Tajuk : Nota daripada
Tuhan
Pengarang : Abdullah
Bukhari Abdul Rahim Al-Hafiz
Penerbit : Telaga Biru
Tahun Cetakan :
2017
Buku ini mengandungi 3
bahagian iaitu Al-Quran dan ilmu, Sejarah dan Akhlak. Terdapat 36 nota di
dalamnya. Setiap nota ditulis dengan santai dan bahasa yang mudah difahami,
seolah-olah tazkirah pendek yang disampaikan secara lisan kepada pendengar.
Kenapa Nota daripada
Tuhan?
Buku ini tidak
dinamakan dengan Nota daripada Allah, supaya dapat menarik juga pembaca yang
belum Islam untuk membacanya. Penulisan ini sebenarnya catatan tafsir yang
ringkas dan mudah. Kalau anda pernah membelek tafsir Ibnu Katsir atau lain-lain
tafsir (you name it - Tafsir Munir,
Al-Jalalain etc), lenggok bahasanya agak sukar difahami. Tapi ada tafsir yang
dah dipermudahkan bahasanya tanpa menjejaskan maksud yang hendak disampaikan.
Ayat-ayat Al-Quran itu adalah pesanan Allah kepada kita.
Buku ini – kepada orang
biasa (macam saya) merupakan cerita pendek atau kisah sebenar yang diilhamkan
daripada apa yang berlaku di sekitar dan dikaitkan dengan ayat-ayat di dalam
Al-Quran. Ayat yang dipetik pula tidak panjang, dan sebenarnya mampu membuat
pembaca berhenti dan berfikir. Setiap nota pula tidak panjang, dan mungkin
memerlukan pembacaan dalam tempoh kurang dari 5 minit. Kalau anda jenis yang speed reading, mungkin 2 minit sahaja.
Kenapa saya beli buku ini? Saya pun
tak pasti, mungkin ketika itu saya memerlukan bahan bacaan yang berbentuk
Islamik dan tidak kompleks. Tertulis di depannya, tafsir ringkas untuk orang
moden. Orang moden biasanya sibuk dan tidak mempunyai banyak masa. Saya
tidaklah mahu mengiyakan bahawa saya tergolong dalam orang yang tidak mempunyai
masa, tapi tidak menafikan bahawa saya mahukan banyak perkara dipelajari dan difahami
dengan cepat (saya adalah salah satu lambang sifat manusia yang tidak sabar).
Secara ringkasnya, saya sukakan buku
ini dan telah banyak kali ulang membacanya. Saya memilih buku ini sebagai buku
yang pertama untuk diulas (setelah sekian lama berhajat untuk memulakan ulasan
buku) kerana kebetulan saya mengulang untuk membaca semula nota-nota tertentu.
Mengenai penulisnya, beliau adalah
seorang pensyarah di UIAM. Saya pernah terbaca mengenai beliau (maaf tak ingat
di mana) bahawa beliau menyedari boleh mengingat ayat Quran ini secara tidak
disedari pada satu malam ibunya membaca Al-Quran dan beliau membuat kerja
sekolah. Ibunya mengulang baca dan beliau boleh membetulkan bacaan ibunya hanya
dengan mendengar sebelumnya. Kagum kan? Dari situ, saya cuba menyelami beliau
secara luaran. Beliau ini seorang yang lembut tutur katanya, bicaranya tersusun dan tidak berlebihan. Bidang beliau
tentulah tak lain tak bukan ialah tafsir Al-Quran.
Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment