Catatan 2020
Catatan 1
Tahun 2020
yang lalu merupakan tahun yang memberikan pelbagai rasa kepada kita semua. Ada
yang getir, ada yang melaluinya dengan penuh kepayahan, ada yang mempunyai
pelbagai perkara positif, ada yang mengalami perkara yang tidak dijangka…macam-macam
lah.
Dari segi pekerjaan, tahun 2020 membuatkan ramai di antara kita dapat merasai
peluang untuk Bekerja Dari Rumah (BDR/WFH) sama ada yang bekerja di sektor
Kerajaan mahupun swasta. Bagi saya dan rakan, kami berada pada gear 5 penyediaan
Rancangan Malaysia Ke-12 ketika pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan
diumumkan. Sehari sebelum pelaksanaannya, kami masih bermesyuarat dan merancang
penyediaannya. Ia bukanlah perkara yang mudah – jika sekiranya ada yang kata
BDR ini mudah. Mungkin bagi sesetengah orang BDR ini mudah kerana buat semua
perkara dari rumah sahaja. Tapi secara peribadi bagi saya, BDR ini sukar untuk
saya hadapi. Bukanlah bermaksud tidak ada langsung perkara positif daripada BDR,
tapi rata-rata kita belum begitu bersedia menghadapinya.
BDR bermakna bekerja 24/7 bagi ramai diantara kami. Percaya tak ianya 24/7?
Bemula mesyuarat seawal 8.15 dan berakhir selewat jam 11.30 bagi bagi
sesetengah kami. Setiap hari tanpa gagal. Pelaksanaan sebegini rupa memberi
tekanan kepada saya ahahaha… Kerana pada masa yang sama, anak-anak juga berada
di rumah dan menjalankan online learning.
BDR – meskipun berada di rumah sepanjang masa, ada kala sy tidak sempat pun
untuk menyapu sampah, mop rumah dan memasak haha….order makan itu biasa. Jadi
apabila warga net update kegilaan mereka baking, buat coffe Dalgona etc, ia
tidak terpakai kepada saya haha. Kesibukan penyediaan semakin menjadi-jadi
menjelang hujung tahun apabila kami yang telah pun hadir bekerja secara fizikal
balik lewat hampir setiap hari. Balik lewat itu adalah mempunyai masa lebih
kurang 6 jam sahaja di rumah! Hujung minggu juga adalah hari bekerja untuk
mengejar dateline yang diberikan. Banyak perkara telah dikorbankan – masa,
perasaan pasangan dan anak-anak haha. Tuhan sahaja yang tahu betapa syukurnya
ada pasangan yang bertolak ansur apabila isterinya ini tidak memasak, lantai
rumah dah tak licin lagi, baju banyak yang tidak bergosok dan kerja sekolah
anak juga sudah tidak mampu untuk saya follow up. Banyak pula hari lahir rakan-rakan
yang saya tidak wish dan raikan, tidak keluar makan dengan kawan lama dan
macam-macam lagi lah. BDR tidak mudah tapi Alhamdulillah semua boleh diatasi
sedikit demi sedikit. Ada kala, sy memutuskan untuk tidak menyertai mesyuarat
yang berkaitan untuk memberikan masa kepada anak (Z3) bagi memantau kerja
sekolahnya.
BDR juga meningkatkan stress ibubapa apabila sewaktu mula pelaksanaannya, para
guru berebut-rebut memberikan kerja sekolah. Memberikan kerja sekolah dengan
cara mengajar melalui pautan youtube bukan semudah yang disangkakan. Disini lah
peranan ibu bapa untuk menjadi guru diperlukan. Mana yang boleh tu oklah…tapi
bukan semua ibu bapa boleh mengajar ye…. Hanya apabila PKP memasuki bukan
Oktober barulah saya menemui rentak apabila satu hari hanya aka nada 2 subjek
sahaja yang akan diberi kerja rumah. Pun begitu kaedah pengajarannya masih sama
– melalui pautan youtube yang cikgu beri.
On top of
that, apalah sangat kesusahan BDR ini jika dibandingkan dengan mereka yang
kehilangan pekerjaan sewaktu pandemic ini melanda. Banyak perniagaan dikecilkan
atau ditutup terus, dan syarikat terpaksa mencari jalan terbaik untuk terus
survive. Ada rakan-rakan saya di sektor swasta kehilangan pekerjaan. Untuk
mencari kerja bari pada usia ini bukanlah mudah, tetapi semuanya Allah yang
tentukan. Mereka ini sentiasa saya doakan semoga mendapat ganti yang lebih
baik. Allah Maha Tahu. Dek kerana itu, saya masih bersyukur atas apa yang
dialami. Meskipun stress BDR, yang penting keluarga masih di sini. Masih dapat
melihat mereka setiap hari.
Kini saya telah pun masuk kerja secara fizikal. Semoga tahun 2021 menjanjikan
jalan yang lebih baik untuk semua.
No comments:
Post a Comment