Kali ini suami menunaikan umrah
lagi (buat kali ketiga) dengan emaknya dan juga adik beradiknya. Tapi merupakan
kali keempat ke Tanah Suci jika dikira dengan menunaikan Haji. Alangkah
cemburunya saya. Tiga kali bersama emaknya menunaikan umrah (kalau ikutkan
rezeki dan perancangannya setiap 2 tahun).
Kali ini perasaan saya memang
membuak..haha…kerana kalau diikutkan rasa, saya mahu turut serta dan terus
tinggal di sana haha. Jadi pada sesiapa yang ke Tanah Suci, Allahu..tak terkata
seronoknya dan terselit rasa cemburu (sikit…jeles yang positif tak pe kannnn).
Orang mungkin akan berkata pada saya ..takpela..kau kan dah pergi Haji…Sebelum
menunaikan Haji, perasaan saya biasa sahaja pada ziarah ke Tanah Suci…Tapi
setelah merasa, kalau boleh saya hendak sentiasa berada disana.
Berada di Tanah Suci tak sama seperti bercuti ke luar negara atau mana-mana percutian. Perasaan itu tenang yang susah nk digambarkan. Bila bercuti yang biasa, kita gembira, hati senang. Namun, berada di Tanah Suci, hati tenang dan bonus lagi, setiap ibadah akan diganjari pahala yang berganda. Allah menjanjikan perbelanjaan ke Tanah Suci akan berbaloi dan diganti dalam satu bentuk yang anda pun tak terfikir bagaimana.

Mudah-mudahan Allah menjemput lagi
menjejak kaki ke sana. Mungkin dengan anak-anak lelaki saya pula nanti, lagi dan
lagi. Ya Allah, perkenankanlah. Saya benar-benar berharap dapat menjejakkan kaki
lagi dan lagi ke Tanah Suci. Manalah tahu, ada rezeki terpijak, dapat pula
tinggal disana dan menghembus nafas akhir di sana. Amin
No comments:
Post a Comment