Sunday, 7 January 2018

10 sebab hati menjadi keras (kuliah ustaz Nazrul Nasir)

10 sebab hati menjadi keras (kuliah ustaz Nazrul Nasir)

1.    Tidak mendoakan ibu bapa dan tidak mendoakan untuk muslimin muslimat (umat Nabi Muhammad s.a.w), sebaliknya hanya berdoa untuk diri sendiri sahaja)
2.    Seorang yang mengaji Al-Quran tapi tidak membaca 100 ayat sehari
3.    Seorang lelaki yang masuk ke dalam masjid dan keluar tanpa solat sunat 2 rakaat (sebarang solat sunat)
4.    Seorang lelaki yang berjalan dikuburan, lalu tidak memberi salam dan tidak berdoa untuk ahli kubur
5.    Seorang lelaki yang masuk dalam satu negeri pada hari Jumaat, tetapi tidak solat Jumaat (tapi ada perbahasan feqah yang panjang mengenai hal ini)
6.    Seorang lelaki yang apabila turun orang alim ditempatnya, dia tidak pergi menemui/tidak mengaji dengan orang alim itu (orang yang yang beramal dengan ilmunya).
7.    Dua orang lekai yang bertemu, bersembang, tetapi saling tidak beranya nama.
8.    Orang yang menjemput kita hadir ke kenduri, tetapi kita tak pergi pun memenuhi jemputannya. ( kalau kita tak pergi, wajar diberitahu kenapa sebagai tanda orang itu ada dalam hati dan ingatan kita. Nota : kenduri kahwin wajib dipenuhi jemputannya)
9.    Pemuda yang masa mudanya tidak dihabiskan dengan ilmu dan adab.
10. Seorang yang kenyang, tetapi jirannya lapar (jiran merujuk kepada 40 yang di hadapan, belakang, kiri dan kanan rumah kita)


Ini hanyalah catatan ringkas sahaja. Keterangan lanjut boleh diperoleh melalui  ceramah Uztaz Nazrul Nasir dalam Youtube bertajuk 10 Sebab hati menjadi keras.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment