Nota saya ini khusus untuk Jemaah wanita sahaja ya….jika
anda memakai jubah – apakah pilihan terbaik anda? Sama ada memakai jubah atauun
memakai seluar dalam yang panjang?
Sebenarnya tiada yang mana lebih baik, ia bergantung kepada
keselesaan anda dan keadaan di mana anda berada. Bagi tujuan mengerjakan Haji
dan umrah ini, disini saya menyertakan sedikit panduan kepada anda, kemudian
anda timbangkanlah mengikut keperluan anda sendiri.
Pertamanya – anda
perlu mengambilkira keadaan diri anda. Adakah anda seorang yang mudah dan kerap
membuang air (besar dan kecil)? Asal minum je nk membuang, asal salah makan je
perut pun meragam dan kelam kabut nk ke tandas….jika begini keadaan anda,
pastikan anda memakai pantyliner dan KAIN DALAM.
Sebab apa? Sama ada di dalam
tandas di daratan ataupun di tandas di udara (dalam kapal terbang), urusan anda
akan mudah sebab tak perlu nk turunkan seluar panjang ke bawah (maaf saya cakap
terus terang saja di sini). Tambahan pula jika anda atau waris terdekat anda
itu seorang yang sudah berusia, ditambah lagi pula dengan keadaan serba tak
biasa dalam tandas kapal terbang, maka eloklah jika memakai kain dalam. Senang
kan..faham ke tak ni haha…
Kedua - Memakai kain
dalam memudahkan anda sewaktu berada di Arafah dan Mina. Kenapa saya cakap
begini – sebab anda sudah jimat satu perkara tidak perlu membawa kain basahan
untuk mandi. (bukan ustazah pesan tak boleh mandi ke?) Sebenarnya ikut masa dan
keadaan. Pengalaman saya yang dahulu, saya sempat mandi 2 kali sehari,
Alhamdulillah. Tapi bukanlah mandi manda siap syampu dan membasuh baju bagai
seperti bercanda di rumah. Cukup basahkan badan dan melegakan – Alhamdulillah.
Perlu diingat, air paipnya adalah panas (ketika saya pergi ialah musim panas).
Tips nk mandi dengan air panas ni adalah di bahagian lain ya. Berbalik kepada
kemudahan mandi di Arafah dan Mina – anda boleh menggunakan kain dalam sebagai
kain basahan. Senang kan? Selepas itu sidaikan saja di luar, insyaAllah sekejap
saja akan kering. Senang dan jimat barang yang nk dibawa dalam beg sandang/beg tarik.
Semoga bermanfaat!!
No comments:
Post a Comment