Saya sentiasa suka pada pantai dan laut.
Dalam bulan-bulan yang lalu, ada 3 weekend yang sy pergi ke tepi pantai – sekali di Kuala Selangor dan 2 kali di Port Dickson (PD). Malah entah berapa kali sebenarnya saya dah ke PD.
Di PD itu ada nostalgia. Sebahagian besar waktu awal usia saya berada di PD.
Dari umur 2 atau 3 tahun bermula menetap di Kg Si-Rusa, kemudian berpindah ke
flat tentera di Batu 5 hingga darjah 2.
Kemudian berpindah ke Kg Batu Muda,Kuala Lumpur diikuti dengan Sg Besi.
Semuanya kerana abah saya bertukar tempat kerja. Dalam pada itu, saya bertukar
sekolah dan mendapat ramai kawan baharu. Tapi tidak lama. Ketika hujung tahun
ketika dalam darjah 4, abah saya ditukar semula ke PD dan saya memilih untuk
masuk ke sekolah yang sama (Sek. Keb. Si-Rusa SKSR). Saya boleh saya memilih untuk
bertukar ke sebuah sekolah lain (Sek. Keb.Panglima Adnan) tapi SKSR tetap
dihati pada masa itu, kebetulan pula berhampiran dengan tempat kerja abah saya.
Kalau throwback lebih lama lagi, sewaktu saya kecil (mungkin dalam lingkungan umur 2-4 tahun) abah saya sering membawa kami (saya dan mama) ke pantai menaiki basikal (itu sahaja kenderaan yang ada pada masa itu). Masih terbayang rasanya keadaan pantai waktu saya kecil. Gambaran dalam fikiran saya adalah sama seperti lukisan. Pasirnya putih dan jauh ke tengah. Ada pokok kelapa yang melambai-lambai ditiup angin dan ada banyak pokok rhu. Tahukah pokok rhu? Daunnya halus-halus dan buahnya coklat dan tajam. Saya dan kawan-kawan dahulu kala memanggil buah ini dengan nama ‘durian kecik’. Pokok rhu ada banyak di kawasan pantai. Pantai mungkin asing bagi mama dan abah saya kerana mereka membesar dengan bendang (bendang tu sawah padi lah), mungkin sebab itu kami sering ke pantai.
Nin dia habag kat hangpa rupa daun pokk rhu dengan biji buah dia...
(kredit gambar : google lagi)
Saya suka pantai dan laut. Saya suka apabila air surut, saya
boleh berjalan di kawasan selut dan melihat anak ketam serta siput kecil. Kadang-kadang
kutip kulit kerang yang cantik – dan terpaksa buang beberapa lama kemudian
sebab dah banyak haha. Dah tu…kalau asyik pergi pantai dan kutip, tak ke jadi
banyak?
Saya suka melihat kapal-kapal yang ada di laut. Kadang-kadang nampak besar,
kadang-kadang kecil.
Selalu saya fikir di mana hujung laut. Adakah garis horizon (masa tu saya tak
sebut lah namanya garis horizon haha) yang saya nampak tu penghujung laut? Adakah
kapal akan ‘jatuh’ apabila sampai ke hujung laut?
Saya juga suka bau pantai dan laut. Ada bau? Iya, pantai dan
laut itu ada bau yang tersendiri. Kalau sewaktu air surut tu, mungkin bau selut
yang ketara (tahu kah selut itu apa? Kalau orang kedah panggil ‘keleboq’ dan
saya tak tahu (tak boleh nk fikir sewaktu menaip ni) apa perkataan lain untuk
selut haha..google lah ya!). kalau sekadar duduk di tepi pantai saja pun, angin
akan membawa bau laut itu. Saya ingat lagi, bila saya berdiri di tepi pantai
(dulu dan kini), saya akan tarik nafas panjang-panjang, saya nikmati angin yang
berhembus dan bau yang datang bersama angin itu, seolah dapat saya rakam bau
itu.
Saya rindu pantai. Saya rindu laut.
No comments:
Post a Comment