Satu perkara ini saya memang hendak sangat
sampaikan kepada para ibu bapa yang mempunyai anak yang bakal masuk ke Tahun
Satu pada tahun yang akan datang. Ianya adalah berdasarkan kepada pengalaman
saya ketika anak saya yang ketiga memasuki tahun satu.
Sekolah anak saya sebenarnya boleh dikira sekolah kampung. Setiap darjah hanya ada 2 kelas sahaja. Maknanya, hanya ada 12 kelas untuk Tahun 1 hingga Tahun 6. Muridnya tidak ramai, dan saya rasa semuanya saling mengenali. Anak saya yang Tahun 1 tahu murid ini adik siapa, kakaknya kelas mana, abangnya darjah berapa..Tapi kerana banyaknya pembangunan kawasan perumahan di kawasan berdekatan, maka latar belakang ibu bapa mula menunjukkan perbezaan. Kerana apa, sebelum ini ibu bapa murid di sekolah berkenaan adalah biasa sahaja…ada yang bekerja kampung, dan sedikit sekali dari golongan professional.

Kini, ketika anak ketiga saya memasuki
tahun 1, saya sudah boleh dikira ibu yang agak veteran. Sebab – kebanyakan murid
tahun 1 adalah anak sulung atau anak kedua. Ibu bapa masih muda dan parents
dari golongan ini merupakan mereka yang sangat open dengan trend semasa dan internet of things ini.
Jadi, barulah saya nak masuk kepada tajuk
dan hasrat sebenar penulisan ini. Ibu bapa yang muda belia ini, mengikuti arus
semasa dan juga ditambah perasaan excited
dengan anak yang memasuki alam ria persekolahan..tidak lokek membekalkan anak
dengan pelbagai barang kelengkapan sekolah yang cantik, berjenama dan mahal
harganya. Dan selaras dengan perkembangan semasa, whatsapp grup juga kini sesuatu
yang mesti kena ada. Teknologi memudahkan, tapi teknologi juga menyebabkan
kegeraman kepada saya (at least
kepada saya…kalau bukan semua). Mana tidaknya, ada sahaja mesej dari ibu (mostly ibu) seperti;
“Cikgu, boleh tolong tengokkan botol air anak saya warna sekian…anak saya tak ingat letak mana..sayang botol air tu”
“Cikgu, boleh tolong tanyakan ada tak murid terambil dompet anak jenama Sxxxx? Ada nama anak kat dompet tu”
“Cikgu anak saya tak ingat letak mana beg duit kecil..beg tu pemberian makciknya dari Hong Kong..segan nk bagitahu kalau hilang”
“ Cikgu, warna pensel anak saya kaler xx hilang dari kotak..boleh tengokkan bawah meja?Saya letak nama kat setiap batang warna”
Dan pelbagai lagi mesej yang bagi saya tak penting (ok tidak penting bagi saya tapi penting bagi mereka). Saya bukan tak pernah terfikir untuk left grup sebab terpaksa baca mesej yang menggeramkan seperti ini, tapi memikirkan ini adalah cara untuk saya berhubungan dan mengetahui perihal pembelajaran anak, maka saya tahankan sahaja.

Saya cuba membayangkan bagaimana agaknya
kalau saya yang berada dalam ‘kasut’ guru kelas berkaitan. Disamping tugasan
mengajar, menjaga kerenah murid yang baru masuk sekolah, kemudian, ditambah
pula dengan tugasan tambahan menjaga barangan peribadi anak murid yang mahal
dan berharga. Sewaktu bertemu guru pada pertengahan tahun ketika menyemak dan
mengambil kad laporan anak, memang guru mengakui perkara berkenaan terjadi
antaranya kerana keghairahan ibu bapa muda ini melengkapkan anak dengan
barangan sekolah yang mahal dan berjenama.
Memang betul, duit anda, harta anda, anak
anda….anak kita, kitalah yang mencorakkannya kan? Tapi sebagai contoh paling
jelas disekolah anak saya yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan ibu
bapa, jurang pendapatan itu tidak jelas kelihatan pada bulan awal persekolahan.
Ini kerana kebanyakan murid tahun 1 akan memakai serba baru – sama ada beg,
pakaian dan barangan sekolah. Tapi perbezaan akan mula kelihatan lama kelamaan
dari segi cara percakapan, pembawakan diri, cerita tentang permainan , cara
menghabiskan cuti sekolah dan sebagainya.
Pada pandangan saya yang simple ini,
eloklah jika ibu bapa bekalkan barang yang sederhana sahaja kepada anak yang
baru memasuki sekolah. Mereka ini belum pandai menjaga barang peribadi, dan tidak
pandai membezakan mana yang mahal dan mana yang murah, tapi tahu membezakan
yang cantik dan yang tak cantik. Pensel biasa akan berbeza dengan pensel
berjenama, warna pensel pendek dalam kotak 12 batang jauh bezanya dengan warna
pensel yang panjang dalam kotak 24/48 batang. Beg sekolah kartun tak sama
dengan beg sekolah jenama Smiggle. Pencil
case berzip tak sama dengan yang jenama Smiggle (lagi). Mujur juga belum
pernah kedengaran kecurian melibatkan barang sekolah anak.
Akan tetapi – tiada masalah jika anda nk beri anak anda barang semahal manapun, dengan syarat tidak akan langsung menyusahkan guru jika tersalahletak atau hilang. Dan yang paling penting, tidak menyemakkan wall dalam whatapps grup dengan pelbagai permintaan yang tak berkaitan dengan perkara sekolah.
Sekian dari ibu yang tak suka baca benda entah apa-apa dalam grup sekolah anak.

#Nota : Anak ketiga saya itu kini sudah memasuki tahun 2
No comments:
Post a Comment