Tuesday, 28 November 2017

Salam kepada Kematian


Saya menghantar anak ke sekolah agama dan terus ke masjid untuk solat Jumaat. Hari ini ada sedikit perbezaan pada kereta yang parking di tepi jalan untuk ke masjid bagi solat Jumaat di Jenderam Hilir. Ianya kerana terdapat pada beberapa kereta, yang keluar adalah wanita, bukan lelaki. Rupanya ada kematian di rumah berhampiran masjid. Mereka berziarah. Maka kereta yang parking pun lebih banyak dari biasa.

Betapa beruntungnya pada allahyarham yang meninggal pada hari Jumaat itu. Semoga dosanya diampunkan dan juga mendapat tempat yang baik disisiNya.

Begitulah juga nasib kita satu hari nanti. Berdoalah semoga memperoleh kesudahan yang baik. Sekiranya anda lebih kurang sebaya saya, dan mengambil umur Nabi Muhammad SAW sebagai perbandingan, masa yang tinggal adalah sedikit berbanding masa yang telah kita lalui. (Rasullullah meninggal dunia pada usia  63 tahun). Dalam usia yang telah kita lalui, adakah kita telah memanfaatkannya dengan sebaik mungkin? Dan pada baki usia kita yang ada, mampukah kita memanfaatkannya sehabis baik? Beberapa tanda kematian semakin menghampiri juga diperlihatkan bagi mereka yang mahu mengerti – rambun yang semakin beruban, penglihatan yang semakin kabur, kekuatan badan berkurangan, gigi tercabut/reput dan pendengaran semakin tuli.


Selamat berfikir dan mengenang mati (yang semakin hampir setiap hari).

(nota ini dimuat naik di FB sometime ago)

No comments:

Post a Comment