Tuesday, 17 April 2018

Bangun pagi sebagai muslim atau sebagai mukmin?




Rakan-rakan,

Mari berfikir sejenak  akan perlakuan kita pada permulaan hati ini – adakah kita bangun pagi dan memulakan hari kita sebagai seorang mukmin atau sebagai seorang muslim?
Pernah fikir tak….atau keliru kejap antara mukmin dan muslim?

Seorang mukmin, adalah seorang muslim.
Sorang muslim, tidak semestinya seorang mukmin.

Terma ini saya dapat, dan saya ingat – setelah saya mendengar slot motivasi pagi penghujung tahun 2017 oleh Ustaz Muhamad Nasib Zawawi berkaitan “Solat mukmin, solat muslim”.

Seorang Islam yang beriman (mukmin) adalah seorang muslim. Tetapi seorang muslim, tidak semestinya dia beriman. Seorang itu mungkin sahaja dilahirkan sebagai seorang Islam, tetapi dia tidak mengamalkan cara hidup Islam, tidak mengamalkan perkara asas seperti solat 5 waktu, puasa dan zakat (Haji saya tak sebutkan sebab kalau perkara solat, puasa dan zakat tak dilaksanakan, bagaimana mungkin hatinya sudi berserah diri dalam menunaikan Haji). Dia hanya Islam pada nama sahaja.

Lalu kembali kepada lontaran soalan saya – kita mulakan hari ini sebagai mukmin atau sebagai seorang muslim? Kita bangun pagi, celik mata dan terus turun katil – tengok handphone dan mandi….bersiap dan pergi kerja.

Atau adakah kita celik mata dan mengambil masa mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih hidup sehari lagi, membersihkan diri, wuduk dan solat sunat?

Saya suka mengingatkan diri saya sendiri (mudah-mudahan saya dapat ingat perkara ini sehingga akhir hayat) dan rakan2 yang membaca, bahawa marilah kita bangun setiap hari sebagai seorang mukmin. Kita mulakan hari kita dengan melakukan perkara yang baik sebagai hamba Allah. Sesungguhnya syaitan mengikat kita dengan 3 simpulan sewakti kita tidur. Satu daripadanya akan terlerai apabila kita bangun dan mengingati Allah, satu lagi ikatan terlerai apabila kita berwuduk dan ikatan ketiga akan terlerai apabila kita menunaikan solat sunat.

Setelah itu, marilah kita tunaikan solat 2 rakaat sebelum fajar, sesungguhnya solat 2 rakaat sebelum fajar adalah lebih baik daripada dunia dan segala isinya. Apabila kita memulakan hari dengan baik dan indah, mahukah kita nodai perjalanan hari siang kita dengan maksiat?
Jadi – kepada diri saya dan rakan2, sekali lagi soalan - apakah kita bangun hari ini sebagai muslim atau sebagai mukmin? Alhamdulillah andai jawapannya sebagai seorang mukmin. Andai kata masih termangu-mangu dan tidak pasti, marilah kita buat pilihan bermula sekarang dengan berniat untuk menjadi seorang muslim dan mukmin yang dikasihi Allah.

 Wahai diri saya dan rakan2, marilah kita sama-sama berusaha membaiki diri agar kita menjadi di kalangan orang yang beruntung di alam barzakh dan di akhirat kelak. Semoga kita semua dirahmati Allah. Amin

Norzie
#sekadarpandangan
#sayabukanustazah

No comments:

Post a Comment