Minggu lepas dan minggu ini, wall FB saya dilalui oleh
coretan coretan berkaitan pengalaman pendaftaran anak di Sekolah Berasrama
penuh (SBP) dan juga maktab Rendah sains MARA (MRSM). Saya tumpang berbahagia
dan cemburu (yang positif) dengan pencapaian anak rakan2 FB saya. Mereka ini
mendapat tawaran pertama kemasukan ke SBP dan MRSM.
Sementara anak saya pula tidak mendapat tawaran ke SBP atau MRSM. Rayuan telah dibuat sebaik mengetahui keputusan pada hari pengumuman, tapi kami mengalah kerana polisi yang mengutamakan pelajar daripada golongan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40). Saya akur bahawa pelajar dari golongan ini lebih memerlukan. Malah kerana saya datang dariapda tempat kerja yang diasuh dengan perkara berkaitan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat, saya turut mendokong polisi dan aspirasi yang sebenar dalam kemasukan ke sekolah berasrama penuh. Tanpa perlu menyatakan kembali polisi ini, saya fikir saya cukup faham bahawa hasrat asal SBP diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada pelajar yang cemerlang atau berpotensi cemerlang belajar dalam persekitaran yang lebih baik, berpeluang mendapat pendidikan berkualiti dan dengan makanan seimbang yang mencukupi. Malah saya sendiri dan suami masing2 adalah produk SBP – saya adalah alumni Sekolah (Sains) Tuanku Ja’afar, Kuala Pilah dan suami pula Sekolah (Sains) Tuanku Abdul Halim Jitra (nama glamour sekolah ini ialah Jenan).
Tak dinafikan, terbit rasa kecewa pada mulanya apabila anak tidak Berjaya mendapat tawaran ke SBP. Anak itu memang berharap, saya tahu. Dia telah berkira2 baldi mana yang nk dibawa, dia telah belajar bagaimana menggosok baju, belajar cara membasuh baju dengan tangan dan bersedia mentally untuk berjauhan dari keluarga. Ok sebenarnya tak jauh sebab sekolah berasrama yang dia pohon tak jauh mana pun… - SMAP Labu, MRSM Gemencheh, SMKA Putrajaya…Tapi takdir menentukan satu pun tidak Berjaya. Sebelum itu wajar dijelaskan disini bahawa anak tidak mendapat keputusan penuh 6A. (Latest ..telah ditawarkan ke SMKA Putrajaya)
Namun, temuduga telah dihadiri. Merasalah juga kami ke MRSM Parit. Saya senang hati kerana selepas beberapa hari bertanyakan semula hafazan sewaktu temuduga MRSM itu, anak masih mengingatinya (tak panjang pun katanya dalam 8 baris atau lebih kurang separuh muka surat Quran). Temuduga SMKA Purajaya juga dihadiri dan harapan agak tipis saya rasa kerana 916 menghadirinya, untuk 120 tempat kekosongan.

Lalu anak pun mendaftar masuk sekolah harian biasa. Kecewa?
Iya,sedikit kecewa dia. Ibubapanya? Iya terasa juga apabila rakan FB sedari
awal bukan main lagi ada yang up surat tawaran anak. Ada yang dapat 2 tawaran
dan siap caption – tak tahu nk pilih yang mana…ikut anak lah..ibu/ayah ikut
sahaja…ok part itu saya scroll laju2 haha….Tapi saya soal diri saya semula,
kenapa nak kecewa? Kami merancang…kami mungkin rasa masuk SBP itu perkara yang
baik, masuk MRSM itu ada prestij..apatah lagi bila ditanya anak dimana – si MRSM
sekian..di sekolah sekian…Saya cepat2 sedar semula bahawa saya memohon kepada
Allah untuk anak ditempatkan di sekolah paling terbaik dan paling sesuai dengan
dia, bukan di SBP atau MRSM tertentu. Itulah yang diulang2 dalam doa saya.
Allah lebih tahu mana yang terbaik. Kadang2 kita rasa sesuatu itu baik untuk
kita, tapi Allah Maha Mengetahui mana yang lebih baik untuk kita. Dialah
sebaik2 perancang…
Pada hari pertama persekolahan, kami mendapat panggilan
untuk mengambil surat tawaran ke Sekolah Agama Menengah Bandar Baru salak
Tinggi (SAM BBST). Kami pasti anak akan sangat gembira. Saya tahu kerana dia
mensasarkan untuk masuk ke sekolah ini sejak dari Darjah 4. Malah saya lebih
menggalakkan apabila mendapat tahu (dari bacaan) bahawa anak SS Mufti Wilayah pun
pernah bersekolah di tempat yang sama. Maka, anak pun menjadi sebahagian daripada
kumpulan pertama mendaftar di SAM BBST, tetapi berulang alik dan tidak duduk di
asrama. Saya lebih senang hati apabila mendapat penjelasan tentang kurikulum
Dini yang dipraktiskan di sekolah. Ada sekolah agama yang mempraktiskan
Kurikulum tahfiz – masing2 ada kelebihan dan kekurangan. Tapi saya sangat
berpuas hati apabila anak akan belajar Syariah, Usulluddin dan Lughatul Arabiah
Al Muassirah sepenuhnya dalam Bahasa Arab. Sedikit mencabar tapi kita akan
berusaha, saya pasti insyaAllah. Nota : Anak saya agak khuatir untuk belajar
dalam aliran tahfiz, tapi tiada masalah untuk belajar dalam aliran agama. Namun,
masih tetap ada keperluan hafazan, dan setakat ini anak ok dengannya.
Kini, anak berpeluang untuk mendapat tawaran MRSM panggilan kedua. Faktor yang menyebabkan permohonan diketepikan sebelum ini tentulah oleh sebab pendapatan isi rumah. Saya telah semak perkara ini. Dan juga telah mendapat panggilan kemasukan ke SMKA Putrajaya (yang juga diidamkan sebab dekat dengan rumah). Namun, kami telah sepakat untuk tidak lagi mempertimbangkan SBP dan MRSM, dan kekal sahaja di SAM BBST. Hey, apa dah jadi dengan pemikiran yang saya tanamkan kepada anak sejak sekian lama bahawa kita kena mengikut jejak para ulama – untuk berhijrah menuntut ilmu? Anak saya cukup faham dan bersetuju (saya rasa) dengan harapan saya ini untuk dia mengambil ibrah yang serupa. Cuma, saya rasa anak telah mula serasi dengan cara barunya, dan saya berpeluang memantau dia (Adakah ini alasan?) Tapi ia memang benar, saya tahu dia makan apa (sebab saya memaksa diri untuk masak lauk lunch dia), saya tahu dia kena hafal ayat apa, saa tahu pelbagai lagilah…saya juga boleh perlahan melatih dia solat Jemaah seperti di asrama, pergi ke kuliah di mana yang berkesempatan dan banyak lagi. Paling penting, saya boleh mencorak pemikiran anak saya. Saya berjanji pada diri saya bahawa saya akan menerapkan pemikiran yang positif dan baik sahaja…mungkin tak sebaik survival di asrama, tapi saya boleh jadikan anak2 saya lelaki yang baik, insyaAllah. Do you know that a good man raised by a Queen? Ok perasan!! Haha…
Saya ada sedikit ego yang dikorbankan. Saya mengharapkan anak akan meneruskan legasi saya dan suami ke SBP…tapi zaman telah berubah. Keadaan juga berlainan. Biarlah tempat itu diisi oleh mereka yang lebih memerlukan (kita pun memerlukan saya rasa..isk..isk..nak jugak), saya doakan mudah2an pilihan kami ini adalah tepat dan terbaik. Kami pohon restumu ya Allah. Semoga anak2 saya faqih dalam bidang agama, Amin ya Rab.
Nota : Anak saya berminat untuk meneruskan peringkat menengah dalam bidang agama, maka semua sekolah yang dipohon adalah dalam bidang berkenaan. Doakan.

Terbaiklah gee... Gigih iolz bca sampai abis. Insyallah perancangan Allah is the best. good luck abang, semoga terua maju jaya dunia akhirat. amin.
ReplyDeleteTQ Emi..
ReplyDeleteThanks. Sy mencari maklumat rayuan sambbst...jumpa blog ni..
ReplyDeletewuish menarik pengalaman you time sekolah...jadi rindu pulak kat sekolah menengah hehe
ReplyDelete