Sekiranya diberi pilihan berikut:
a) makanan yang mempunyai tanda
halal JAKIM beserta dengan ISOnya, tetapi dikilang oleh syarikat yang tidak
mempunyai nama berciri keislaman/kemelayuan (ok saya racist kah?);
b) makanan dengan jenama keislaman
dan dikeluarkan oleh orang Islam, tetapi tidak mempunyai sijil halal.
Yang mana pilihan anda?
Saya – mempunyai pilihan yang jelas. Anda
bagaimana?
Persoalan ini timbul satu ketika dahulu, apabila seorang saudara menolak untuk makan masakan dengan jenama tertentu sebab produk yang digunakan tiada ciri nama Islam/Melayu. Argument saya mudah – kan ada tanda halal tu? Jawapan yang diberikan – bukan boleh percaya pun!! So, saya nak kata apa ….
Pada
saya pula adalah jelas – saya memilih yang halal. Ok – semua kita akan memilih
makanan yang halal. Secara lebih spesifik, saya akan pilih makanan yang mempunyai
tanda persijilan Halal oleh JAKIM. Sebab saya tahu bukan senang nak memperoleh
persijilan halal ni.
Bagaimana nk kenal ada persijilan halal ke tak? Kadang-kadang kita rasa ok dengan cap yang tulisan jawi (Ha – Lam alif – Lam) yang ditulis dalam bulatan. Tengok nama syarikat pengeluar pun..macam nama Melayu..ini mesti islam. So, anda yakin. Tetapi sebenarnya anda tak tahu yang anda tak tahu…
Logo Halal yang sepatutnya anda pilih
mestilah tulisan jawi itu berada dalam bucu lapan, dan dikelilingan tulisan
*MALAYSIA* (kena pastikan ada bintang sebelum dan selepas tulisan). Kemudian
ada tulisan jawi Malaysia juga di bulatan yang sama bahagian bawah. Di luar
bulatan itu ada tertera jenis persijilan yang berkaitan. Contohnya kalau melibatkan
makanan, maka ianya MS1500:2009 dan diikuti dengan 10 digit (saya tak tahu ini
nombor apa - agaknya rujukan file produk mungkin)
Simple kan? Saya yakin dengan jenama halal
JAKIM, sebab saya tahu proses untuk mendapatkannya bukannya mudah. Ia mesti
halalan toyyiban. – All the way dari bahan mentah, penyimpanan,urusan
pengangkutan/logistic, pemprosesan,pembungkusan,pengedaran – semuanya mesti
halal. Jadi, apa yang nk dirisaukan kalau pun syarikat yang mengeluarkan produk
itu tak mempunyai nama berciri Melayu? Agama Islam bukan milik orang Melayu
sahaja ye, ini persepsi yang mesti diubah. Ada orang Islam yang bukan berbangsa Melayu dan tidak menukar pun nama mereka supaya bercirikan Melayu.
Dan satu perkara yang memang sukar untuk
disangkal lagi – bahawa 90% permohonan persijilan halal datang daripada
syarikat non-muslim.
Perkara ini kembali dalam otak saya apabila
ada Jemaah bertanyakan perkara ini dalam satu kuliah Fiqh Halal dan Haram dalam
Islam. Jika ada dua produk halal, satu daripada syarikat Muslim dan satu lagi
non-Muslim, yang mana patut dipilih. Dan kalau keduanya ada persijilan halal –
maka saya ada pilihan yang jelas. Kalau satu ada persijilan Halal JAKIM, satu
lagi tiada – saya juga ada pilihan yang jelas.
Dalam kuliah yang sama, diterangkan lagi
bahawa perkara yang diperlukan untuk memperoleh sijil halal adalah:
1)
mematuhi standard halal
standard halal ini
terdapat 7 bidang iaitu:
a)
makanan/minuman.makanan
tambahan;
b)
premis makanan;
c)
barang gunaan;
d)
kosmetik dan dandanan diri;
e)
rumah sembelih;
f)
farmaseutikal; dan
g)
logistik.
2)
mengikuti manual dan prosedur
persijilan halal seperti MS 1500:2009/MS
2200:2008 dll
3)
mematuhi keputusan Jawatankuasa
Fatwa Majlis Kebangsaan bagi hal ehwal agama Islam/Fatwa Negeri
4)
mematuhi Akta Makanan 1983
5)
mematuhi pekeliling/garis
panduan berkaitan produk yang dikeluarkan
Selain itu, kalau
nak tahu, syarikat yang mempunyai persijilan halal ini mempunyai Eksekutif
Halal yang merupakan seorang Muslim, yang mempunyai latar belakang agama dan mempunyai
kelayakan Sijil Eksekutif Halal. Keperluan ini adalah sama bagi syarikat
tempatan dan juga syarikat besar, manakala kalau PKS (perusahaan kecil dan
sederhana) yang memohon persijilan halal JAKIM pula kena adakan penyelia muslim
dan minima seorang pekerja muslim.
So, lepas
mengetahui ini, jangan ragu-ragu dengan persijilan halal JAKIM lagi ya…jangan
ada pula antara kita yang kata tak boleh percaya lah…kalau tak tahu, kena cari
maklumat bagi tahu…bak kata satu rancangan tu – Biar Tahu, Jangan Keliru…
No comments:
Post a Comment