Saya saja je nk share pengalaman
menggunakan Tefal Airfryer nie..kisahnya lama jugak ia duduk di dalam kotak
(dekat 2 tahun haha) sebab saya frust tidak memahami Bahasa dalam manual yang
disertakan. Apabila sesuatu barang elektrik baru dirumah, biasanya saya akan
menelaah manual penggunaanya dahulu. Tak faham semua pun takpa asalkan ada idea
cara untuk menggunakan alatan itu dengan betul. Jadi berbalik kepada kisah
manual itu, ianya disertakan dengan Bahasa German hahaha..betul..tak
tipu..memang Bahasa German..kerana encik suami membelinya sewaktu beliau
berkursus di German. Encik suami sampai nak merajuk dah sebab saya tidak
menggunakan pemberian beliau kepada saya itu (bukan tak hargai..saya sangat
hargainya..TQ hubby!!)
Lama juga saya membelek buku resipi yang
disertakan tapi hampa..hanya boleh jamu mata sahaja…fahamnya tidak..sehinggalah
satu hari barulah dapat ilham (punya lama baru dikurniakan ilham tu)..untuk
google sahaja manual penggunaannya di internet..hmmm…apasal la selama ni tak
pernah terfikir…
Jadi, setelah berjaya download manual, saya
pun mula meneroka youtube resipi masakan yang berkaitan dan juga review blog
tentang penggunaan airfryer. Sejak tu saya mula menggunakannya untuk nugget dan
fries. Memang mudah, tak perlu lagi goreng dalam kuali, boleh masukkan dalam
airfryer, set masa yang sesuai dan tinggalkan. Boleh buat kerja lain sementara
menunggu benda masak.
No comments:
Post a Comment