Pada penghujung tahun 2016, (November 2016 to be exact) saya
telah bermimpi ditanya tentang apakah tanda-tanda kematian husnul khatimah.
Dalam mimpi berkenaan saya telah memberikan beberapa tanda yang saya baca dari
buku, namun tidak dapat menyenaraikan kesemuanya kepada yang bertanya (saya tak
ingat pun siapa yang bertanya) kerana tak ingat berapa tanda2 yang telah saya baca…
Maka kali ini, saya melunaskan perkara berkenaan dan saya berhasrat untuk berkongsi perkara ini di sini;
Maka kali ini, saya melunaskan perkara berkenaan dan saya berhasrat untuk berkongsi perkara ini di sini;
Tanda-tanda husnul Khatimah;
1.
Mengucap dua kalimah syahadah ketika meninggal
dunia
2.
Mati dengan keluar peluh di dahi
3.
Mati pada malam Jumaat atau siangnya
4.
Mati berjuang di jalan Allah
5.
Mati kerana penyakit taun
6.
Mati kerana penyakit dalam perut
7.
Mati dengan sebab runtuhan dan lemas
8.
Kematian wanita dalam waktu nifas dengan sebab
anaknya, atau mengandung
9.
Mati kebakaran dan tibi
10.
Mati dengan membela agama, atau harta atau diri
11.
Mati dalam peperangan pada jalan Allah
12.
Mati atas amal soleh
Kesemua perkara di atas ada hadis yang menyokong dan juga
penjelasan pada setiap satunya. Tanda-tanda ini adalah termasuk dalam berita
gembira yang menunjukkan husnul Khatimah, namun kita tidak dapat untuk
memastikan seseorang itu sebagai ahli syurga atau tidak. Sesemuanya atas kuasa
Allah jua.
Manakala sebab-sebab husnul khatimah pula adalah (secara
ringkas);
1.
Istiqamah
2.
Berbaik sangka dengan Allah
3.
Takwa
4.
Siddiq (benar)
5.
Taubat
6.
Berterusan atas ketaatan
7.
Mengingati mati dan pendek angan-angan
8.
Takut terhadap sebab-sebab su’ul khatimah
Bersaksilah rakan2..bahawa saya pernah menyampaikan yang
sedikit ini. Sekiranya dikurnia ilham dan masa oleh Allah, insyaAllah saya
panjangkan dengan sedikit penjelasan bagi beberapa tanda husnul Khatimah.
Dari buku Indahnya husnul Khatimah – Samsul mohd nor (Yamani
Angle Sdn Bhd)
No comments:
Post a Comment