Tuesday, 28 November 2017

Salam kepada Kematian


Saya menghantar anak ke sekolah agama dan terus ke masjid untuk solat Jumaat. Hari ini ada sedikit perbezaan pada kereta yang parking di tepi jalan untuk ke masjid bagi solat Jumaat di Jenderam Hilir. Ianya kerana terdapat pada beberapa kereta, yang keluar adalah wanita, bukan lelaki. Rupanya ada kematian di rumah berhampiran masjid. Mereka berziarah. Maka kereta yang parking pun lebih banyak dari biasa.

Betapa beruntungnya pada allahyarham yang meninggal pada hari Jumaat itu. Semoga dosanya diampunkan dan juga mendapat tempat yang baik disisiNya.

Begitulah juga nasib kita satu hari nanti. Berdoalah semoga memperoleh kesudahan yang baik. Sekiranya anda lebih kurang sebaya saya, dan mengambil umur Nabi Muhammad SAW sebagai perbandingan, masa yang tinggal adalah sedikit berbanding masa yang telah kita lalui. (Rasullullah meninggal dunia pada usia  63 tahun). Dalam usia yang telah kita lalui, adakah kita telah memanfaatkannya dengan sebaik mungkin? Dan pada baki usia kita yang ada, mampukah kita memanfaatkannya sehabis baik? Beberapa tanda kematian semakin menghampiri juga diperlihatkan bagi mereka yang mahu mengerti – rambun yang semakin beruban, penglihatan yang semakin kabur, kekuatan badan berkurangan, gigi tercabut/reput dan pendengaran semakin tuli.


Selamat berfikir dan mengenang mati (yang semakin hampir setiap hari).

(nota ini dimuat naik di FB sometime ago)

Wednesday, 15 November 2017

Produk Review – Philips Perfectcare Aqua Steam Iron

Yessss alhamdulillah…akhirnya hasrat untuk memiliki iron steam ini tercapai juga akhirnya. Lebih setahun juga saya berfikir dan menimbang keperluannya, sudut kewangannya, (kira macam cost and benefit analysis). Boleh beli kalau pejam mata je..malah di taman pun ada grup yang membuat pembelian secara main kutu – untuk iron steam dan juga periuk noxxa. Harga pada ketika saya tanya untuk iron steam ini adalah RM1400++ di bawah brand Amway. Untuk iron berharga lebih 1k itu agak mahal dan itulah yang membuatkan saya mengambil masa yang lama untuk menimbangkannya. Sayang jugak duit kan..

Namun saya dapati ada promosi di HomePro IOI Mall untuk jenama ini. Untuk jenis 1.5 liter dengan harga RM750 (kalau tak silap) saya fikir sukar untuk dilepaskan. Iron board juga tak jadi masalah ..boleh beli di situ juga. Sebelum ini dah berkali2 saya tengok video di Youtube cara2 untuk menggunakannya, dan juga review kelebihan penggunaannya. Jadi pada satu hari dalam bulan Oktober itu saya pergi dengan anak2..gigih saya kan. Suami pulak outstation. Lepas memenuhi dan melayan kehendak anak2 beli mainan Lego dan main di kedai itu selama sejam lebih, makan ..maka saya pun pegi la beli..haaa……

Bila saya unpack, saya pun cuba. Setelah beberapa helai baju, saya dapati kaedah untuk menggunakannya adalah menekan button terlebih dahulu untuk melepaskan wap…kemudian iron ditekan keatas baju dan pada masa yang sama button steam juga ditekan. Barulah baju kita cun dan tak perlu digosok di kedua bahagian atas dan bawah. Masa tu saya tension jugak (sikit je) sebab promoter tak tunjuk cara yang betul. Dalam video youtube pun kita tak nampak dia tekan button ke tak..


Jadi sekarang menggosok baju tidak lagi menjadi masalah besar kepada saya..malah agak menjimatkan masa. Saya menggosok hampir 20 pasang baju sekolah setiap hujung minggu, tak masuk lagi kemeja dan seluar panjang suami. Saya suka menggosok baju sekaligus pada hujung minggu supaya saya tak susah..manalah tahu jika ada keperluan saya bekerja lewat malam.  

Berbuat baiklah kepada ibu dan bapa

Entry ini khusus untuk mengingatkan saya dan mungkin sesiapa saja yang membaca akan pentingnya berbuat baik kepada ibu sementara ibu (dan juga bapa) kita masih ada. Dalam hal ini saya merujuk kepada 2 figura yang pernah saya bekerja bersama.

1.       Tan Sri Dato’ Abdul Wahid bin Omar – jujurnya saya tak ingat sangat latar belakang beliau. Cuma jika tidak silap beliau datang dari latar belakang yang sederhana (bukan di kalangan keluarga yang berada) dan mempunyai ramai adik beradik. Setelah dilantik menjadi menteri, beliau tinggal di Cyberjaya dan ibubapanya turut tinggal bersama. Pernah diceritakan kepada saya bahawa sewaktu bersekolah, beliau pernah berjalan berpatah balik (dalam jarak yang agak jauh) ke rumah semata-mata kerana tidak bersalam dengan ibunya. Beliau terus menerus mencipta kejayaan dan lihatlah dimana beliau berada sekarang. Dari segi peribadi, beliau yang saya kenali adalah seorang yang lemah lembut, bercakap dengan tertib, tidak langsung dalam nada percakapannya meninggikan diri jauh sekali angkuh. Riak wajahnya juga cerah dan jarang dilihat beliau marah atau berkerut muka. Mungkin kerana beliau tinggal bersama ibu bapa, menjadi salah satu asbab beliau berjaya hingga ke tahap beliau sekarang. Sejarah kejayaan beliau dalam bidang korporat bolehlah di’google’ – maklumat di hujung jari kan?

Nota : Kini TSAWO adalah Pengerusi PNB

2.       Allahyarham Encik Kamarul Ariffin bin Ujang – figura ini adalah bekas boss saya yang agak lama saya berkhidmat bersama. Boleh dikatakan kami grow bersama kerana pada ketika beliau dilantik menjadi Pengarah Seksyen, saya pula baru dinaikkan pangkat dan diletakkan di Seksyen yang sama. Sikap beliau yang lain diceritakan dalam entry yang lain kerana saya hanya ingin menyentuh tentang sikap dan layanan beliau (arwah) terhadap ibunya.

Sepanjang ingatan saya, selepas beliau pulang dari Manchester (kerana melanjutkan pelajaran) ibunya duduk bersama keluarga beliau sehinggalah ibunya meninggal dunia. Ianya lebih kurang 20 tahun. Menurut isterinya, arwah En. Kamarul ini merupakan seorang yang sangat-sangat menyanjung ibunya. Isterinya tidak pernah melihat seorang dalam hidupnya yang begitu mencintai ibunya seperti arwah. Contohnya apabila arwah membeli kereta baru, maka ibunya akan menjadi orang yang pertama akan menaiki keretanya, biarpun hanya dibawa pusing2 keliling kawasan rumah. Ibunya akan mengatakan tak perlu susah2 tapi sekembalinya dari pusing2/ronda2 itu ibu arwah akan pasti senyum lebar (tanda gembira).

Menurut cerita isteri arwah juga, setiap pagi sebelum pergi ke pejabat, arwah akan kebilik ibunya bersalam, mohon ampun, mohon maaf atas kesalahannya, mohon didoakan beliau pada hari itu. Begitu juga setelah balik dari kerja (tak kira pukul berapa pun) arwah akan ke bilik ibunya dahulu, jika masih belum tidur akan ditanyakan mak makan apa hari ini, mak ok ke, mak nak apa2 ke…

Adat menjaga orang tua, pasti akan ada berbagai ragam. Terkadang ada adik beradiknya yang bercakap dengan nada suara yang tinggi kepada ibunya, tapi arwah akan menasihatkan bersabar  dan biarkan saja ragam ibu mereka..selalu terfikir kita ni selalu tak naik marah kepada ibu?

Arwah boss saya ini seorang yang kuat bekerja dan jarang bercuti. Biasanya bila bercuti pun beliau masih tetap akan datang ke pejabat (tapi sekejap sahaja). Tetapi apabila ibunya sakit, beliau tak ragu2 untuk bercuti. Sewaktu ibunya dirawat di hospital, adik beradiknya bergilir2 menjaga ibunya dan beliau akan datang setiap hari menemankan ibunya sementara adik beradik yang lain berehat. (saya dan rakan sempat melawat ibu beliau ketika  di hospital). Sehinggalah ibunya meninggal dunia, beliau yang biasanya dilihat kuat, menitiskan air mata – dan mereka adik beradiklah yang memandikan ibunya jika saya tak silap. Sebelum pengkebumian ibunya, sempat beliau datang kepada saya dan rakan2 menasihatkan kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, hargailah dan berbaktilah kepadanya. Untuk rekod (macam buat laporan rasmi pulak), ibu arwah meninggal dunia pada hari Jumaat.

Kisah arwah En Kamarul agak panjang saya ceritakan. Saya tidaklah pandai mencoret tapi saya tetap mahukan kisah penghormatan kepada ibu ini saya tuliskan juga. Kerana hormat dan kasih kepada ibulah kedua figura ini berjaya. Untuk makluman, arwah En Kamarul meninggal dunia pada 29 Januari 2016, sebelum asar hari Jumaat. Saya menyaksikan beliau sehingga menghembuskan nafas terakhir. Saya doakan kematian beliau tergolong dalam khusnul khatimah dan tidak pernah lupa menyedekahkan Fatihah kepada beliau setiap kali saya membacanya kepada arwah abah saya. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada abah saya dan En Kamarul.


(dinaikkan status ini dalam FB pada 21 Okt 2016)

Kenangan Pengarah Lama..(12 Julai 2016)

Tadi TKPD panggil saya…ingtkan tentang kerja..rupanya beliau lebih nk bertanya tentang kabar keluarga arwah En Kamarul..terus terasa sedih..

Beliau menggangap arwah En Kamarul dekat dihatinya, meskipun hubungan setakat rakan sekerja sahaja. Mereka bukan kenal lama..tak kenal pun kaum keluarga, malah bukan jenis yang akan keluar sama pi minum2 pun..tapi still TKPD menggangap En Kamarul dekat dihatinya. Kami bercakap serba sedikit tentang keadaan isteri dan anak En Kamarul. Saya sebenarnya sekali sekala ada juga singgah ke rumah arwah menziarah atau sekadar menyampaikan surat. Kalau Dato TKPD merasakan EN Kamarul dekat dihatinya, saya lebih lagilah..Saya dan En Kamarul pertama kali bekerja bersama di Seksyen Pengagihan. Beliau sebagai Pengarah baru dan saya pula baru naik pangkat di situ.. mungkin saya boleh katakan yang kami grew together. Beliau sangat bersabar dengan saya (walaupun dengan orang lain tak begitu)..memberi peluang untuk mendengar pandangan saya (walaupun tah apapa) dan boleh dibawa berbincang meskipun kuasa mutlak membuat keputusan adalah atas tangannya..

Ada banyak perkara di benak yang ingin diluahkan mengenai En Kamarul..mungkin bila ada waktu yang sesuai akan saya tuliskan.


Nota: Samapi sekarang saya masih tidak gemar menggunakan perkataan arwah pada abah dan En Kamarul. Abah pergi pada Isnin, 11 Januari 2016, manakala En Kamarul meninggalkan dunia pada  Jumaat, 29 Januari 2016.

I cannot brain this

Kisahnya sewaktu nk mengisi minyak di stesen minyak yang saya pilih kerana semangat patriotic (malas nak sebut jenama).

Setelah cubaan untuk swipe kad kredit gagal, kereta digerakkan ke pump di hadapan pula. Swipe dan gagal lagi. Lalu saya decide untuk guna kad kredit atau cash di kaunter sahaja.

Lalu di kaunter saya katakan saya mahu isi sebanyak xx liter (saya biasanya mengisi minyak kereta dengan menganggar liter bukan anggaran RM). Kereta mana ? saya pun tunjukkan kedudukan kereta. Berapa RM? Petugas menunjukkan papan tanda di mesin cashier. Hmmmm…saya tanyakan sekali lagi xx liter berapa RM ya? Petugas tunjukkan lagi papan tanda mesin di hadapan saya. Oh..dia tulis situ terima kasih – kata saya kepada petugas. Haha…kenapalah malas sangat nak cakap..ada emas ke dalam mulut hihi…Kemudian setelah mengetahui jumlahyang perlu dibayar dalam RM saya minta beliau menggenapkan nilai. Senang kira.

Kemudian petugas tu tanya saya satu soalan “Pasti ke nak isi minyak ke dalam tangki?” Aik..apakah jenis soalan ini? Saya tanya semula – “Boleh ulang balik soalan?”
Petugas buat muka ala2 meluat haha (tak kisah pun dan mengulangi soalan yang sama “Pasti ke nak isi minyak dalam tangki?” Saya memang dah konpius betul..selain nak isi dalam tangki kereta, kemana pulak saya nak taruk minyak tu? Lalu saya katakan – sorry saya tak faham..petugas Tarik muka dan kata takpalah…


Ok..seriously I cannot brain this. Do I look too dumb not to put the pump into my car? Do I? Case unsolved.

khalwat

Ini saja tajuk yang saya boleh fikirkan buat masa sekarang.tajuk tak menarik langsung. Kebetulan terfikir perkara ini sejak minggu lepas. Susulan seorang artis suam2 kuku kena tangkap khalwat dengan suami orang. Artis yang kena tangkap tu khabarnya dalam proses perceraian dengan suaminya (artis juga). Takpalah..bukan nak ulas mengenai artis yang kena tangkap tu pun. Soal itu biar masa dan keadaan yang menentukannya. Sama ada dia bersalah atau tidak bukan kita yang menghukumnya (walaupun manusia suka buat jugdement awal). Kemudian antara dia dan Tuhan.

Saya terpanggil untuk buat post ini untuk menarik perhatian pembaca (kalau ada yang sudi baca pun) tentang isu tangkap khalwat. Selama ini saya fikir apa yang saya lihat dalam drama di kaca TV adalah betul. Kenapa ya? Ianya semudah ..nak perangkap orang, call pejabat agama dan kemudian kena tangkap khalwat. Macam tu je ye? Sebenarnya tidak semudah itu. Saya tahu ini pun selepas saya dikatakan menganiaya rakan dengan isu yang sama. Haha..pejabat agama tak bayar saya lebih untuk jadi spy mereka dan saya pun tak sangka rupanya saya ada sebegitu banyak masa untuk jadi spy kepada pejabat agama..Haha sekali lagi.


Berdasarkan risikan saya (risiklah sangat..sebenarnya sekadar sembang-sembang dengan rakan di pejabat juga), rupanya prosedur untuk tangkap khalwat ini agak rumit. Setelah difikirkan, wajar sebenarnya kerumitan itu untuk menjaga reputasi pejabat agama dan juga menjaga kesucian agama kita sendiri juga. Biasanya, jika pejabat agama menerima aduan yang ada kes sumbang berlaku, mereka akan menjalankan siasatan dahulu. Siasatan mengambil masa berapa lama itu tidak lah saya tahu. Rasanya untuk menentukan suspek+suspek adalah betul. Kang pi tangkap suami isteri tak ke malu? Cemana korang buat kerja? Dah buruk dan busuk pula nama jabatan kita kan..kan..kan..Jadi betulkan pemahaman korang semua, bukan senang nk perangkap atau kes melibatkan isu khalwat ini. Penerbit drama pun kena bijak2 sikit dalam hal ini..(tapi hairan jugak kenapa pejabat agama tak komplen ke atau yang sewaktu dengannya?). Kepada penonton drama macam kita (haha betul kannn….) pun kena buat homework sikit. What you see is not necessarily right. TQ.

*entry ini ditulis sekitar tahun 2016

Different Value, Different Attitude

Whoaaa….tajuk English…tapi luahannya tetap dalam Bahasa Melayu. Sekadar mencoret pengalaman yang membuat berfikir panjang (actually tak panjang sangat)

Ditakdirkan pintu kereta saya tak boleh dibuka di pasaraya besar. Bonet boleh dibuka dengan alarm (kunci kereta) tapi gagal untuk unlock pintu dari dalam…bunyi alarm pun sayup sayup…ini tanda bateri alarm dah kong le ni…macamana nk buat eh..dengan anak lagi kepanasan..its 1.30 pm dan suhu dalam 33-35 darjah celcius. Cubaan berkali2 untuk buka pintu kereta gagal.

Dihadapan kereta (betul2 diluar pasaraya besar) ada salesman myvi dan Toyota (ok..saya pakai kereta Toyota). Kebetulan sangat kan..dengan tak segan silu saya minta advise dari salesman Toyota tu apa nak buat. Dia pun datang cuba beberapa kali untuk unlock kereta saya dan memutusan bahawa bateri alarm dah lemah. Ok..so nk buat apa ni…dia cadangkan saya tukar bateri di kedai jam yang ada di pasaraya besar. Betul ke baterinya boleh pakai bateri jam? Nampak sangat tak tahu..(Hey..saya tak mungkin tahu semua benda dalam dunia ni kot) Ahhh…lega juga..nampak sinar sikit di situ.
So, saya bergegaslah ke kedai jam yang letaknya betul2 di hadapan pasaraya (bahagian dalam). Lepas bagi salam dan menjelaskan masalah saya tanpa berfikir panjang terus saja petugas kedai kata “ Maaf kak..kita takda alat nk buka skru.” Cop..kunci keta saya ni pakai skru ke? Saya belek2 rasanya takda pun Nampak tempat yang memerlukan pembuka skru. Tapi masih juga tak putus harap, saya pun tanya penjual tu ada cadangan lain tak…dia sarankan saya untuk ke kedai jam yang lain dalam pasaraya besar itu. Ada 3 kedai jam semuanya.

Di kedai kedua – saya memerhatikan keadaan dulu. Ok nampaknya atas meja kerja ada alat-alat kecil untuk membaiki jam, sama macam yang abah punya dulu. (Abah pandai baiki jam dan saya selalu join menyibuk masa kecil2 dahulu). Lega..mudahan kedai ni dapat bantu. Setelah bertanya siapa yang menjaga kedai dan bertanyakan bateri untuk kunci kereta, laju je penjaga kedai berkata “ sorry kita takda barang nk buka skru kunci kereta”. Malap…cahaya yang terang tadi nampak nk malap balik….keciwa tau..tapi masih tak putus harap…saya tanyakan “Takkan semua kunci kereta sama?” Lantas jawabnya “ Sama kak..saya dah biasa kerja ni saya tau lah”. Ok ..nak kata apakan..nk argue pun saya bukan kerja di kedai jam..

Lalu dengan hampa saya kembali ke kawasan letak kereta. Pada masa yang sama adik saya melayan anak di hadapan restoran makanan segera supaya saya boleh usahakan masalah kunci kereta ni. Si penjual kereta Toyota tanya cemana? Saya mencebik hampa dan kata semua tak boleh tolong…”Aik..nk kasi bateri jam pun susah meh?” iyee…they said they don’t have pembuka skru…..Mamat hensem Toyota tu kata “ Mana ada skru di kunci kereta you” ..Iyalah..saya pun tak Nampak dimana tempat skrunya..tapi mungkin di dalam. Mereka kata mereka lagi tahu dari saya..(k.e.c.e.w.a).

Dia meminta kunci kereta saya dan membawa ke kedai jam pertama – dan memberitahu untuk menukar baterinya. Dan ianya TIDAK memerlukan pembuka skru! Jadi wanita yang bertugas di kedai itu pun mungkin kerana orang dari Toyota sendiri yang datang maka mereka pun yakin la kot. Lalu kunci kereta pun dibuka dan tadaaa….itu dia bateri yang kong itu. Mereka memeriksa stok dan mendapati ada bateri yang sama saiz tetapi nombor siri berlainan. Bila nombor siri tak sama, ketebalan bateri pun tak sama (teringat masa kerja kilang dulu kita check thickness glove..ok itu dah keluar tajuk!!). Meraka menyarankan saya ke kedai jam lain. Dan kerana kedai jam kedua tak membantu, saya tanyakan kedai yang lain. Rupanya ia terletak di penghujung pasaraya. Saya pun dengan gigih terus ke situ. (Pada masa yang sama saya dah berulang alik tawaf dari kawasan parking dengan kedai jam dah berkali2).

Lalu di kedai ketiga – kelihatan seorang lelaki muda dalam usia 30an (motif bagitau umur???) sedang main game dengan focus. Saya beri salam. Dalam hati berdoa pada Allah semoga hamba Allah yang ini boleh membantu memudahkan solusi masalah saya.Dia jawab salam dan bertanya apa yang boleh dia bantu. Alhamdulillah. Saya pun ringkaskan kisah bateri kunci kereta itu. Dipendekkan cerita, memang ada bateri yang sama nombor sirinya di kedainya Cuma dia memberitahu harganya agak mahal kerana dia jual yang original sahaja. Jadi dia mahu dia sendiri yang pasangkan bateri itu (niat saya nk beli dan minta salesman Toyota yang pasangkan) dan memberi jaminan sekiranya tidak berfungsi, maka dia akan pulangkan semula duit saya. Tapi dah koyakkan dan keluarkan dari kotak dan plastiknya? Tak mengapa kata orang muda itu cheewahhh..Puan tak perlu risau. Biar saya pasang dan saya jamin pulangkan semula duitnya jika kereta Puan tak boleh dibuka. Time ni walaupun tak pasti kunci kereta dapat berfungsi lagi ke tak namun saya agak bersyukur ada orang yang empati. Bukan terus menolak. Saya fikir itu memang lumrah dan biasa. Dalam keadaan saya masa tu yang dah penat ulang alik dalam pasaraya (saya dah penat dari awal pagi sebenarnya), dengan cuaca yang panas, dengan anak yang dah penat dan meragam lagi. All I need is empathy I guess, eventhough it doesn’t solve my problem entirely. Tapi dia mengemukakan satu statement yang buat saya susah hati semula. Mana immobilizer dalam ni? Haaa?? Apa benda tu? Huaaaaa…… katanya dalam kunci kereta ada satu benda bernama immobilizer (betul ke eja ni) yang menentukan sensor alarm. Tapi dia pasangkan juga bateri jam ke kunci kereta dan menyusuh saya mencuba.Dia tak dapat mengikut saya ke kereta kerana tiada sapa nk menjaga kedainya, namun jika saya tak kembali kesitu, maka fahamlah dia bahawa masalah saya selesai dan saya dapat balik.


Lalu saya pun kembali bersama si penjual kereta Toyota, sama2 mencuba unlock kereta. Untuk 2, 3 kali cubaan kereta saya itu meraung2 hahaha..entah apa yang tak kena tak tahulah. Tapi kemudian dengan bismillah (Nampak sangat tadi tu tak bermula dengan nama Allah) tadaaa…boleh dibuka. Cop, try balik lock..unlock..lock..unlock..on enjin..off enjin. On enjin..off enjin. Alhamdulillah…Nampak ok. Salesman Toyota tu mencuba menggerakan gear, memusingkan stereng.. dan katanya semua nmpak macam ok.

Moral of the story – tak salah kot kalau kita susahkan sedikit diri kita untuk bantu orang. Kita buka 1 jalan, dan Allah akan buka 10 jalan pula untuk kita. Anyway – mamat Toyota tu namanya Jason, beliau bukan Melayu dan bukan beragama Islam dan beliau hensem! Kbai.

Goreng Ayam dengan Tefal Airfryer

 Saya saja je nk share pengalaman menggunakan Tefal Airfryer nie..kisahnya lama jugak ia duduk di dalam kotak (dekat 2 tahun haha) sebab saya frust tidak memahami Bahasa dalam manual yang disertakan. Apabila sesuatu barang elektrik baru dirumah, biasanya saya akan menelaah manual penggunaanya dahulu. Tak faham semua pun takpa asalkan ada idea cara untuk menggunakan alatan itu dengan betul. Jadi berbalik kepada kisah manual itu, ianya disertakan dengan Bahasa German hahaha..betul..tak tipu..memang Bahasa German..kerana encik suami membelinya sewaktu beliau berkursus di German. Encik suami sampai nak merajuk dah sebab saya tidak menggunakan pemberian beliau kepada saya itu (bukan tak hargai..saya sangat hargainya..TQ hubby!!)

Lama juga saya membelek buku resipi yang disertakan tapi hampa..hanya boleh jamu mata sahaja…fahamnya tidak..sehinggalah satu hari barulah dapat ilham (punya lama baru dikurniakan ilham tu)..untuk google sahaja manual penggunaannya di internet..hmmm…apasal la selama ni tak pernah terfikir…

Jadi, setelah berjaya download manual, saya pun mula meneroka youtube resipi masakan yang berkaitan dan juga review blog tentang penggunaan airfryer. Sejak tu saya mula menggunakannya untuk nugget dan fries. Memang mudah, tak perlu lagi goreng dalam kuali, boleh masukkan dalam airfryer, set masa yang sesuai dan tinggalkan. Boleh buat kerja lain sementara menunggu benda masak.

Hari ini pertama kali saya cuba menggoreng ayam dengan airfryer. Kisahnya Zameer minta saya masak ayam merah untuk jamuan raya di sekolah. Setelah berwasap dengan ustaz/guru kelasnya saya dimaklumkan bahawa makanan untuk lebih kurang 20 orang makan. Jadi untuk jimatkan masa (untuk mudahkan saya sebenarnya) saya cuba goreng ayam dengan airfryer sambil dalam masa yang sama memasak kuah sambal atas dapur. Hasilnya? Memang terbaik. Cuma saya telah memasukkan sesudu minyak masak bersama ayam. Lain kali tak perlu pun masukkan minyak langsung sebab ayam itu sendiri akan mengeluarkan minyak. Kejadian ayam goreng itu memang terbaik..sama macam goreng dalam kuali. Masak dengan sekata. Yang penting, tak perlu tunggu nk balik-balikkan ayam tu, tiada minyak terpercik dan dapur pun bersih. Cuma nak basuh bekas airfryer tu je yang leceh lepas tu hahaha

Untuk masakan ni saya telah memotong kecil ayam hingga jadi lebih kurang 30 ketul, dengan waktu masakan selama 20 minit. Setel. Alhamdulillah..

Pertama kali..

Sebenarnya ini bukan pertama kali, ini adalah kali ketiga…sempena apa ya….

Hari ini, Isnin 11 Julai 2016 adakah kali ketiga aku mempunyai komputer/laptop sendiri…haha…dalam hidup ini yang mencecah 39 tahun, ini kali ketiga aku mempunyai gajet IT besar..
Pertama kali sewaktu melanjutkan pelajaran peringkat degree, aku beli desktop besar gedabak dari kedai KZ Computer (sekarang dah takde) dengan harga lebih kurang RM3ribu kalau tak silap aku dan aku menyimpan duit pinjaman pelajaran. PC tu sungguh berguna buat assignment, buat hiburan tengok Hindustan dengan kawan2..dan bila pulang ke rumah ianya disambung pula dengan internet. Masa tu ada modem TM yang kena disambung dengan wayar telefon. Jika disambung keinternet, maka tak boleh call in dan call out. Natijahnya, hanya waktu malam sahaja yang boleh guna internet.

Kali kedua pula adalah sewaktu belajar dalam Masters (tahun 2002). Aku beli laptop gedabak jenama Asus dengan harga lebih kurang RM3k juga. Laptop itu penting untuk buat assignment Masters yang melambak2, case study yang tak henti2..untuk analisis data melalui SPSS jugak..berjasa sungguh laptop tu. Kemuncaknya ialah bila buat tesis..laptop itulah yang dihadap almost setiap masa. Waktu itu internet lebih mudah, iaitu disambung ke port tertentu yang ada di university. Oleh itu, kalau nak internet mudah kenalah melepak di perkarangan school. Di kolej pula pada masa itu disediakan telefon prabayar yang kena dimasukkan kad prabayar TM untuk call out dan juga internet. Time tu kira dah hebat la tu…

Dan ini adalah kali ketiga..istimewanya notebook ini dibeli oleh my other half hahaha….khusus untuk memenuhi hajat aku yang nk write down isi hati. Aku minta notebook yang kecil dan tidak mempunyai spesifikasi yang tinggi memandangkan aku plan nak guna words sahaja. Kalau spec tinggi nanti aku akan menggunakannya untuk kerja dengan excel, powerpoint etc..cukuplah dan bersyukur..

itu saje…Im happy and gratefull.


Nota:
Entry ini ditaip terlebih dahulu (sebab malas nk buat blog + takde follower <-pilunya statement!!)