Buat Jemaah yang datang awal seperti saya, lama kelamaan
timbul perasaan semacam pada makanan yang dihidangkan..haha…tapi untuk saya
sebenarnya, jangan pula jadikan isu makanan yang sama itu satu halangan. Kita
boleh sentiasa makan di luar, malahan ada banyak pilihan makanan – nasi arab,
kebab, ayam broast, jus buah etc. Yang paling sedap bagi saya dan suami
pastilah nasi arab dengan ayam bakar..perghhh…waktu menaip ni pun saya
terbayang kesedapannya…biasanya portion yang besar tu, rakan Jemaah kami sukar
untuk habiskan berdua dengan pasangan. Tapi bagi kami suami isteri pula –
insyaAllah sentiasa habis portion nasi arab itu.
Cubalah – pelbagai jenis makanan dan masakan…oh ya satu lagi
kegemaran kami ialah roti puree..hihi…itu menu sarapan kami juga….
Satu tips untuk anda berdasarkan kepada pengalaman saya yang lalu – bawalah bekal asam jawa, belacan dan pisau pemotong yang kecil (saya dan rakan Jemaah gunakan gunting). Untuk apa ya…haha…boleh buat air asam!! Entah macam mana seorang makcik rakan sebilik saya dapat idea, pergi ke kedai Indonesia berhampiran dan beli belacan, tomato, cili, asam jawa dan hasilnya….air asam. Air asam ni boleh menjadikan suapan nasi menjadi lebih laju dan natijahnya berat badan maintain/bertambah berat yeayy!!!
Asam jawa-juga berguna sekiranya Jemaah mula berasa sakit
tekak, maka bolehlah minum air asam jawa.
Belacan – kalau ke kedai Indonesia, jangan pula disebut belacan, sebaliknya ia adalah TERASI dalam bahasa Indonesia. Tapi untuk makluman, bukan semua maktab ada kedai Indonesia ya…musim haji 1438H yang lalu saya ditempatkan di Rehab Al Janadriyyah (maktab 87)..kebetulan di situ berhampiran dengan penempatan Indonesia. Jemaah Indonesia adalah antara yang paling ramai dan kerana itu barangan rantau Asia ini mudah didapati di kedai Indonesia. Antaranya Milo serbuk (mahal sangat ok), Nescafe, tempeyek (pun ada), Indomee etc.
Oh ya..sewaktu mak saya menunaikan Haji, beliau juga membawa
garam…so kalau anda seorang yang dah tua dan boleh jadi geram jika makanan
tawar, bolehlah bawa garam..sebab orang tua lebih dahulu dan lebih banyak makan
garam…ok saya bergurau sahaja!!
No comments:
Post a Comment