Kita suka pada pelbagai jenis hand bag kan…(ok mungkin bukan
semua orang). Ada orang tu, kalau pergi kenduri hand bag nya begini untuk
dipadan dengan bajunya, kalau pergi piknik ada jenis beg yang casual dan lasak,
ada handbag pergi kerja, ada yang khusus untuk event tertentulah senang cakap
kan….ada pula yang tak suka bawa handbag dan bawa back pack sahaja….Jadi pergi
menunaikan Haji ni nak bawa handbag tak?
Nak bawa, tak bawa..nk bawa tak bawa…saya cadangkan – tak
payah bawa langsung!! Sebab kita tak payah bawa purse pun. Tak payah bawa IC,
tak payah bawa lesen memandu..tak payah bawa kad kredit, tak bawa kad bank
pun!! Jadi yang paling selesa untuk saya ketika itu adalah backpack jenama
Quecha. Heyyy…bukan budak sekolah saja yang bawa tau bagpack jenama ini. Ramai
orang dari pelbagai negara saya dapati turut sama menggunakan bagpack
ini…walaupun beg saya itu cap ayam saya hihi….
Barang yang mesti ada dalam bag itu adalah kipas tangan,
buku catatan dan pen, buku doa, tuala muka, tudung labuh spare, plastic sampah
hitam yang besar, tasbih, botol spray yang berisi air, botol air, tisu dan beg
duit kecil yang boleh masuk sedikit duit dan gunting kecil. Macam banyak kan?
Tak pun sebenarnya…sebab semuanya dalam saiz yang kecil sahaja….
Tapi tak dinafikan saya berjumpa dengan Jemaah Indonesia
yang bergaya. Jika diamati jenis telekung mereka pun kita dah tahu bahawa ianya
jenis mahal, dengan beg tangan berjenama, dengan kasut yang cantik. Saya dapati
ramai mereka membawa anak kecil dalam menunaikan haji, mereka menyorong
stroller di mana2 – dan saya rasa mereka ini datang secara pakej kalau term di
Malaysia. Mereka duduk di hotel mahal dan bukan di maktab macam Jemaah
muasasah…yang ini memang terbaik….rezeki masing-masing lah kan?
Jadi, nk bawa handbag juga kah?
No comments:
Post a Comment