Tahun saya memunaikan Haji merupakan tahun terakhir operasi
Tabung Haji di Kelana Jaya dijalankan. Bermula tahun 2018 pula, operasi
keberangkatan Jemaah Haji adalah di Movenpick Sepang, yang merupakan hanya 15
minit dari rumah saya. Saya sebelum ini sangat berharap agar kami dapat menjadi
Jemaah pertama yang berangkat dari situ. Tapi takdirnya adalah kami menjadi
Jemaah yang terakhir mencorak sejarah bertolak dari Kelana Jaya.
Sejak awal lagi pada tahun 2015 apabila saya mendapat tahu
giliran menunaikan haji pada tahun 2017, saya membuat keputusan dalam diam
bahawa saya tidak mahu sanak saudara dan anak-anak menghantar saya dan suami ke
Kelana Jaya. Saya telah menyaksikan kemeriahan disana sewaktu menghantar emak
saya menunaikan haji, jadi saya diam-diam berazam mahukan sesuatu yang lain.
Saya mahukan suasana yang lebih tenang, tanpa rasa sukar melepaskan anak-anak.
Saya mahu apabila keluar sahaja dari rumah pada hari keberangkatan nanti, saya
sudah mula untuk menumpukan sepenuh jiwa raga pada apa yang saya bakal kerjakan.
Malah, saya fikir mungkin ambil teksi sahaja ke Kelana Jaya dari rumah.
Rancangan ini semakin saya rasakan ‘betul’ apabila saya membaca travelog Haji
karya Muhammad Kamil Ibrahim (Prof). Travelog ini saya download di dalam
handphone saya (Playbooks) dan saya baca berulang-ulang. Kemudian, saya juga
memiliki buku-buku lain karya beliau. Selain itu, saya juga membaca buku
travelog dan juga blog-blog berkaitan pengalaman menunaikan Haji oleh penulis
lain. Jadi, saya fikir ini adalah pilihan terbaik buat saya.
Namun, rupanya suami saya berkeras mahukan anak-anaknya
menghantar kami ke Kelana Jaya. Saya fikir beliau mahu wajah kesayangannya
dilihat hingga saat akhir sebelum kami berangkat. Sedangkan saya pula lebih
keras hati dalam soal ini. Ini kerana saya telah lama merancangkannya, dan saya
fikir saya betul dalam hal ini haha. Setiap perbincangan mengenai hal ini akan
berakhir dengan keputusan veto suami saya. Tapi saya tak putus asa dan berdoa
dan berdoa hingga ke saat akhir agar pemergian kami nanti tidak diiringi oleh
anak-anak. Saya tak sanggup berasa berat di dada melihat kesayangan saya
ditinggalkan huhu….
Akhirnya, Allah makbulkan doa saya bila mana di saat akhir suami memutuskan bahawa kawannya dari kampong yang akan hantar kami ke Kelana Jaya. Mereka bersusah payah datang dari Taiping semata-mata nk mengiringi kami berangkat menunaikan haji. Jadi, pilihan terbaik kami adalah berangkat bersama mereka, dan meninggalkan kesemua kesayangan kami di rumah dengan selamat insyaAllah.
Akhirnya, Allah makbulkan doa saya bila mana di saat akhir suami memutuskan bahawa kawannya dari kampong yang akan hantar kami ke Kelana Jaya. Mereka bersusah payah datang dari Taiping semata-mata nk mengiringi kami berangkat menunaikan haji. Jadi, pilihan terbaik kami adalah berangkat bersama mereka, dan meninggalkan kesemua kesayangan kami di rumah dengan selamat insyaAllah.
Masih saya ingat sedihnya pada ketika itu, tambahan pula dengan kes luka di
tapak tangan anak saya yang pertama tidak sembuh sepenuhnya/dijangkiti bakteria
dan memerlukan rawatan susulan di Hospital Putrajaya. Tapi saya yakin bahawa
Allah tidak akan sia-siakan hambaNya yang telah dipilih sebagai tetamuNya. Saya
percaya Allah akan menjaga mereka dan memudahkan segala urusan bagi mereka yang
ditinggalkan.
Dengan kepercayaan itu 100%, sebaik sahaja kereta bergerak
meninggalkan rumah menuju ke Kelana Jaya, saya berasakan segala keletihan, segala
kepenatan, segala kesedihan, keserabutan diangkat sepenuhnya dari dalam diri
saya dan berasa tenang-setenangnya. Syukur ya Allah dan saya mula menikmati
perasaan istimewa sebagai tetamu Allah dari saat itu (dari sebelum itu lagi
sebenarnya). Tidak ada perasaan sedih atau mahu menoleh melihat wajah anak-anak
dan keluarga. Yang pasti tumpuan kini bermula sepenuhnya untuk perjalanan
ibadah saya.
Di Kelana Jaya, saya tidak perlu risau untuk mencari tempat
landing keluarga, untuk bentang tikar, tiak perlu risau akan bekalan makanan
untuk keluarga yang mengiringi, tidak perlu sediakan kipas tangan untuk anak
yang panas, tidak perlu susah payah fikir tentang keperluan ke tandas dan
lain-lain lagi. Kami fokus membawa bagasi kami, menuju tempat pendaftaran,
menunaikan solat dan bergerak sebagaimana arahan TH. Kawan saya dari zaman sekolah –
Siti Nurbaya Sharir turut datang meraikan keberangkatan saya dan semuanya
dipermudahkan untuk kami. Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment