Suri kepada hero dan ibu kepada 3 hero junior.
Introvert yang berada dalam dunia extrovert.
Oleh kerana suara tidak didengari (ops..- kerana suara low tone dan sikap yang tidak dominan), maka apa yang berkumpul di otak dan suara hati perlu diluahkan dan medium yang paling sesuai adalah tulisan.
Saya bermula serius apabila mencatat panduan/persediaan sebelum mengerjakan Haji kerana saya mengutip panduan dari pelbagai sumber dan cuba menyatukan semua yang saya rasa perlu dalam satu tempat. Kemudian, rasa untuk menulis itu berkembang sehingga apa yang ada setakat ini.
Semoga tulisan/coretan saya ada manfaatnya serba sedikit kepada yang membaca.