Catatan 2020
Catatan III
Tahun 2020 juga mencatat satu perubahan (tak la besar
sangat) kepada kami sekeluarga. Selama ini tidak pernah terlintas di fikiran
untuk membela kucing, meskipun suami sangat suka kucing comel dan saya sendiri menghabiskan
masa makan tengah hari dengan menonton video anak kucing yang mencuit hati.
Malah setiap kali suami mengajukan cadangan untuk membeli kucing, saya
menerimanya dengan syarat semuanya mesti diuruskan sendiri dan saya tidak mahu
ada kena mengena dengan ‘pembelaan’ kucing tersebut. Bagi saya, anak tiga orang
ini pun saya tidak menjaganya dengan sempurna – apatah lagi untuk mempunyai
pets yang tak faham pun Bahasa manusia/Bahasa Melayu!
Tapi keadaan berubah pada 25 November 2020 (mesti ingat
tarikh ini). Lepas maghrib, saya ada mendengar bunyi benda berlari di bumbung.
Sangka saya mungkin monyet sebab memang ada banyak monyet di kawasan rumah.
Tapi selepas solat isyak, kami mendengar bunyi meow yang kuat. Mula-mula saya
marah kepada anak ketiga dan suruh anak memperlahankan bunyi game atau youtube
yang sedang ditonton. Tapi sangkaan itu silap…maka kami pun mencari2 dari mana
datang arah bunyi itu…
Bunyi meow datang dari bumbung dapur. Rupanya ada 2 ekor
anak kucing dibawa ke situ. JPAM dipanggil, tapi sebab lambat sangat sampai –
lalu dengan bantuan jiran, 2 ekor anak kucing diturunkan dari bumbung.
So nk buat apa dengan anak kucing? Bela? Never I have that in my mind. Lalu
bermula lah episode meminta bantuan ekspress..alhamdulillah dikurniakan jiran
yang baik dan prihatin. Bantuan datang sekelip mata – ada jiran yang sudi pinjamkan
sangkar, botol kucing dan susu kambing sekali. Segala ilmu berkaitan kucing
diperturunkan dalam satu malam sahaja hahaha….Masih saya ingat, malam itu saya
beri minum susu kepada anak kucing dengan terketar2 sebab saya geli dengan anak
kucing.
Alah bisa, tegal biasa. Kucing yang dua ekor tu dah tinggal seekor (seekor lagi
mati selepas hari keempat kami jumpa). Ketika di bawa ke vet – saya bertanya
kepada pembantu klinik sebab anak kucing mati (memang soalan noob sebab tak
pernah bela kucing), tapi dijawab dengan selamba ‘Ala kaka…kucing besar pun
mati, kucing kici lagi la mati!’. Dia tak tau saya dan Zahran berjurai2 air
mata sebab kitten tu mati 2 jam selepasnya..haha….Sekarang NEKO (Zarif yang
bagi nama) sihat, nakal dan cergas.
Dan jadilah kami keluarga pembela kucing. Saya sedar rupanya
saya masih ada baki kasih sayang yang boleh diberikan kepada kitten itu
haha - semuanya atas rahmat Allah jua.
Kasihan Neko kerana ditinggal ibu dari kecil, tapi bukan salah ibu kucing juga.
Ibu kucing melarikan anaknya dari tempat yang ramai kucing untuk melindungi
anaknya. Mana-mana emak pun akan buat perkara yang perlu untuk melindungi
anaknya kan. Saya juga dah berusaha beberapa malam untuk mengumpan emak kucing
datang dan ambil anaknya tapi tak berjaya.
Jadi , kesimpulan mudahnya, kami anggap itu takdir dan kami
memang dah bawa Neko berjalan merata tempat. Jaga anak kucing pun serupa jaga
baby bila bawa susu, botol susu, kertas suratkhabar dan pasir kucing ke tempat
yang saya pergi lebih dari 3 jam. Tinggal pampers je yang tak de haha…
Mainan kucing, botol susu kucing, susu kambing untuk kucing,
kitten wetfood, pasir buangan, vet – semua item ini dah menjadi penting untuk
kami sekarang ini. Catatan ini penting untuk diingat dan sebab itu, ia menjadi
catatan ketiga saya.
![]() |
Neko at 1 month - kita bawa piknik di Bagan Lalang..dia pertama kali jejak pasir dan mungkin aneh bagi dia... |
![]() |
Neko at 1 month..kita bawa dia balik kampung Taiping (masa ni boleh rentas negeri) |