Whoaaa….tajuk English…tapi luahannya tetap dalam Bahasa
Melayu. Sekadar mencoret pengalaman yang membuat berfikir panjang (actually tak
panjang sangat)
Ditakdirkan pintu kereta saya tak boleh dibuka di pasaraya besar.
Bonet boleh dibuka dengan alarm (kunci kereta) tapi gagal untuk unlock pintu
dari dalam…bunyi alarm pun sayup sayup…ini tanda bateri alarm dah kong le
ni…macamana nk buat eh..dengan anak lagi kepanasan..its 1.30 pm dan suhu dalam
33-35 darjah celcius. Cubaan berkali2 untuk buka pintu kereta gagal.
Dihadapan kereta (betul2 diluar pasaraya besar) ada salesman
myvi dan Toyota (ok..saya pakai kereta Toyota). Kebetulan sangat kan..dengan
tak segan silu saya minta advise dari salesman Toyota tu apa nak buat. Dia pun
datang cuba beberapa kali untuk unlock kereta saya dan memutusan bahawa bateri
alarm dah lemah. Ok..so nk buat apa ni…dia cadangkan saya tukar bateri di kedai
jam yang ada di pasaraya besar. Betul ke baterinya boleh pakai bateri jam?
Nampak sangat tak tahu..(Hey..saya tak mungkin tahu semua benda dalam dunia ni
kot) Ahhh…lega juga..nampak sinar sikit di situ.
So, saya bergegaslah ke kedai jam yang letaknya betul2 di
hadapan pasaraya (bahagian dalam). Lepas bagi salam dan menjelaskan masalah
saya tanpa berfikir panjang terus saja petugas kedai kata “ Maaf kak..kita
takda alat nk buka skru.” Cop..kunci keta saya ni pakai skru ke? Saya belek2
rasanya takda pun Nampak tempat yang memerlukan pembuka skru. Tapi masih juga
tak putus harap, saya pun tanya penjual tu ada cadangan lain tak…dia sarankan
saya untuk ke kedai jam yang lain dalam pasaraya besar itu. Ada 3 kedai jam
semuanya.
Di kedai kedua – saya memerhatikan keadaan dulu. Ok
nampaknya atas meja kerja ada alat-alat kecil untuk membaiki jam, sama macam
yang abah punya dulu. (Abah pandai baiki jam dan saya selalu join menyibuk masa
kecil2 dahulu). Lega..mudahan kedai ni dapat bantu. Setelah bertanya siapa yang
menjaga kedai dan bertanyakan bateri untuk kunci kereta, laju je penjaga kedai
berkata “ sorry kita takda barang nk buka skru kunci kereta”. Malap…cahaya yang
terang tadi nampak nk malap balik….keciwa tau..tapi masih tak putus harap…saya
tanyakan “Takkan semua kunci kereta sama?” Lantas jawabnya “ Sama kak..saya dah
biasa kerja ni saya tau lah”. Ok ..nak kata apakan..nk argue pun saya bukan
kerja di kedai jam..
Lalu dengan hampa saya kembali ke kawasan letak kereta. Pada
masa yang sama adik saya melayan anak di hadapan restoran makanan segera supaya
saya boleh usahakan masalah kunci kereta ni. Si penjual kereta Toyota tanya cemana?
Saya mencebik hampa dan kata semua tak boleh tolong…”Aik..nk kasi bateri jam
pun susah meh?” iyee…they said they don’t have pembuka skru…..Mamat hensem
Toyota tu kata “ Mana ada skru di kunci kereta you” ..Iyalah..saya pun tak
Nampak dimana tempat skrunya..tapi mungkin di dalam. Mereka kata mereka lagi
tahu dari saya..(k.e.c.e.w.a).
Dia meminta kunci kereta saya dan membawa ke kedai jam
pertama – dan memberitahu untuk menukar baterinya. Dan ianya TIDAK memerlukan
pembuka skru! Jadi wanita yang bertugas di kedai itu pun mungkin kerana orang
dari Toyota sendiri yang datang maka mereka pun yakin la kot. Lalu kunci kereta
pun dibuka dan tadaaa….itu dia bateri yang kong itu. Mereka memeriksa stok dan
mendapati ada bateri yang sama saiz tetapi nombor siri berlainan. Bila nombor
siri tak sama, ketebalan bateri pun tak sama (teringat masa kerja kilang dulu
kita check thickness glove..ok itu dah keluar tajuk!!). Meraka menyarankan saya
ke kedai jam lain. Dan kerana kedai jam kedua tak membantu, saya tanyakan kedai
yang lain. Rupanya ia terletak di penghujung pasaraya. Saya pun dengan gigih
terus ke situ. (Pada masa yang sama saya dah berulang alik tawaf dari kawasan
parking dengan kedai jam dah berkali2).
Lalu di kedai ketiga – kelihatan seorang lelaki muda dalam
usia 30an (motif bagitau umur???) sedang main game dengan focus. Saya beri
salam. Dalam hati berdoa pada Allah semoga hamba Allah yang ini boleh membantu
memudahkan solusi masalah saya.Dia jawab salam dan bertanya apa yang boleh dia
bantu. Alhamdulillah. Saya pun ringkaskan kisah bateri kunci kereta itu.
Dipendekkan cerita, memang ada bateri yang sama nombor sirinya di kedainya Cuma
dia memberitahu harganya agak mahal kerana dia jual yang original sahaja. Jadi
dia mahu dia sendiri yang pasangkan bateri itu (niat saya nk beli dan minta
salesman Toyota yang pasangkan) dan memberi jaminan sekiranya tidak berfungsi,
maka dia akan pulangkan semula duit saya. Tapi dah koyakkan dan keluarkan dari
kotak dan plastiknya? Tak mengapa kata orang muda itu cheewahhh..Puan tak perlu
risau. Biar saya pasang dan saya jamin pulangkan semula duitnya jika kereta
Puan tak boleh dibuka. Time ni walaupun tak pasti kunci kereta dapat berfungsi
lagi ke tak namun saya agak bersyukur ada orang yang empati. Bukan terus
menolak. Saya fikir itu memang lumrah dan biasa. Dalam keadaan saya masa tu
yang dah penat ulang alik dalam pasaraya (saya dah penat dari awal pagi
sebenarnya), dengan cuaca yang panas, dengan anak yang dah penat dan meragam
lagi. All I need is empathy I guess, eventhough it doesn’t solve my problem
entirely. Tapi dia mengemukakan satu statement yang buat saya susah hati
semula. Mana immobilizer dalam ni? Haaa?? Apa benda tu? Huaaaaa…… katanya dalam
kunci kereta ada satu benda bernama immobilizer (betul ke eja ni) yang menentukan
sensor alarm. Tapi dia pasangkan juga bateri jam ke kunci kereta dan menyusuh
saya mencuba.Dia tak dapat mengikut saya ke kereta kerana tiada sapa nk menjaga
kedainya, namun jika saya tak kembali kesitu, maka fahamlah dia bahawa masalah
saya selesai dan saya dapat balik.
Lalu saya pun kembali bersama si penjual kereta Toyota,
sama2 mencuba unlock kereta. Untuk 2, 3 kali cubaan kereta saya itu meraung2
hahaha..entah apa yang tak kena tak tahulah. Tapi kemudian dengan bismillah
(Nampak sangat tadi tu tak bermula dengan nama Allah) tadaaa…boleh dibuka. Cop,
try balik lock..unlock..lock..unlock..on enjin..off enjin. On enjin..off enjin.
Alhamdulillah…Nampak ok. Salesman Toyota tu mencuba menggerakan gear,
memusingkan stereng.. dan katanya semua nmpak macam ok.
Moral of the story – tak salah kot kalau kita susahkan sedikit diri kita untuk bantu orang. Kita buka 1 jalan, dan Allah akan buka 10 jalan pula untuk kita. Anyway – mamat Toyota tu namanya Jason, beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam dan beliau hensem! Kbai.
Moral of the story – tak salah kot kalau kita susahkan sedikit diri kita untuk bantu orang. Kita buka 1 jalan, dan Allah akan buka 10 jalan pula untuk kita. Anyway – mamat Toyota tu namanya Jason, beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam dan beliau hensem! Kbai.
No comments:
Post a Comment