Assalamualaikum.
Kalau saya
ke satu-satu tempat yang baharu, ada dua tempat ini akan saya tanyakan di
kaunter atau dengan orang yang berada ditempat itu – kantin/tempat makan dan
surau.
Dua tempat
ini penting terutama kalau akan berada di satu-satu tempat itu untuk satu
jangka masa yang panjang yang akan melalui waktu solat.
Kantin – penting untuk alas perut
Surau – penting untuk menunaikan kewajipan dan rehat sebentar tanpa memakai tudung
penuh.
Saya biasanya
tak kisah sangat dengan kedudukan tempat makan itu berada di mana, sama ada
dalam bangunan yang sama ke, atau jauh sikit pun tidak mengapa.
Cuma kadang-kadang terkilan dengan kedudukan surau. Kalau dalam sesebuah bangunan
kementerian/jabatan kerajaan, terutamanya kementerian yang baharu di Putrajaya,
kedudukan suraunya strategik dan ada yang impressive. Karpetnya berbau wangi,
tempat wuduk bersih, ada almari sejadah yang tersusun dan tempat letak Al-Quran.
Ada tempat letak kasut yang selesa dan pangkin tempat duduk untuk memakai
stokind an menyarung kasut. Ada yang mungkin menganjurkan solat berjemaah Zohor
dan pernah di satu kementerian tu, ada sesi kuliah bacaan kitab Hadis 40.
Tapi ada juga
pengalaman di bangunan yang bukan jabatan kerajaan, yang mana kedudukan
suraunya huhu…agak menyedihkan. Sudahlah terletak di tempat letak kereta, nak
ke tempat solat pun kena keluar pintu, masuk pintu lain. Bila masuk, dalamannya
pula kosong. Tanpa karpet, tanpa cermin (perempuan kena ada cermin untuk
bersiap). Bukan lah nak kata saya demand kena ada karpet, di rumah sendiri pun bukan
semua tempat ada karpet pun. Cuma saya fikir, ia adalah satu kebiasaan lantai
tempat solat tu dilapisi karpet. Cermin dan tempat letak sejadah pun adalah
atas usaha cleaner yang solat disitu…huhu…Bersangka baik – warga bangunan solat
di tempat/bilik sendiri.
Ada juga tempat solat yang dalam bangunan yang baharu, moden dan ruang-ruang
kedai disewa oleh jenama-jenama besar. Tapi sayang, tempat solatnya nunnnn jauh
di hujung bangunan. Itu masih bagus jika berada dalam bangunan, tapi kalau tempat
solat di luar bangunan dan di tempat letak kereta? Macam itu sahaja taraf tempat
solat kita? Sedih…
Kalau kita
lihat isu tempat solat dalam bangunan ni, isu tempat itu satu…satu lagi adalah
maintenance tempat solat itu sendiri. Kalau di R&R, alhamdulillah, bersih
dan terjaga. Pasca pandemic ini kita kena bawa sejadah sendiri dan mungkin
telekung bagi yang wanita (tiada isu bagi yang memang dah berpakaian solat
ready). Tapi ada juga tempat-tempat (tak mahu saya sebutkan disini) yang
sebelum Covid-19 melanda, langsung tidak dijaga dengan sewajarnya. Karpetnya
lusuh dan basah (bekas dipijak selepas berwuduk), berbau kepam dan bahagian
telekung dan sejadah bersepah dan berlonggok-longgok. Sedih kalau bertemu dengan
tempat yang serupa ini.
Kita ini berada
dalam negara Islam. Solat itu pula tiang agama. Tapi kalau tempat solat tidak
diberi perhatian dan kedudukan yang sewajarnya, serupa itu jugakah peranan
solat dalam kehidupan kita? Solat bukanlah satu ritual yang dilakukan pada masa
yang tertentu dengan pergerakan tertentu dan dengan pakaian tertentu, tapi adalah
kewajipan yang perlu (mesti!) dilaksanakan berserta dengan penghayatan. Adakah
solat kita bertaraf ‘asal boleh’, maka itulah tempat untuk menunaikannya pun ‘asal
boleh’ sahaja?
Kamon gais –
kita ini sedang bertemu dan mengadap kepada Yang Maha Esa – Tuhan Sekelian
Alam. Tuhan yang satu yang Maha Berkuasa. Kalau kita berjumpa dengan orang
kenamaan atau Raja, mahu tak kita jumpa di tempat yang di hujung bangunan, di
tempat parkir kereta yang panas, lepas tu ‘interior’ dalamannya pula tak
menyenangkan langsung. Tentu tidak kan! Ini negara Islam dan Muslim adalah
majoriti di negara ini. Seharusnya tergambar sisi Muslim itu (pada pandangan
peribadi saya lah) dalam perkara ini.
Kerana itulah
saya fikir dan berharap, lebih ramai arkitek dan professional Muslim lain dalam
pelbagai bidang dihasilkan. Mereka yang meletakkan agama mendahului urusan lain
tentu akan merancang tempat solat di kedudukan yang strategik dalam sesebuah
bangunan seperti bangunan tempat kerja, stesen keretapi, lapangan terbang,
kompleks beli belah, muzium, zoo, sekolah dan lain-lain tempat. Profesional Muslim
yang kaya dan pengurusan tertinggi yang ‘have-have’ boleh mengindahkan tempat
solat berkenaan dengan interior yang menarik. Selanjutnya, insan-insan mulia
yang lain boleh berkobolorasi untuk saling menjaga tempat solat awam, bukan
mengharapkan cleaner sahaja. Kebersihan itu kan sebahagian daripada iman. Allah
pun suka yang cantik dan indah.
Semoga
keadaan akan lebih baik pada masa akan datang.
Marilah
menunaikan solat, marilah menuju kejayaan.
#kembalimenulis
No comments:
Post a Comment