Dah lama rupanya tak update post..oklah ini saya copy paste dari pesanan Whatapps yang diterima
Beruntunglah
orang yang digelar kaki masjid atau digelar Merpati Masjid. Sekurang-kurangnya mereka mendapat 11 ganjaran
berikut;
1-
Rasulullah berpesan: "Jika kamu melihat seseorang yang sentiasa ke masjid,
maka persaksikanlah dia orang beriman. Allah berfirman: 'Sesungguhnya orang
yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang yang beriman dengan Allah
dan hari akhirat (Al-Tawbah 9: 18). " (Riwayat Ibn Majah)
2-
Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang pergi ke masjid berjemaah, maka pada
satu langkah dihapuskan dosa, pada langkah lain dicatatkan pahala, baik semasa
pergi atau balik." (Riwayat Ahmad, Ibn Majah)
3-
Rasulullah bersabda: "Tiada seorang Muslim pun yang sentiasa menghadirkan
dirinya ke masjid-masjid untuk solat dan zikir melainkan Allah gembira
menyambutnya sebagaimana ahli keluarga yang bergembira menyambut saudaranya
yang sudah lama menghilang." (Riwayat Ibn Majah)
4-
Rasulullah bersabda: "Ada tiga golongan semuanya dijamin Allah; ketika
hidup dia diberikan rezeki dan kecukupan, apabila mati dia masuk syurga:
i. Sesiapa
yang masuk ke rumahnya dengan memberi salam, maka dia dijamin Allah.
ii. Sesiapa
yang keluar rumah untuk ke masjid, maka dia dijamin Allah.
iii. Sesiapa
yang keluar demi untuk berjuang di jalan Allah, maka dia dijamin Allah.
(Riwayat al-Bukhari dalam Adab al-Mufrad)
5-
Rasulullah bersabda: "Tidak berkumpul suatu kaum di mana-mana rumah Allah,
mereka membaca kitab Allah dan mengkajinya sesama mereka, melainkan diturunkan
kepada mereka ketenangan, diliputi rahmat dan malaikat meneduhi mereka dan
Allah menyebut-nyebut mereka di depan malaikat-malaikat." (Riwayat Muslim)
6-
Rasulullah bersabda: "Ada tujuh golongan yang akan dinaungkan Allah dengan
naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan selain naungan-Nya...seseorang
yang hatinya terpaut pada masjid-masjid." (Riwayat al-Bukhari)
Dalam
riwayat Malik: "Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid sehingga dia
kembali kesitu semula."
7-
Rasulullah bersabda: "Berilah khabar gembira kepada orang yang selalu
berjalan kaki dalam kegelapan malam demi menuju ke masjid bahawa untuknya
cahaya sempurna pada hari kiamat." (Riwayat al-Tirmizi)
8-
Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang solat berjemaah sempat dengan takbir
pertama selama 40 hari kerana Allah, dicatatkan untuknya dua pelepasan; pelepasan
daripada neraka dan pelepasan daripada sifat munafik." (Riwayat
al-Tirmizi)
9-
Rasulullah bersabda: "Masjid rumah setiap orang bertakwa. Allah telah
jamin sesiapa yang masjid menjadi ibarat rumahnya dengan keluasan, kerehatan
dan kemudahan melepasi sirat menuju keredaan Tuhan." (Riwayat al-Baihaqi)
10-
Rasulullah berasabda: "Sesiapa yang berpergian pada waktu awal pagi atau
petang menuju ke masjid, Allah akan menyediakan baginya tempat atau hidangan di
dalam syurga setiap kali dia pergi ke masjid pada awal pagi dan petang."
(Riwayat Ahmad)
11- Allah
berfirman: "Demikianlah, dan sesiapa yang mengagungkan syiar-syiar Allah
maka kerana hal itu satu kesan ketakwaan hati." (Al-Hajj 22: 32)
Dan Allah
juga berfirman: "Sesungguhnya orang paling mulia di sisi Allah ialah yang
paling bertakwa." (Al-Hujurat 49: 13)
ALLAHUMMA,
semoga kami menjadi kaki masjid dunia supaya kami termasuk dalam senarai VIP-Mu
di syurga.
"ALLAHUMMA,
bantulah kami untuk mengingati-Mu, bersyukur kepada-Mu dan melakukan ibadah yang
terbaik untuk-Mu."
(Riwayat Abu
Dawud)
No comments:
Post a Comment