Untuk sesetengah orang, adalah penting untuk memulakan hari dengan baik. Antaranya adalah dengan melihat perkara yang baik dan mendengar perkara yang baik-baik. Permulaan hari yang baik biasanya mempengaruhi mood sepanjang hari.
Saya sendiri mengambil masa yang lama untuk menemui kegiatan pagi yang sesuai dengan jiwa raga saya, dan ini termasuk lah memilih halwa telinga yang bersesuaian.
Awal dahulu, sy gemar mendengar siaran radio yang sasarannya pendengar seusia saya. Seronok sebab mengimbau kembali lagu-lagu lama dan teringat balik zaman ketika itu. Celoteh DJ pun menarik. Kemudian tiba satu masa saya kerap merasa melankolik – saya merasa mood saya kadang-kadang sedih, kadang-kadang tak puas hati dan segala macam apabila ada kisah-kisah rumahtangga. Sehinggalah seorang kawan menyarankan saya beralih kepada stesen radio yang lain supaya saya lebih segar.
Saya pun mencuba mengikuti saranan kawan saya dan memang terbukti bahawa hari saya memang segar. Celoteh DJ nya saya rasa sungguh menggembirakan dan saya kerap ketawa sambal memandu. Lagu-lagu yang disiarkan juga adalah lagu popular semasa. Isu-isu yang diketengahkan juga adalah isu semasa. Tapi lama-kelamaan saya merasa ketawa yang keterlaluan. Dan kadang-kadang secara peribadi saya merasakan ada waktunya pendengar diperbodohkan. Lalu saya berhenti mendengar siaran stesen radio itu.
Kemudian, ayah saya menemui penciptaNya. Maka, takkan saya mahu mengisi masa saya dengan mendengar lagu-lagu popular, sedangkan abah berada di bawah sana, tanpa saya ketahui nasibnya? Lalu, tempoh perjalanan pergi dan pulang kerja saya dipenuhi dengan bacaan Yasin ataupun bacaan ayat al-Quran, yang saya ikuti dengan niat mudah-mudahan ada pahala yang sampai kepada abah di alam sana.
Sehinggalah satu masa, saya merasakan saya memerlukan nasihat dan kata-kata yang baik untuk saya dengari.
Lalu saya mencari alternative dan saya berjumpa dengan siaran radio berunsurkan keagamaan. Sangat menenangkan dan banyak mengingatkan diri ini kepadaNya. Celoteh DJnya juga tenang, tiada ketawa yang berlebihan dan nasihat yang didengari juga tidak pernah merendahkan sesiapa. Begitulah bagaimana saya transform halwa telinga saya.
Kini, dengan kemudahan teknologi, saya streaming TV live pada waktu awal pagi – memandu sambil mendengar live TV. Dengan itu, saya tidak merasa bosan dengan perjalanan yang panjang, malah saya enjoy memandu pergi dan balik kerja. Kereta banyak dan jalan yang sesak menjadi asbab membolehkan saya mendengar tazkirah atau kuliah dengan lebih lama, tiada masalah.
Nasihat dan kata-kata yang baik ini penting bagi saya agar memandu diri saya kembali ke jalanNya. Kadang-kadang rasa nak tergelincir, boleh teringat untuk kembali ke jalan yang betul (harapnya). Sebab nature diri kita manusia ini, mudah terlupa. Kita kena selalu diingatkan.
Catatan ini bukan nak ajak anda berubah stesen radio, saya sekadar mengajak anda untuk memulakan hari dengan baik. Itu sahaja. Bak kata orang kampung saya – see no evil, hear no evil, talk no evil – gitewwwww…….
gambar hiasan saja...
No comments:
Post a Comment