Tak apply HLP (Hadiah Latihan Persekutuan) ke?
Hmm..setiap tahun seronok bila tengok rakan-rakan
(dikalangan penjawat awam) memohon cuti belajar ni..ada macam2 kategori – cuti
belajar bergaji penuh, ada cuti belajar bergaji penuh tanpa biasiswa…
tapi sama ada nk buat Masters atau PHD, kita kena pohon beserta dengan cadangan tajuk apa yang kita nk belajar tu (ni dengan bahasa paling layman)
tapi sama ada nk buat Masters atau PHD, kita kena pohon beserta dengan cadangan tajuk apa yang kita nk belajar tu (ni dengan bahasa paling layman)
Nk pohon HLP ni pun ada had umur..bukan boleh main mohon
sesuka hati saja…kiranya bila habis belajar nanti, harapannya bila kembali
dalam perkhidmatan akan mampu untuk menyumbang lebih sejajar dengan peningkatan
intelektual diri seseorang itu.
Juga ada pilihan bidang-bidang yang boleh dipelajari. Pilihlah yang sesuai dan universiti yang sesuai sama ada di dalam atau luar negara.
Juga ada pilihan bidang-bidang yang boleh dipelajari. Pilihlah yang sesuai dan universiti yang sesuai sama ada di dalam atau luar negara.
Cuma, Cuma..Cuma – saya lontarkan satu soalan….Apakah niat
apabila kita nk sambung belajar?
Antara alasan nak sambung belajar ni..:
- sebagai satu cara untuk keluar dari tempat/organisasi bekerja;
- teringin nak jadi macam kawan-kawan lain yang mempunyai lebih masa untuk spend bersama keluarga dalam tempoh sambung belajar;
- peningkatan potensi diri;
- untuk menambah ilmu;
- lain-lain alasan.
Baru-baru ni saya terfikir mengenai niat untuk menyambung
belajar ni. Sebenarnya saya juga telah melalui fasa itu, cuma ketika itu, saya
tidak berada dalam perkhidmatan awam. Ketika itu saya masih bujang dan
kebanyakan masa dihabiskan dengan bekerja. Hari Sabtu pun kerja (half day).
Balik lewat setiap hari tak pe. Hari Sabtu kerja full day pun takpe. Nak risau
apa? Balik kerja terus ke rumah. Paling-paling pun pergi makan dengan
kawan-kawan (mostly bujang) selepas waktu kerja dan kemudian balik rumah…
Lama kelamaan saya merasa bosan dan berasakan perlu mengisi
masa dengan sesuatu yang bermakna. bila confirm dapat tawaran , saya nekad
berhenti kerja dan sambung belajar dengan saki baki simpanan yang ada…N.E.K.A.D
Sekarang, saya terkadang kesal..jahilnya ketika itu. Saya sambung belajar sebab saya bosan dengan hidup yang statik.
Sekarang, saya terkadang kesal..jahilnya ketika itu. Saya sambung belajar sebab saya bosan dengan hidup yang statik.
Sepatutnya saya perbetulkan niat. Sepatutnya saya sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi dengan niat untuk menyumbang dengan lebih baik selepas itu kepada ummah atau organisasi yang sy bekerja kemudian.
Ini adalah kerana niat adalah teras segala amalan. Kalau
berniat baik, maka insyaAllah baik jadinya.
Niat kita akan membezakan antara adat atau ibadat.
Niat kita akan membezakan antara adat atau ibadat.
Malah, perkara pertama yang disentuh dalam Hadis 40 Imam Nawawi adalah berkaitan dengan Niat. Betapa bahawa pentingnya meletakkan niat sebelum melakukan sesuatu. Hadis berkenaan membawa maksud
“Bahawasanya amalan-amalan itu adalah (bergantung) kepada niat, dan
bahawasanya bagi setiap manusia itu apa (balasan) yang diniatkannya. Maka
barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah
kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang
ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia
dinikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya."
Sebab segalanya bermula dengan niat.
Dari niat sahaja kita dapat 1/3 pahala ibadah.
Apatah lagi melaksanakannya.
Dari niat sahaja kita dapat 1/3 pahala ibadah.
Apatah lagi melaksanakannya.
Betulkan niat anda – tak kira dalam apa jua yang anda
lakukan. InsyaAllah bila Allah didahulukan, dunia akan mengikutmu.
Sekarang saya masih sambung belajar, cuma apa yang saya belajar ini tidak dianugerahkan sekeping sijil jika berjaya menghabiskannya kelak. Moga istiqamah dalam mujahadah.
#dakwahsantai
No comments:
Post a Comment