Wednesday, 15 November 2017

Berbuat baiklah kepada ibu dan bapa

Entry ini khusus untuk mengingatkan saya dan mungkin sesiapa saja yang membaca akan pentingnya berbuat baik kepada ibu sementara ibu (dan juga bapa) kita masih ada. Dalam hal ini saya merujuk kepada 2 figura yang pernah saya bekerja bersama.

1.       Tan Sri Dato’ Abdul Wahid bin Omar – jujurnya saya tak ingat sangat latar belakang beliau. Cuma jika tidak silap beliau datang dari latar belakang yang sederhana (bukan di kalangan keluarga yang berada) dan mempunyai ramai adik beradik. Setelah dilantik menjadi menteri, beliau tinggal di Cyberjaya dan ibubapanya turut tinggal bersama. Pernah diceritakan kepada saya bahawa sewaktu bersekolah, beliau pernah berjalan berpatah balik (dalam jarak yang agak jauh) ke rumah semata-mata kerana tidak bersalam dengan ibunya. Beliau terus menerus mencipta kejayaan dan lihatlah dimana beliau berada sekarang. Dari segi peribadi, beliau yang saya kenali adalah seorang yang lemah lembut, bercakap dengan tertib, tidak langsung dalam nada percakapannya meninggikan diri jauh sekali angkuh. Riak wajahnya juga cerah dan jarang dilihat beliau marah atau berkerut muka. Mungkin kerana beliau tinggal bersama ibu bapa, menjadi salah satu asbab beliau berjaya hingga ke tahap beliau sekarang. Sejarah kejayaan beliau dalam bidang korporat bolehlah di’google’ – maklumat di hujung jari kan?

Nota : Kini TSAWO adalah Pengerusi PNB

2.       Allahyarham Encik Kamarul Ariffin bin Ujang – figura ini adalah bekas boss saya yang agak lama saya berkhidmat bersama. Boleh dikatakan kami grow bersama kerana pada ketika beliau dilantik menjadi Pengarah Seksyen, saya pula baru dinaikkan pangkat dan diletakkan di Seksyen yang sama. Sikap beliau yang lain diceritakan dalam entry yang lain kerana saya hanya ingin menyentuh tentang sikap dan layanan beliau (arwah) terhadap ibunya.

Sepanjang ingatan saya, selepas beliau pulang dari Manchester (kerana melanjutkan pelajaran) ibunya duduk bersama keluarga beliau sehinggalah ibunya meninggal dunia. Ianya lebih kurang 20 tahun. Menurut isterinya, arwah En. Kamarul ini merupakan seorang yang sangat-sangat menyanjung ibunya. Isterinya tidak pernah melihat seorang dalam hidupnya yang begitu mencintai ibunya seperti arwah. Contohnya apabila arwah membeli kereta baru, maka ibunya akan menjadi orang yang pertama akan menaiki keretanya, biarpun hanya dibawa pusing2 keliling kawasan rumah. Ibunya akan mengatakan tak perlu susah2 tapi sekembalinya dari pusing2/ronda2 itu ibu arwah akan pasti senyum lebar (tanda gembira).

Menurut cerita isteri arwah juga, setiap pagi sebelum pergi ke pejabat, arwah akan kebilik ibunya bersalam, mohon ampun, mohon maaf atas kesalahannya, mohon didoakan beliau pada hari itu. Begitu juga setelah balik dari kerja (tak kira pukul berapa pun) arwah akan ke bilik ibunya dahulu, jika masih belum tidur akan ditanyakan mak makan apa hari ini, mak ok ke, mak nak apa2 ke…

Adat menjaga orang tua, pasti akan ada berbagai ragam. Terkadang ada adik beradiknya yang bercakap dengan nada suara yang tinggi kepada ibunya, tapi arwah akan menasihatkan bersabar  dan biarkan saja ragam ibu mereka..selalu terfikir kita ni selalu tak naik marah kepada ibu?

Arwah boss saya ini seorang yang kuat bekerja dan jarang bercuti. Biasanya bila bercuti pun beliau masih tetap akan datang ke pejabat (tapi sekejap sahaja). Tetapi apabila ibunya sakit, beliau tak ragu2 untuk bercuti. Sewaktu ibunya dirawat di hospital, adik beradiknya bergilir2 menjaga ibunya dan beliau akan datang setiap hari menemankan ibunya sementara adik beradik yang lain berehat. (saya dan rakan sempat melawat ibu beliau ketika  di hospital). Sehinggalah ibunya meninggal dunia, beliau yang biasanya dilihat kuat, menitiskan air mata – dan mereka adik beradiklah yang memandikan ibunya jika saya tak silap. Sebelum pengkebumian ibunya, sempat beliau datang kepada saya dan rakan2 menasihatkan kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, hargailah dan berbaktilah kepadanya. Untuk rekod (macam buat laporan rasmi pulak), ibu arwah meninggal dunia pada hari Jumaat.

Kisah arwah En Kamarul agak panjang saya ceritakan. Saya tidaklah pandai mencoret tapi saya tetap mahukan kisah penghormatan kepada ibu ini saya tuliskan juga. Kerana hormat dan kasih kepada ibulah kedua figura ini berjaya. Untuk makluman, arwah En Kamarul meninggal dunia pada 29 Januari 2016, sebelum asar hari Jumaat. Saya menyaksikan beliau sehingga menghembuskan nafas terakhir. Saya doakan kematian beliau tergolong dalam khusnul khatimah dan tidak pernah lupa menyedekahkan Fatihah kepada beliau setiap kali saya membacanya kepada arwah abah saya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada abah saya dan En Kamarul.


(dinaikkan status ini dalam FB pada 21 Okt 2016)

1 comment:

  1. Assalamualaikum Norzie, saya baru membaca entri norzie... Terima kasih kerana amat2 menyanjung arwah abang kamarul. Arwah memang seorang yang penyayang dan kehilangannya adalah kehilangan yang amat2 dirasai terutama saya sebagai adik bongsunya yang menjadikan teman bermanja dan bergaduh saya. Sehingga hari ini saya selalu merindui dia dan akan menatap gambarnya untuk melepaskan rindu saya. Terima kasih.

    ReplyDelete