Minggu lepas, keputusan UPSR diumumkan.
Apabila saya scroll FB, wall saya penuh dengan nukilan dan luahan ibu bapa
dengan keputusan anak tentang keputusan UPSR. Saya juga berperasaan begitu,
tapi naluri ‘suka menentang’ macam biasa menghalang saya dari melakukan
demikian. Saya boleh menyimpan dan menahan dari meluahkan perasaan suka saya,
juga boleh menyimpan perasaan sedih, juga perasaan geram saya. Saya tak suka
sama macam orang lain. Jadi saya tak menulis dalam FB tentang perasaan saya
tentang keputusan UPSR anak.
Saya sukar nk menebak perasaan anak sewaktu
nak menerima keputusan. Saya turut ke sekolah dengan anak. Zaman saya dulu,
saya berjanji dengan kawan (Juliana Baharudin) dan berjalan kaki bersama ke
sekolah. Seingat saya, kebanyakan kawan saya datang sendiri atau yang datang
dengan emak atau ayah, parentsnya hanya tunggu di bawah (pejabat sekolah
tingkat atas). Saya fikir mungkin saya ini seorang yang sangat beria-ia, tapi
sebenarnya kebanyakan ibu bapa datang ke sekolah sama-sama untuk mengambil
keputusan UPSR anak. Saya hanya ingin memberi sokongan moral kepada anak.
Lama sebelum keputusan diumumkan, saya
telah acapkali berpesan kepada anak – bahawa sekiranya dia beroleh 6A, maka dia
harus sujud syukur dan bersyukur yang amat serta tidak terhingga atas kurniaan
Allah. Sekiranya dia tidak beroleh keputusan penuh, maka dia tetap kena
bersyukur atas apa yang dia perolehi, kerana dia telah berusaha sedaya upaya.
Saya melihat dia semenagnya berusaha dan berdisiplin. Saya ingatkan dia bahawa
pandangan manusia dan pandangan Allah tidak sama. Masyarakat akan bertanya
tentang keputusan. Kalau dapat keputusan penuh, maka budak itu pandai..jika
tidak, maka akan ada pelbagai tafsiran. Tetapi Allah tidak tengok keputusan
atau hasil. Allah nak tengok usaha. Allah tak akan adili kita atas keputusan
final. Berulang kali saya pesan, terutama sewaktu kami ada masa berdua bersama.
Selain belajar, telah disertakan juga dengan solat hajat dan doa. Saya juga
cuba menjalinkan hubungan baik dengan guru anak-anak dan cuba sebaik mungkin
untuk menyertai program sekolah. Saya cuba untuk mewujudkan perasaan senang
hati di kalangan guru, agar emosi yang baik itu mempengaruhi perasaan ikhlas
dalam mendidik anak2.
Alhamdulillah, walaupun anak tidak beroleh
keputusan penuh 6A, dia tetap mencapai keputusan yang terbaik di sekolahnya. 4A
dan 2B – itulah keputusan yang terbaik di sekolahnya dan dia adalah orangnya.
Saya mengalirkan air mata, bukan sebab sedih, dan bukan juga gembira. Tapi saya
terharu apabila mendengar ulasan beberapa guru tentang anak. Malah, beberapa
hari selepas itu, saya masih menerima mesej personal dari guru yang mengajar
dan pernah mengajar anak mengucap tahniah dan mendoakan yang terbaik untuk masa
depan dan sekolah menengah nanti. Alhamdulillah. Kini adalah masa untuk mencari
sekolah yang sesuai di peringkat menengah. Mudah2an mendapat sekolah yang
paling sesuai, untuk mencorak masa depan yang baik. Saya mempunyai perancangan,
tapi bukanlah bermaksud ingin mengawal anak. Kita sebagai ibu bapa hanya
memberi panduan, berdasarkan kepada kesesuaian yang kami lihat. Itu saja.
Doakan.
No comments:
Post a Comment