Ada satu kali sewaktu menaiki
kereta (kenapa rasa janggal menaiki?) saya mendengar lagu Herman Tino melalui
corong radio. Tak ingat pula saluran apa, kerana itu kereta suami (kalau kereta
saya hanya dengar 1 saluran sahaja atau saya biasanya pasang youtube haha)…terus
tersenyum dan terimbau zaman kecil-kecil dahulu…saya sampai muak dengar lagu Herman
Tino semasa kecil hihi…Tapi saya tidak tahu tajuk lau dan tak ingat dah
liriknya. Ada bait lagu yang tertangkap di telinga saya ketika itu:
Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri
Derma bukan tontonan, lakukan dalam sepi…
Wah..dah dewasa ni baru saya dalami erti lagu itu. Betullah, kita memberi (bersedekah)
itu dalam diam jangan sampai orang tahu…sebab derma bukan untuk dihebahkan,
bukan untuk dipertontonkan dan sebaiknya dilakukan diam-diam. Huhu…iyalah
kan..hati kita ini tak siapa yang tahu. Kita ini mudah sahaja berasa atau terdetik
‘Aku lah yang terbaik. Tengok, aku derma sebanyak ini untuk ini dan ini’. Malah,
boleh saja hati ini terdetik bangga bila orang lain menderma kurang jumlahnya
dari yang telah kita beri..Nauzubillah…hilang ikhlas di situ,terbit pula perasaan
riak. Mudah saja syaitan meniupkan rasa bangga dan memesongkan niat kita…
Jangan lupa, syaitan tergelincir dari syurga hanya kerana merasa lebih baik
dari Adam…
Bait seterusnya yang saya dengar
ialah..
Harta bukan milikmu, untukmu hanya rezeki,
Terkurang himpun lagi, terlebih memberilah…
Ohh..ini simple tapi lagi mendalam maksudnya bagi saya…maknanya, orang yang
menulis lirik tu juga sesuatu (maksud saya seorang yang mendalam
pemerhatiannya). Memang, harta ni kita tak bawa ke mana pun. Habis umur, kain
kapan yang beberapa meter itu sahaja membaluti tubuh kita…rumah yang besar,
kereta yang berpuluh buah, perhiasan yang banyak semua tak ikut dan tak akan
membantu pun….jadi cukup saja bersederhana. Terkurang harta di mana-mana,
usahalah untuk menghimpun semula. Kalau berlebih-lebih sangat sampai tak tahu nk
letak mana, sampai simpanan dah mencapai paras maksimum – maka memberilah
(bersedekah lah)…Sungguh, saya pernah mendengar..kaya macam mana pun, kalau
Allah takdirkan makan roti cicah air sejuk sahaja, maka itulah rezeki pada hari
itu – mungkin kerana sakit, mungkin kerana tiada masa terkejar sana sini…manakala
si miskin pula mungkin makan nasi dengan ikan bakar yang ditangkap di
sungai,berlauk ulan segar cicah air asam…Itulah rezeki yang tertulis untuk hari
itu…
Kemudian apabila ada masa terluang, saya pun google tentang Herman Tino. Well,
beliau seorang keturunan Jawa dengan nama sebenar Masrun bin Tamsi, lahir pada
1954. Tidak popular pada zaman ini, tapi awesome pada zamannya (80an).
Jadi, renungkanlah lirik penuh lagu ini “Derma bukan Tontonan” – saya google
je pun…
Sorokkan tangan kiri
Derma bukan tontonan
Lakukan dalam sepi
Sematkanlah keikhlasan
Huraikanlah kebuntuan
Suratan kehidupan
Mengharap dan dipinta bantuan
Untukmu hanya rezeki
Terkurang himpun lagi
Terlebih memberilah
Begitu lebih kurangnya
Sedikit tulisan janji
No comments:
Post a Comment