Manusia itu herbivor, karnivor atau omnivor?
Soalan ini ditanyakan kepada kelas saya sewaktu tingkatan 2.
Entah kenapa waktu itu ditanyakan saya pun dah lupa. Tapi,
apabila cikgu bertanya – siapa rasa manusia itu omnivor?
Semua angkat tangan …kecuali saya.
Saya ini bersaiz kecil, jadi orang tak perasan saya itu dah biasa.
Tapi sebab saya suka duduk dalam kelompok hadapan, maka ia adalah obvious saya
tak angkat tangan.
Aduss..macam mana ni
Lalu cikgu berkenaan kata – ‘semua orang berdiri…’
‘Siapa yang kata manusia itu omnivor sila duduk.’
Makanya saya seorang sahaja yang berdiri. Gigil sikit. Tapi
masih tegar dengan pendapat sendiri.
‘Ok kamu…kenapa manusia bukan omnivor?
Sebelum itu – ingat lagi tak apakah herbivor, karnivor dan
omnivor?
kalau zaman dulu2 (mungkin 70an), maun (makan daun), maging (makan daging) dan
satu lagi yang makan semua tu saya tak ingat haha…
Jadi, kenapa manusia bukan omnivor? Manusia kan makan semua – daging, sayur,
buah…
Jawapan saya – ermm..sebab manusia bukan macam binatang cikgu. Herbivor, karnivor, omnivor tu semua utk binatang saja (ok itu lah saya rasa jawapan saya dalam bentuk yang paling mudah – sesuai dengan pemikiran seorang budak tingkatan 2.
Saya tak ingat scene seterusnya. Saya mental blok!!
Saya pasti cikgu ada menerangkan kenapa manusia adalah omnivor.
Tapi bagi saya, manusia bukan mana-mana kategori itu. Entahlah rasanya saya tak
dipengaruhi bacaan di mana-mana ketika itu. Sekadar tidak setuju manusia disama
taraf dengan binatang.
Kita mungkin ada ciri yang sama dengan omnivor, makan daging. Makan sayur,
makan buah, ada gigi mengunyah TETAPI kita berbeza kerana kita ada ada otak
yang digunakan untuk berfikir.
Binatang pun ada otak, tapi binatang tak membezakan perkara yang baik dan
buruk. Ok – jangan bahaskan disini binatang yang boleh diajar untuk bercakap,
memilih makanan, mengenalpasti arahan dan sebagainya. Itu pergi argue kat
tempat lain haha..
Kita ada mulut dan ciri gigi yang boleh mengunyah dan
mengoyak daging. Binatang pun sama. TAPI mulut kita diguna untuk bercakap, dan
disaran bercakap perkara yang baik-baik. Lidah kita akan menjadi saksi di
akhirat kelak, berbeza dengan binatang yang tidak dipertanggungjawabkan.
Tapi dah tentu argument saya pada waktu itu bukan seperti
ini. Its just simply ‘sebab manusia itu bukan macam binatang.’ Itu saja.
Tak kira apa point atau fakta yang menyokong manusia itu golongan omnivor –
otak saya dah blocked. Bak kata bos saya dulu ‘kamu ni mental blok!!’ wakakaka
Saya percaya apa yang saya rasa betul – hinggalah ada satu sebab yang konkrit
boleh mengubahnya.
Jadi, apa pandangan anda yang membaca?
omnivor itu beginilah salah satunya haha...comel kan? (lawak je)
(kredit pic : google)
No comments:
Post a Comment