Hai, banyaknya pula barangan yang dicatatkan disini…Nak
pindah terus ke hihi..taklah…kita bawa barangan untuk kemudahan kita sahaja…mana
yang boleh dibeli di sana, kita beli lah…mana yang boleh di bawa kita bawalah
dari sini…Macam baldi, takkan nak bawa dari sini kan..pelik pula nak naik
flight tapi ko bawa baldi kan…jadi yang itu kita beli lah di sana. Tak nak beli
pun tak jadi masalah..
Jadi, saya catatkan disini lain-lain barangan yang saya bawa
sewaktu mengerjakan Haji :
a)
Tali untuk membuat ampaian baju – Tali ini saya
beli di Giant sahaja…Jika semua rakan bilik anda membawa tali ini, ada
kemungkinan tidak akan digunakan langsung sebab anda boleh tumpeng menggunakan
tali yang sedia ada. Tali ini kita gunakan untuk membuat ampaians ementara di
bumbung ataupun di tangga maktab. Menyidai baju di tangga ini cepat juga kering
tapi ada cabarannya iaitu mungkin terkena air dari baju yang disidai dari
tingkat atas. Anda mungkin seorang yang berfikiran jauh dan memikirkan orang
lain, tapi pernah tak dengar peribahasa rambut sama hitam hati lain-lain?
Haa….ketahuilah ada pelbagai watak dan perangai orang yang anda akan jumpa
nanti. Jadi, kata kunci di sini adalah S.A.B.A.R. Satu lagi pengalaman saya
ialah baju berbau rokok kerana ada makhluk yang merokok di tangga dan
membiarkan pula puntung rokok dipijak di tangga tempat mereka melepak. Meskipun
telah dipesan supaya jangan merokok, ada juga yang tak hilang tabiat itu. Kata
kunci disini ialah – S.A.B.A.R.
b)
Penyangkut baju – Mungkin bawalah dalam 5
ke..atau secukupnyalah bagi anda. Perlu diingat almari dalam bilik hanya ada 1
dan perlu dikongsi dengan rakan sebilik seramai 6-10 orang. Saya pula mengambil
langkah melipat semua baju dan biarkan dalam beg. Tips: kalau anda beli
baju/jubah di kedai, anda boleh minta penyangkut baju besi itu kerana saya
dapati mereka akan buang hanger itu. Saya pernah bertanyakan kepada penjual dan
mereka memang akan memberikan hanger itu jika anda minta. Tapi last time saya
tidak minta hanger berkenaan kerana berasa tiada keperluan. Cubalah!!
c)
S Hook – Saya bawa S Hook saiz besar. Kegunaan S
Hook ini adalah untuk gantungkan baju atau penyangkut baju kita dengan kemas di
bilik. Satu lagi kegunaan (yang saya ajar kepada kakak bilik saya juga) adalah
untuk menggunakan S hook ini ketika ke tandas di Arafah dan Mina. Untuk
makluman, tandas disana adalah kecil saiznya dan tiada tempat untuk menyangkut
barang. Anda boleh sangkut tuala di pintu tandas, tapi bagaimana dengan berus
gigi, ubat gigi, baju untuk diganti dan lain-lain barang? Jadi, pengalaman saya
yang lalu, saya masukkan semuanya dalam beg plastic yang agak besar, gantung
dengan S hook di pintu tandas. Barang anda akan selamat – tidak basah dan tidak
bersepah.
d)
Penyepit baju – Ini bawa dengan kadar secukupnya
sahajalah…kita bukan nk basuh baju macam di rumah kita kan….beli di sana pun
boleh..
e)
Sedikit sabun basuh – yang ini saya sarankan
untuk bawa dari sini. Di Tanah Suci pun ada dijual…semua barang ada di jual di
sana…u just name it haha….tapi mahal sedikit tak tak silap ingatan saya. Saya
memang membawa seplastik sabun basuh serbuk…kalau rasa banyak takpe…boleh
kongsi dengan rakan sebilik…kita nak dapat pahala lebih kan….
f)
Plastik hitam sampah – tips ini diberikan oleh
Tuan Hizwani Hasan yang sudi datang dari pejabatnya memberikan beberapa pesanan
kepada saya sebelum berangkat. Antara pesanan beliau adalah plastik hitam besar
ini boleh digunting dan dijadikan alas untuk kita bersolat ketika bermusafir,
di airport, ditepi jalan atau dimana-mana sahajalah….Tapi kita juga ada tikar
masyair yang diberikan oleh pihak TH. Terpulang kepada anda. Bagi diri saya
sendiri, saya telah menyimpan plastic sampah hitam yang bersaiz besar ini dalam
beg sandang yang sentiasa saya bawa dan akhirnya saya temui kegunaannya ketika
bermalam di Mina setelah melontar kali pertama di Jamrah Kubra/Aqabah, sebelum
bergerak ke Mekah untuk melaksanakan tawaf Ifadah dan Saie Haji. Saya dan rakan
sebilik beserta pasangan mencari tempat yang sesuai sementara menanti melepasi
waktu yang disyaratkan bermalam di Mina dan menghamparkan plastik yang saya dan
rakan-rakan bawa di tepi jalan. Seringkali ada peronda datang ‘menghalau’
Jemaah yang memenuhi jalan sementara menantikan waktu untuk ke Mekah. Berguna
betul pesanan Tuan Haji Hizwani itu…
g)
Payung Kecil – Payung kecil saya bawa juga
walaupun saya rasa banyak betul barang kecil-kecil yang saya bawa. Yelah –
nampak sangat otak perempuan ini diset untuk perkara remeh temeh. Contohnya
payung kecil ini…saya menggunakan payung lipat/kecil ini ketika berwukuf. Saya
dan suami mencari tempat yang sesuai supaya kami boleh duduk bersama ( kami
dapat tempat di bawah pokok yang agak jauh daripada khemah kami ditempatkan)
dan saya berpayung juga di bawh pokok…percayalah..akan ada kegunaan payung ini.
Pada ketika musim Haji tahun 2017 juga ada beberapa kali kejadian bumi Tanah
Haram disimbahi hujan lebat…Jadi kalau rasa rajin nak bawa, bolehlah bawa
payung lipat/kecil ye..
h)
Tisu basah – tisu basah ini optional. Saya pilih
yang tiada bau kalau-kalau saya terguna ia ketika dalam ihram.
i)
Tisu biasa – tisu biasa ini pun optional. Tapi sy
bersyukur saya membawanya kerana boleh digunakan untuk mengelap hidung, lap
tangan dan lain-lain lah…susah pula nak ingat satu persatu kegunaannya. Tapi
adanya tisu biasa ini (saya beli tisu Giant sahaja) menyelamatkan saya ketika
makan di Safwah Tower dan Jabal Omar. Ramai kanak-kanak akan meletakkan tisu di
meja anda dan memaksa anda membayar 1 riyal untuk tisu itu. Kadang-kadang yang
lebih ekstrim, mereka ambil tangan anda dan meletakkan tisu itu di tapak tangan
anda dan minta duit. So, saya tunjukkan saya dah ada tisu dan saya tak mau
hihi…ada sekali dua saya beli juga tisu dari mereka sebab tak mau susah payah
cakap Bahasa ayam itik.
j)
Toileteries -
yang ini biasalah ikut keperluan anda. Macam diri saya sendiri keperluan
toliletries saya sangat minimum dan mudah kerana saya tidak menggunakan
sebarang pencuci muka dan kosmetik tertentu. Bukan sahaja sewaktu mengerjakan
Haji, malah sewaktu saya perlu outstation juga keperluan toiletries dan
kosmetik saya mudah dan sangat minimum. Elok juga kalau disediakan
sabun/losyen/pencuci khusus untuk ihram kerana tidak berbau.
k)
Panty liner dan Pad – buat wanita yang agak muda
(40 ke bawah) saya sarankan untuk membawa panty liner dan pad dengan kadar yang
lebih dari cukup (bukan cukup2 ya). Kerana di sana memang ada dijual tetapi ia
agak mahal. Sebagai catatan, saya telah membawa lebih 200 pcs pantyliner dan 2
pek besar pad. Ia memang memakan ruang dalam beg saya tapi pandai-pandailah
saya hihi…ketika berada di Tanah Suci, waktu penghujung sebelum keberangkatan
pulang ke tanah air, dalam grup wasap Jemaah TH ada yang meminta/menawarkan
pad/pantyliner/baldi etc untuk diberikan kepada Jemaah yang masih tinggal untuk
tempoh yang lama…(saya datang awal jadi saya balik awal le….). Biar lebih
jangan tak cukup..haa…kalau tak guna, berikan lah kepada yang memerlukan
kan…pahala tu!!
l)
Gunting kecil – yang ini memang kena ada bersama
anda. Sediakan lah beg/pouch kecil untuk letak gunting kecil ini. Ia boleh
digunakan ketika tahallul (tak payah pinjam orang lain punya) dan boleh gunting
beg plastic hitam besar yang saya catat di atas tu…hihi. Untuk makluman, ada
juga khidmat untuk membantu tahallul (tak pasti warga mana..nampak macam Arab
le)– tapi ada ongkosnya pak…bukan tolong saja ye…
m)
Kipas tangan – kipas tangan disini bukan kipas
dari kertas bercorak macam hiasan dinding atau macam Datin yang bergaya selalu
bawa tu ya. Kalau nak bawa yang itu boleh jugalah, bukan ada sebarang do’s and
don’ts pun…Tapi saya cadangkan untuk bawa kipas tangan plastik (saya dapat
ketika hadir ke pameran tertentu..kipas di diberikan percuma di booth) yang ini
confirm tak koyak dan melegakan. Anda akan dapati banyak tempat anda akan
memerlukan kipas tangan ini.
Banyak kan? Tapi insyaAllah semua
berguna..pernah tak dengar orang kata bawa beg besar macam nak pegi Haji?
Haa..ini memang nk pergi Haji pun!!
Semoga bermanfaat!!
No comments:
Post a Comment