkan Jemaah yang
menunaikan haji sekitar 30 ribu lebih, pada tahun 2017 iaitu tahun saya
menunaikan haji pula angka rasmi mencatat lebih daripada 40 ribu. Manakala ada
juga saya diberitahu yang Jemaah Malaysia yang pergi dengan menggunakan kuota
Thailand.
Untuk makluman, pertambahan bilangan Jemaah Haji tidak pula
bermakna kawasan Arafah dan Mina itu diperbesarkan. Arafah dan Mina dari zaman
Nabi Muhammad s.a.w adalah sama saiznya dengan Arafah dan Mina sekarang. Sama
ada jemaahnya 300 ribu atau 3 juta, kawasan itu tetap sama juga. Tandasnya juga
masih tidak bertambah dan saya fikir ia sama sejak beberapa (puluh?) tahun
dahulu.
Kerana itu, apabila Jemaah merungut kenapa Kerajaan Arab Saudi tak
terfikir ke nak tambah kemudahan tandas – satu perkara yang anda kena tahu dan
fahami adalah – nak tambah Jemaah di Mina dan Arafah ke atau nak tambah tandas?
Mana yang lebih utama? Logiknya tentulah tambah bilangan Jemaah kan? Masalah
tandas tu adalah sesuatu yang Jemaah kena tangani sendiri.
Dalam keadaan inilah saya berasa sangat bersyukur dipanggil
menunaikan Haji dalam usia yang masih mempunyai tenaga. Menerusi pengalaman dan
pengamatan saya, ketika saya menunaikan haji dalam musim yang lalu, tempoh
menunggu giliran tandas pada waktu puncak boleh mencecah sehingga 2 jam.
Terdapat juga keadaan di mana ramai warga tua yang terlepas di kawasan luar
tandas kerana menunggu terlalu lama dan sudah tidak tertahan. Namun, bagi diri saya sendiri, Alhamdulillah
menunggu lebih kurang dalam tempoh setengah jam sahaja.
Petuanya, kita kena ke tandas sebelum berasa nak
membuang…Kita juga jangan ke tandas dalam waktu waktu puncak. Alamatnya nanti
banyak masa terbuang kerana beratur. Apa yang paling penting disini adalah
sentiasa banyakkan berdoa semoga dipermudahkan. Yang paling penting sentiasa
bersangka baik. Contohnya, jangan pula anda berfikiran ‘habislah aku ni mesti
ramai orang’ atau ‘jenuhlah nak jalan panas-panas ni’ atau’orang depan aku ni
bukannya reti Bahasa ni’. Apa yang anda fikir, itulah yang akan terjadi.
Ingatlah bahawa di mana anda berada. Semua bisikan hati itu tidak mustahil menjadi
kenyataan. Jadi, biasakan diri anda berfikir dengan positif. Apa yang anda
fikir itulah yang akan terjadi, insyaAllah. Be positive!! Semuanya akan
dimudahkan.
Sedikit pengalaman tentang tandas ini, saya berpeluang
menumpang tandas di kawasan Jemaah Indonesia ketika mencari arah pulang (sudah
sesat jalan selepas melontar) di Mina. Mereka yang saya jumpai sangat mesra dan
berhemah. Dalam menunggu giliran di tandas kawasan negara Indonesia, saya
perhatikan mereka meletakkan kertas di dinding sebagai giliran membersihkan
tandas. Ada waktu yang tidak dibenarkan untuk menggunakan tandas kerana khusus
waktu untuk pembersihan.
Tandas yang saya masuki memang bersih tanpa sebarang
sampah di dalamnya. Teringat pula kata-kata kawan saya – nak tengok tahap pemikiran
dan sikap sesuatu bangsa itu, kita tengok tandasnya dulu. Terutama tandas di
lapangan terbang yang merupakan entrance ke sesuatu negara. Jadi, tak perlu
tanya banyak, tak perlu fikir banyak, jangan berkira untuk tolong bersihkan
tandas yang anda masuki. Walaupun sekadar simbah air di lantai – yang sedikit
itu tetap akan ada impaknya kemudian (walaupun lambat!!). Jika anda berfikiran
begitu, tahniah sebab anda adalah seorang yang bertamadun!!
No comments:
Post a Comment