Sebenarnya pelaksanaan umrah yang bermula Oktober 2020
bukanlah pasca Covid. Pandemik Covid-19 masih belum menunjukkan tanda akan
berakhir, yang mana terdapat negara yang menunjukkan tanda kes-kes jangkitan
meningkat apabila terdapat strain baharu. SOP
semakin kurang diamalkan dan new norm menjadi sesuatu yang biasa dan ada
yang sudah tidak peduli.
Jadi selepas ibadah umrah ditangguhkan selama tujuh bulan,
ibadah ini dibuka semula untuk dilaksanakan secara berperingkat. Peringkat pertama
seramai 6,000 orang yang terdiri daripada rakyat dan penduduk Arab Saudi akan
dibenarkan menunaikan umrah. Kebenaran ini dilanjutkan kepada pengunjung dari
luar negara secara berfasa bermula 1 November 2020 dan bilangan dinaikkan hingga 20,000 orang sehari.
Selanjutnya, ada beberapa syarat dikenakan untuk pengunjung
dari luar negara antaranya berumur 18-65 tahun dan dalam keadaan sihat. Dalam
konteks ini, saya secara peribadi berpandangan mereka yang berkerusi roda belum
boleh dibenarkan untuk menyertai ibadah umrah. Namun, pandangan saya ini salah
apabila pada hari ini saya dapati melalui FB seorang pelajar Malaysia yang
berada di Tanah Suci, boleh menggunakan kerusi roda (isterinya buat masa ini
berkerusi roda kerana tidak sihat). Selanjutnya tidaklah saya ketahui sama ada
kerusi roda akan dibenarkan atau tidak apabila ibadah umrah dibuka kepada
pengunjung dari luar negara.
Sebaik sahaja berita mengenai pelaksanaan umrah ini
disiarkan di media, ramai mula berangan-angan untuk mengunjungi Tanah Suci.
Saya dapati wakil/ejen agensi pelancongan berdaftar yang mengandalikan ibadah
umrah dan haji dah mula mengedarkan iklan-iklan mencari orang untuk menunaikan
umrah. Malah emak saya sendiri menerima tawaran dengan agensi travel ini dengan
0 deposit. Saya cuba ‘menenangkan’ keghairahan ini dengan memberikan logik
bahawa bagi bilangan 20,000 orang dari luar negara itu, ianya bukan dari
Malaysia semata-mata, sebaliknya satu dunia. Malah Arab Saudi pun belum
memberikan sebarang kenyataan berhubung kriteria yang harus dipatuhi oleh
mereka yang dating dari luar negara. Mungkin lebih baik tunggu dan lihat.
Pada masa yang sama, saya juga faham struggle yang dihadapi
oleh agensi pelancongan ini. Sebenarnya bukan hanya agensi pelancongan sahaja,
tapi hampir semua sektor ekonomi terjejas akibat pandemic Covid-19 ini.
Pelbagai cara perlu dilakukan dan diteroka bagi memastikan kelangsungan
perniagaan. The struggle is real. Jadi tak boleh nk salahkan ejen agensi ini
sepenuhnya juga.
Kalau sebut rindu, sesiapa yang pernah menjejak kaki ke
Tanah Suci pasti rindu untuk berada di sana. Kalau sebut tentang tenang,
sememangnya Tanah Suci itu memberikan ketenangan yang berlainan dan tidak
tergambar dengan kata-kata. Namun ini adalah ujian untuk kita semua. Ujian
kesabaran buat yang belum pernah menunaikan umrah dan haji tetapi teringin
sangat untuk berada di sana. Ujian juga buat yang setiap tahun ke Tanah Suci.
Ujian bagi mereka yang terlibat dengan pengurusan pelaksanaan haji dan umrah.
Ujian kepada seluruh umat Islam untuk bersabar.
Jadi, pesan-pesan lah kepada sahabat handai rakan taulan kita
yang berhajat untuk menunaikan ibadat umrah untuk mengkaji betul-betul kaedah
pelaksanaan umrah semasa pandemic ini, pastikan sekiranya ada syarat dikenakan
oleh pemerintah Arab Saudi – berupaya untuk dipatuhi. Pelaksanaan ibadat umrah
pada ketika ini pasti memberi pengalaman baharu kepada pengunjung 2 Tanah Suci.
Semoga yang terbaik untuk semua. Amin.
(kredit gambar : google)
No comments:
Post a Comment