Menyesal..menyesal
(Amaran - Mungkin
korang akan menyesal selepas baca catatan saya ini)
Salam 6
Ramadhan 1441 (PKP hari ke 43)
Sebenarnya
sy tidak mengira hari PKP ke berapa. Biasanya sy lost count. Saya browse FB
tadi dan mendapati rakan FB mencatat hari ini hari ke 43. Sedar tak sedar sudah
lebih sebulan norma yang baru ini berlangsung.
Kenapa tajuk catatan ini menyesal? Mudah – sebab saya menyesal atas perkara2 yang tidak produktif sepanjang PKP ini berlangsung.

Saya menyesal
atas ingatan pada Allah yang sedikit dan tidak mencukupi.
Saya menyesal kerana masa yang telah berlalu tidak dimanfaatkan sebaiknya.

Saya
menyesal kerana ada masa saya telah tersasar browing perkara yang tidak
berfaedah.
Saya menyesal kerana tidak istiqamah cuba menjadi lebih baik setiap hari.
Saya menyesal atas ibadah yang tidak bertambah atau menjadi lebih baik.
Saya menyesal kerana dalam Ramadhan ini peratusan iman dalam diri saya rasa masih mendatar
Banyaknya benda saya menyesal…
Itu baru di dunia. Di dalam kubur? Macam mana di akhirat nanti?
Saya pasti kita ini semua akan menyesal.

Yang banyak
amal akan menyesal kerana tidak memperbanyakkan lagi amalnya.
Yang sedikit
amalnya akan menyesal kerana mensia-siakan waktu yang ada ketika hidup.
Semua akan menyesal..percayalah.
Semua akan menyesal..percayalah.
Kita ini
hanya ada 3 masa sahaja dalam hidup.
1. Masa lalu – sudah pun berlalu. Tidak boleh diulang pun. Orang kampong saya kata cannot rewind.

2. Masa kini
– Yang sedang kita jalani. Masa inilah yang kita kena jalani sebaiknya.
Berusaha dan bertawakal. Bukan pasrah semata2.
3. Masa akan datang – ini sesuatu yang tidak pasti untuk kita jalani. Tak ada suatu makhluk pun yang tahu apa yang akan dia jalani pada esok hari, even sedetik nanti.

Semua isu
kekesalan ni saya simpulkan pada dasarnya adalah kerana satu faktor iaitu MASA.
Nak mencatat
ini pun sebenarnya rasa malu sebab semua di atas tu. Malu bila terkenang balik
orang-orang yang saya ketahui kental dan gigih memenuhi masa dengan bermanfaat.
Meskipun dalam waktu PKP ini, ada para asatizah yang membuat kuliah secara online menggantikan kuliah di surau/masjid.
Saya lihat YB menteri Agama dalam IG beliau sebelum menjadi Menteri – mengisi masa seboleh daya dengan bekerja, menjara kitab, kuliah dhuha, menulis hatta waktu dalam kapal terbang pun dimanfaatkan dengan menulis.
Ada idola penulisan harinya penuh dengan menguruskan keluarga, menguruskan akademi penulisan, menulis dan beribadah.
Ada bos saya waktu PKP ini mampu mengendalikan mesyuarat online sesi pagi, sesi petang, dan sesi malam. Saya yang hanya menyertai mesyuarat (tanpa banyak bercakap) pun selalu mengeluh..tapi kagum dengan semangat kental mereka ini.
Dari itu, pada minggu awal PKP itu, dalam cubaan saya untuk mengurangkan rasa kesal yang saya bakal lalui itu, saya menetapkan kepada diri saya kena baca buku sekian banyak , cuba untuk menulis ulasan buku (dalam blog), pengetahuan mesti bertambah, fikir dan buat perkara yang positif, cuba masak resipi baru (sebab tak pandai masak), mesti paksa anak jangan buang masa main game dan paksa mereka belajar (haha) dan saya sendiri pun cuba untuk tidak membaca perkara-perkara yang tidak berfaedah di media social. Saya mmg hanya bersahabat dengan orang yang saya kenal sahaja di FB, manakala IG saya hanya follow individu tertentu. Saya tidak mahu melihat kehidupan orang seperti apa mereka masak, pergi bercuti ke mana, gambar OOTD dll – cukuplah sy melihatnya di FB sahaja. Sy settingkan IG sy untuk perkara yang saya mahu lihat, baca dan tahu sahaja. Sy kesal kalau sy baca berita yang tidak bernilai seperti artis mimpi apa malam tadi, lupa masak nasi sebelum sahur ke berbuka, artis tumbuh jerawat.
Cubaan untuk mengurangkan rasa kesal itu tetap menerbitkan rasa kesal dalam diri saya. Selepas menulis ini, sy berazam akan teruskan cubaan untuk mengurangkan pembaziran waktu. Saya ada silent KPI dan sy usahakan dalam diam.
Kalau anda yang menyesal membaca catatan saya ini, mohon maaf lah. Kalau anda mempunyai rasa yang sama seperti saya dan berubah dengan memanfaatkan masa yang ada, Alhamdulillah.

Manfaatkan masa yang ada kawan..
Hidup ini singkat, penuhi dengan perkara yang bermanfaat.