Januari dah pun melabuhkan tirainya. Februari dah
menjengah..cepat betul masa berlalu….
Bila tiba Januari, saya ada rasa yang pelbagai. Gembira
anak-anak memasuki alam persekolahan yang baru, penat menguruskan baju sekolah
baru anak-anak, mungkin ada kenangan bercuti dan macam2 lagi…saya juga ada rasa
sedih pada Januari..
Buat saya – Januari ada kenangan yang tak mungkin terlupakan selagi sy masih waras…Januari 2016 sy menghadapi kehilangan 2 orang yang penting dalam hidup saya. Keduanya pergi dalam bulan yang sama – iaitu abah saya pada 11/1 dan kemudian boss di pejabat yang tak mungkin ada pengganti iaitu En. Kamarul Ariffin Ujang (29/1). Berat sungguh rasa ketika itu tapi tak terzahirkan…
Abah saya memang telah sakit sekian lama..Kejap sakit dan
terlantar, kemudian sihat dan boleh bawa kereta…kemudian sakit semula keluar
masuk hospital, kemudian sihat semula begitulah berulang2 hampir 3
tahun..sehingga tidak melayakkan abah menunaikan haji pada tahun 2015. Tahun
itu, mama pergi menunaikan haji bersama sepupu saya yang turut mendapat
panggilan pada tahun yang sama. Sewaktu mama di Tanah Suci, abah memang
terlantar dan mendapat stroke ketika di rumah saya.
Masih saya ingat bahawa saya bercuti 2 minggu untuk menjaga
abah (terima kasih kepada arwah bos – En. Kamarul yang sangat memahami). Adik
saya menghantar abah ke rumah saya. Pagi itu, abah kata dia tak boleh pegang
sudu untuk suap makanan, jadi saya suapkan dia makan. Selepas zohor – abah minta
saya panggilkan ambulans kerana dia rasa ada sesuatu yang tak kena. Ketika itu,
suami pula berada di luar negara. Dipendekkan cerita, abah dimasukkan ke
Hospital Putrajaya. Hidup saya agak tunggang langgang kerana berumah di
hospital dan berkejaran menguruskan anak2. Abah keluar hospital pada sehari
sebelum mama balik dari Mekah. Masih ingat lagi, saya meminta bantuan atendan
hospital untuk membawa abah masuk dalam kereta (nak balik rumah) dan di rumah
pula, saya menebalkan muka mengetuk pintu jiran2 meminta tolong angkat abah
dari kereta ke katil di dalam rumah…
Awal tahun 2016, saya bercuti lagi kerana menguruskan anak sekolah. Kemudian, abah dimasukkan lagi ke wad di Hospital Taiping pula, kali ini agak teruk keadaannya. Masih saya ingat lagi, En. Kamarul call saya dan mengizinkan jika saya nk teruskan cuti. Saya memohon kepastian tentang cuti yang lama, dan ayat beliau “ Kerja di ofis ni ada orang akan buat, tapi ayah kita ada satu je..takpe..baliklah kampung, cutilah setakat mana yang perlu.”

Pada hari Ahad malam (10/1), saya dapat panggilan dari h/p
En. Kamarul, tapi isterinya yang bercakap. Kak Ha (isteri En. Kamarul)
memaklumkan beliau tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke hospital swasta.
Keadaan itu saya maklumkan kepada rakan pejabat. Esoknya Isnin (11/1) saya
menerima perkhabaran bahawa ayah saya pulang kepadaNya, lalu sepanjang minggu
itu saya berada di kampung menguruskan hal-hal yang berkaitan sesudah kematian
abah seperti urusan khairat, hal-hal pencen dan pencen terbitan, akaun bank dan
lain-lain.
Saya hanya berkesempatan melawat En. Kamarul sekali di hospital. Ketika itu beliau di CCU. Dan sekali lagi saya ke hospital apabila beliau nazak…Ironinya, saya tidak berada di sisi abah ketika kematiannya (neither my mom), tapi saya melihat pemergian En. Kamarul dari bernyawa sehinggalah habis nyawanya. Masih terbayang suasana beramai2 mengalunkan bacaan Yasin diketuai oleh Datuk Dr Mohamed Ghazali Md Noor. Tentu saya tak akan lupa mesin yang menunjukkan graf yang semakin menurun dan bacaan oksigen yang semakin rendah dan akhirnya tiada bacaan.

Selepas ketiadaan En. Kamarul, saya kerap mengunjungi
isterinya sambil menguruskan beberapa perkara melibatkan pusaka bersama. Ketika
itu saya mengetahui bahawa ketika En. Kamarul sedar beberapa hari, beliau telah
dimaklumkan tentang kematian ayah saya. Saya pasti beliau akan berpuas hati
kerana telah memberikan nasihat yang tepat kepada saya.
Setelah kehilangannya, ofis kami suram dan muram. Bilik
saya pula berada di hujung sekali. Jika nk ke bilik saya, pasti kena melalui
meja di luar bilik boss – tempat En Kamarul sering duduk. katanya senang buat
kerja di luar bilik, senang nk panggil kami (beliau laung saja nama kami haha)
sebab suaranya kuat. Seakan terbayang dia duduk disitu sambil serabut2 dengan
kertas dan file yang banyak. Saya fikir lama juga kami hilang arah…Apapun hidup
tetap kena diteruskan. Walaupun tiada lagi pembimbing dan guidance, setiap kali
cuba membuat keputusan – saya dan team akan membayangkan “kalau EKA (singkatan
nama En. Kamarul Ariffin) dia akan buat macam mana…kalau EKA dlm situasi ni dia
akan buat apa… Begitulah kami cuba mengambil roh dan aspirasi beliau dalam
pekerjaan….
Lalu, bagaimana tidak Januari memberi kesan kepada saya?
Al- fatihah untuk keduanya. Semoga bertemu lagi di syurganya.
Lalu, bagaimana tidak Januari memberi kesan kepada saya?
Al- fatihah untuk keduanya. Semoga bertemu lagi di syurganya.
No comments:
Post a Comment