Thursday, 1 March 2018

Husnul khatimah





Pada penghujung tahun 2016, (November 2016 to be exact) saya telah bermimpi ditanya tentang apakah tanda-tanda kematian husnul khatimah. Dalam mimpi berkenaan saya telah memberikan beberapa tanda yang saya baca dari buku, namun tidak dapat menyenaraikan kesemuanya kepada yang bertanya (saya tak ingat pun siapa yang bertanya) kerana tak ingat berapa tanda2 yang telah saya baca…

Maka kali ini, saya melunaskan perkara berkenaan dan saya berhasrat untuk berkongsi perkara ini  di sini;

Tanda-tanda husnul Khatimah;

1.       Mengucap dua kalimah syahadah ketika meninggal dunia
2.       Mati dengan keluar peluh di dahi
3.       Mati pada malam Jumaat atau siangnya
4.       Mati berjuang di jalan Allah
5.       Mati kerana penyakit taun
6.       Mati kerana penyakit dalam perut
7.       Mati dengan sebab runtuhan dan lemas
8.       Kematian wanita dalam waktu nifas dengan sebab anaknya, atau mengandung
9.       Mati kebakaran dan tibi
10.   Mati dengan membela agama, atau harta atau diri
11.   Mati dalam peperangan pada jalan Allah
12.   Mati atas amal soleh

Kesemua perkara di atas ada hadis yang menyokong dan juga penjelasan pada setiap satunya. Tanda-tanda ini adalah termasuk dalam berita gembira yang menunjukkan husnul Khatimah, namun kita tidak dapat untuk memastikan seseorang itu sebagai ahli syurga atau tidak. Sesemuanya atas kuasa Allah jua.

Manakala sebab-sebab husnul khatimah pula adalah (secara ringkas);

1.       Istiqamah
2.       Berbaik sangka dengan Allah
3.       Takwa
4.       Siddiq (benar)
5.       Taubat
6.       Berterusan atas ketaatan
7.       Mengingati mati dan pendek angan-angan
8.       Takut terhadap sebab-sebab su’ul khatimah

Bersaksilah rakan2..bahawa saya pernah menyampaikan yang sedikit ini. Sekiranya dikurnia ilham dan masa oleh Allah, insyaAllah saya panjangkan dengan sedikit penjelasan bagi beberapa tanda husnul Khatimah.

Dari buku Indahnya husnul Khatimah – Samsul mohd nor (Yamani Angle Sdn Bhd)