Ulasan Buku 3
Tajuk : Solat Mukmin
vs Solat Muslim
Pengarang : Ustaz
Muhammad Nasib Zawawi
Penerbit : Galeri Ilmu
Sdn. Bhd.
Tahun Cetakan : 2018
Bil. Muka surat : 114
Harga : RM18.00
Buku ini saya cari dan
beli setelah mendengar slot Motivasi Pagi di IKIM FM setiap Isnin-Jumaat jam
7.30 pagi sewaktu memandu ke tempat kerja. Mungkin sekitar bukan Oktober atau
November 2017. Penerangan yang diberikan sangat mudah difahami. Lalu, apabila
saya tahu bahawa ada buku ini di pasaran, saya pun mencarinya.
Membaca buku ini
mengingatkan semula sedikit demi sedikit kepada apa yang disampaikan oleh ustaz
ini melalui slot Motivasi Pagi itu. Hanya 10 minit, tetapi 10 minit yang
bermakna. Di awal penulisan, ustaz membandingkan antara muslim dan mukmin. Saya
masih ingat lagi – Seorang mukmin itu semestinya seorang muslim, tetapi seorang
muslim tidak semestinya seorang
mukmin. Mula-mula saya sekadar
ingat, lama kemudian baru saya faham…faham yang betul2 sampai hati J
Seorang muslim adalah
seorang yang menyerahkan dirinya kembali ke dalam agama Islam melalui
pengakuannya. Seorang mukmin pula adalah seseorang yang kembali ke dalam agama
Islam dengan keyakinan dan keimanan yang kukuh bertapak di dalam hatinya.
Maknanya, pengakuan keIslamannya bukan sekadar lafaz syahadah, tapi tertanam
dalam hati (itu iman), bertambah dari semasa ke semasa dan tentulah dibuktikan
dengan perlakuan.
Buku ini mengandungi
21 bab. Sebagaimana tajuknya Solat Mukmin vs Solat Muslim, setiap bab pun ada oppositenya atau ‘vs’ nya. Penekanan diberikan
kepada perkara yang berkaitan dengan solat semata-mata seperti masa solat,
kesungguhan melaksanakan solat, pergerakan, keseronokan solat dan banyak lagi.
Contoh tajuk bab adalah seperti Solat Jemaah vs Solat Sendirian, Solat Awal
Waktu vs Solat ikut suka hati dan Sungguh-sungguh dan khusyuk vs sambil lewa.
Sudah tentu banyak
ilmu yang saya ambil dari buku ini walaupun ianya santai. Dengan secebis ilmu
itulah yang saya cuba perbaiki diri saya dari semasa ke semasa. Kemudian cuba
menerapkannya kepada keluarga. Dalam keadaan anak-anak semakin membesar ini,
saya sentiasa perlukan panduan untuk membentuk keluarga dan membawa semua
kepada jalanNya. Saya tidak akan tahu bagaimana pengakhiran saya dan bagaimana
nasib anak-anak ketika besar nanti, yang saya boleh usahakan cuma apa sahaja
yang terbaik dalam tempoh membesar dan dengan masa Tuhan pinjamkan ini.
Jika berminat boleh
mencarinya di kedai buku berhampiran anda!! Selamat membaca.
#Malaysiamembaca
#Malaysiamembaca
No comments:
Post a Comment