Assalamualaikum…
Post ini lama saya pendam untuk tuliskan, akhirnya saya berjaya juga luahkannya haha.
Khusus buat ibu bapa yang mempunyai anak yang akan masuk ke Tahun Satu pada tahun yang akan datang – entry saya adalah untuk berkongsi pandangan berkaitan “perlu masukkan anak ke sekolah agama/KAFA atau tidak”
Saya hanya tulis berdasarkan kepada pengalaman saya dengan anak-anak yang seramai 3 orang (sahaja).
Sedikit latar belakang saya dahulu serba sedikit. Saya adalah:
- Ibu yang bekerja dan jarang balik on time (pada 5.30 petang)
-Suami saya
selalu outstation
-anak ke sekolah kebangsaan pada waktu pagi dengan saya
-Sekolah anak tidak berdekatan dengan rumah (kami telah memohon tukar supaya tidak jauh dari tempat kerja Bangi/Putrajaya)
-anak ke sekolah kebangsaan pada waktu pagi dengan saya
-Sekolah anak tidak berdekatan dengan rumah (kami telah memohon tukar supaya tidak jauh dari tempat kerja Bangi/Putrajaya)
Pada awal tahun
ketika anak saya yang bongsu Tahun 1, saya telah bertemu dan secara kebetulan
bersembang dengan kawan2 saya yang menceritakan tentang persekolahan anak
mereka. Secara kebetulan lagi, 2/3 orangkawan saya ini tidak menghantar anak ke
Sekolah agama/kelas KAFA. Antara alasan yang saya kutip adalah jauh dari rumah,
tiada pengangkutan, tiada transit dan juga ada yang kasihan kepada anak sebab
penat.
Sebenarnya
susah juga nak bagi pendapat di sini (tapi nak tulis jugak), sebab masalah
orang berbeza. Sekiranya saya cakap begini, orang akan dengan mudah kata –
cakap memang senang sebab bukan di tempat yang sama. Well, saya terima itu.
Tapi – saya tetap nk beri pendapat/pandangan saya tentang hal ini.
Saya rasa,
seboleh daya, eloklah hantar anak kecil itu ke sekolah agama/KAFA. KECUALI, ada
pengecualiannya di sini…KECUALI jika
- anak sememangnya bersekolah di sekolah agama (contoh sekolah agama integrasi, sekolah agama swasta, dll) maka tidak memerlukan input agama tambahan dari sekolah agama/KAFA
- anda adalah seorang guru agama yang boleh membimbing anak sendiri tanpa perlu bantuan dari sekolah agama/KAFA
- anda atau pasangan tidak bekerja dan seorang yang lengkap dengan ilmu agama dan yakin boleh membimbing anak
- mungkin jika anda yang membaca bukan beragama Islam, maka tiada keperluan menghantar anak ke sekolah agama.
Begitulah
kawan-kawan, mungkin rasa itu tidak penting pada ketika ini, tapi walaupun
sekolah agama kerajaan atau KAFA itu nampak macam main-main, diakhirnya saya
nampak juga kelebihannya. Kerana dalam konteks diri saya, saya tidak mempunyai basic langsung untuk mengajar perkara
berkaitan sirah, fiqah, akhlak, jawi dan yang paling penting pengajian Al-Quran
dengan modul yang sesuai untuk tahap tertentu. Pada akhir tahun, ketika
mengulangkaji bersama anak saya yang kecil ini (dia agak istimewa berbanding
abangnya), saya dapati dia boleh membaca jawi, boleh memecah kecil tulisan jawi
dan boleh menulis dari jawi ke rumi. Maka dari itu, pembelajaran lain seperti
sirah, akhlak, fiqah menjadi lebih mudah. Walaupun tulisan anak saya ini
sangatlah hadoiii…Dan yang agak geli hati, pada penghujung tahun darjah 1, anak
ini beroleh hadiah khas gagal-lulus..apabila saya bertanya, rupanya kerana
menunjukkan peningkatan..hihi (kan daha kata anak saya ini istimewa sikit).
Saya tidak perlu risau dengan abang-abangnya, Alhamdulillah mereka boleh
mengurus diri sendiri..
Asas-asas
agama seperti itu siapa lagi dan dimana lagi boleh mendapatnya jika bukan
disekolah? Tidak dinafikan saya kadang-kadang pening dengan baju sekolah yang
kotor (semua anak lelaki suka main
bola), kasut sekolah tak payah cerita, dan tentunya baju sekolah yang jumlahnya
hampir 30 pasang untuk digosok setiap minggu, tapi bila fikirkan saya tak mampu
untuk mengajar perkara ini semua, maka apa salahnya? Apa salahnya anak berpenat
untuk mencari ilmu? Apakah perkara baik yang kalau kita buat tidak penat? solat
pun penat, puasa pun memenatkan, usaha berdakwah lagi memenatkan. Boleh ke
senaraikan perkara yang baik yang berpahala tapi tidak memenatkan? Berzikir?
zikir pun kena buka mulut kan?
Tambahan satu perkara lagi - mungkin juga ada menimbangkan untuk memberhentikan kelas agama bagi anak di Tahun 6 untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan UPSR. Soalan saya - adakah dengan berbuat begitu, menjamin anak akan dapat straight As?
Tambahan satu perkara lagi - mungkin juga ada menimbangkan untuk memberhentikan kelas agama bagi anak di Tahun 6 untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan UPSR. Soalan saya - adakah dengan berbuat begitu, menjamin anak akan dapat straight As?
Dari Imam
Syafie – Barang siapa yang tidak tahan lelahnya belajar, maka tanggunglah
perihnya kebodohan.
Kita tak
mampu untuk ikut resam para ulama yang berhijrah dan merantau mencari ilmu
sejak dari usia muda, tapi kita boleh menurut resam dengan menanam semangat belajar
sejak dari usia muda.
Saya tak semestinya betul, tapi pandangan saya juga tidak semestinya salah kan?
Semoga yang terbaik untuk anak-anak kita semua.
Saya tak semestinya betul, tapi pandangan saya juga tidak semestinya salah kan?
Semoga yang terbaik untuk anak-anak kita semua.
No comments:
Post a Comment