Tuesday, 3 March 2020

Adab Berpakaian

Saudariku,

Mari perhatikan cara kita berpakaian.

Adab dalam berpakaian adalah diniatkan untuk mentaati Allah iaitu memelihara aurat. Jangan kita menjadikan tujuan berpakaian untuk menunjuk-nunjuk kepada makhluk kerana hanya akan membawa kepada kerugian (rujuk Jalan Menuju Petunjuk – Imam Al-Ghazali).

Saudariku,

Secara mudahnya, pakaian yang menutup aurat adalah yang boleh dibawa solat. Baca disini – menutup aurat dan bukannya membalut aurat.Ramai antara kita mungkin telah tersalah tafsir. Bertudung, baju yang mengikuti bentuk badan,  seluar yang melekap pada batang kaki, dan memakai handsocks – dalam konteks ini, seluruh aurat ditutupi tapi belum memenuhi definisi menutup aurat. Ramai juga dikalangan saudariku yang bertudung, namun memakai kemeja yang ‘tuck in’ ataupun blouse yang tidak cukup labuh menutupi punggungmu. Namun cara ini masih belum cukup ‘syariah compliance’ saudariku.

Saudariku yang berpakaian longgar, cukup syarat (menampakkan muka dan tapak tangan sahaja) boleh terus sahaja bersolat tanpa perlu memakai telekung. Telekung itu pun hanya uruf setempat terutama kita di Nusantara. Jikalau ke Tanah Suci, masjidnya tidak menyediakan telekung pun untuk kita.Malah kalau kita ke negara Islam lain pun, tidaklah kita temui telekung untuk bersolat.

Jadi, saya berpesan kepada diri saya sendiri yang paling utama dan kepada saudariku semua, jom kita perbaiki cara kita berpakaian.
  • Labuhkan tudung di bahagian hadapan, bukannya bahagian belakang.
  • Pakai pakaian yang tidak jarang.
  • Longgarkan pakaian terutama jika memakai jubah/dress.
  • Pakaian bukan untuk menarik perhatian.
  • Melengkapkan pakaian dengan stokin dan handsock.
  • Dan yang paling utama adalah kita berpakaian untuk mendapatkan keredhaan Allah.


Bersabarlah bila tidak dapat menunjukkan rambutmu yang cantik dan ikal, tidak turut serta dengan fesyen terkini dan banyak lagi, sebab kita mengharapkan dipakaikan dengan pakaian yang terbaik di syurga nanti. Harap pesanan ini bermanfaat untuk saya dan saudariku semua. Moga berjiran di syurga nanti. Jangan lupa tanyakan kepada Allah jika tidak nampak saya di sana, moga-moga dengan asbab pertanyaan kamu wahai saudariku, tempat saya di sana nanti berpindah ke tempat yang lebih baik.
Amin.

#dakwahsantai

No comments:

Post a Comment