Sunday, 31 December 2017

Hari terakhir 2017

Setelah membaca status FB rakan2 baru saya menyedari bahawa hari ini adalah hari terakhir dalam tahun 2017. Saya tahu minggu ini semakin menghampiri akhir tahun, namun tidak secara sedar menghitung kedatangan hari terakhir dalam 2017.
Sama ada ia hari terakhir dalam tahun tertentu atau hari yang baru dalam tahun tertentu, ianya hanya kiraan bersandarkan kepada angka.

Rakan-rakan,

Sebenarnya setiap hari adalah hari yang baru yang wajar kita manfaatkan. Jangan ada kekesalan pada hari yang berlalu. Kita akan semakin tua, anak semakin membesar, keluarga semakin ramai, ibubapa kita semakin berusia dan ada yang pergi menemui penciptaNya. Jadikanlah setiap hari yang berlalu itu bernilai.

Demi masa,
Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian,
Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan2 dengan sabar.


Mari hadapi tahun yang berubah angka kepada 2018 dengan penuh kebaikan dan menjadi lebih baik dari semalam.

Norzie
Ahad 31 Disember 2017