Kalau dah namanya Melayu, mesti nak makan nasi jugak tak
gitu? Kalau yang boleh tahan tak makan nasi tu, memang boleh adapt dan
berasimilasi dengan budaya luar. Yang ini memang Tahniah!!
Kalau ke mana-mana tempat diluar negara, makanan halal kini semakin senang didapati sebab kesedaran tentang isu halal ini semakin mendalam dan pasaran makanan halal semakin meluas. Kalau rasa susah, bawalah bekal sendiri kan?
Kalau ke mana-mana tempat diluar negara, makanan halal kini semakin senang didapati sebab kesedaran tentang isu halal ini semakin mendalam dan pasaran makanan halal semakin meluas. Kalau rasa susah, bawalah bekal sendiri kan?
Sama juga ketika di Tanah Suci. Makanan halal bukan lagi satu isu, tapi yang
akan menjadi isu adalah perkara kena atau tidak dengan selera tekak anda. Allah
memakmurkan bumi Makkah dan Madinah yang kering itu dengan pelbagai makanan dan
buah-buahan. Pelbagai makanan dari pelbagai negara mudah didapati. Malahan, ada
beberapa kedai makan Indonesia saya jumpa iklannya dan ada khidmat penghantaran
ke bilik pula.
Ketika berada di Madinah, ada orang Melayu yang menetap di
Madinah dan juga pelajar di sana yang menjual sarapan pagi yang siap dipek
seperti nasi lemak, mee goreng, bihun, kuih dan lain-lain. Sempat juga ketika
itu suami saya jadi tukang ambil order untuk sarapan di aras hotel kami..Jadi
tak berasa berada jauh dari negara sendiri. Untuk pengetahuan, Jemaah muassasah
Tabung Haji Malaysia disediakan makan 2 kali sehari iaitu makan tengahari dan
juga makan malam. Selain waktu itu, anda bolehlah mengambil kesempatan untuk
meneroka kawasan sekitar dan mencuba makanan selain daripada yang biasa tekak
anda makan hihi…
Ketika saya berada di Mekah pula, isu sarapan pagi juga
bukan satu masalah…hanya kadang-kadang tak reti nak makan apa sebab terlalu
banyak pilihan. Syukur kan…di maktab saya ditempatkan (maktab 87 Rehab Al
Janadriyyah) kantin disitu menyediakan pelbagai pilihan seperti nasi goreng,
bihun, roti telur, cucur tepung, roti canai, capati tapi dengan keadaan dimasak
oleh pekerja importlah hihi…
Di luar maktab pula ada jualan oleh orang Pattani
yang lebih meluas pilihannya, kalah berada di tanah air. Saya masih ingat – ada
nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, laksam, pulut ikan masin, pelbagai kuih
muih. Meriah betul. Ada kala tu, kami beli ikan masin siap digoreng untuk
dimakan bersama rakan Jemaah waktu tengahari dan malam. Jadi bab makan,
insyaAllah takde masalah.
Megi!! Ini adalah makanan biasa buat perantau Malaysia. Di
Mekah jangan cuba-cuba nak cari Maggi ok. Anda boleh menjumpai biskut Munchy
dan Lexus di Bin Dawood, tapi jangan sekali-kali cari Maggi sebab TAKDE!! Yang
paling banyak di jual adalah Indo Mee. Yelah..kan Jemaah Indonesia paling ramai
menunaikan Haji..kalau tak silap pada tahun 2017, lebih 200 ribu Jemaah
Indonesia menunaikan Haji. Malah,ketika di Arafah/Mina, IndoMee diberikan
percuma kepada Jemaah kita. Jadi, bolehlah biasakan diri dari sini awal2 ya
hihi
Tapi saya suka nk mencadangkan agar anda membawa sedikit
bekalan lauk yang dipek kecil-kecil untuk bekalan di Arafah dan Mina. Yang sedikit
ini bila dikongsi dengan rakan insyaAllah akan semakin sedap sebab berkat. Anda
boleh arrange sendiri sama ada nk makan bersama pasangan ataupun makan dengan
rakan-rakan. Cuma pada pandangan saya, elok juga bersama rakan-rakan, kerana
inilah waktu untuk kita saling kenal mengenali. Itu kan antara kelebihan dalam
mengerjakan Haji?
Satu lagi untuk makluman, penyediaan makanan di Mina adalah
oleh pengurusan muasasah Arab, bukan oleh muasasah negara ya. Seingat saya menu
yang dihidang kepada kami ketika itu memang selera Malaysia, tetapi rasa bukan
rasa Malaysia hahaha….Elok juga jika bawa lauk sampingan seperti serunding,
sambal kering, sambal hitam dan lain-lain dan dipek kecil2 dan pastikan tidak
berminyak dan boleh mengotorkan pakaian dalam beg ya?
Ketika saya mengerjakan Haji, saya membeli banyak pek sambal
ikan bilis dan saya pek semula kecil-kecil – kemudian saya asingkan dalam bungkusan
lain dan saya tandakan Arafah/Mina. Yang tidak ditandakan adalah untuk bekalan
sepanjang di Madinah dan Mekah. Selain itu, kawan saya turut memberikan saya
makanan kering yang siap dipek iaitu serunding daging dan juga serunding ikan.
TQ kawan ku Siti Nurbaya Sharir!!
opss – lupa lagi satu perkara…kicap..kicappppp dan juga sos
cili. Saya benar-benar terlupa nk bawa sewaktu keberangkatan saya, tapi saya
kirimkan dengan sahabat sepejabat saya Hajah Rismahaslily yang datang lewat
sedikit dari saya. Sempat dia membelikan saya kicap dan sos cap ABC. Botol
kecilnya adalah dari plastik dan insyaAllah tidak pecah. Jadi, dapatlah saya
berkongsi dengan rakan sebilik saya…TQ Lily!!
Nanti dari semasa ke semasa, bila saya dah pandai upload
gambar, saya akan upload gambar yang saya simpan untuk rujukan. InsyaAllah
Pstt – saya dah tahu cara upload gambar – poyo betul haha
No comments:
Post a Comment